Owner Post Follow Dash



"I am fine"
Tcha's

Selamat Datang !


Assalamualaikum
This is a place to qwerty everything
Pardons my words


⊰HEY YOU!⊱
Awak comel.
Percaya tak?
Hm percayalah pleaseeee


K tipu jewp hahahaha
Kalau dah baca toksah nak memarah kalau gua cerita pasal lu. Suka hati gua nak cerita pasai sapa k. Kalau dah terasa tu whoops padan muka kahkahkah. Ini blog gua, kalau tapuasti meh kita face to face toksah pendam kang hati lu pula terbakar bhahaha.
Gimme some space to breathe.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome

I can't sleep ! Ergh



At 4.27am, whoaaa awal tak aku bangun ? Padahal tidur pukul satu wuu wuuu wuuuuu ~~

Disaat aku sedang dibuai mimpi, Maa menjerit jerit disebelah aku. Lantas aku buat-buat geram. Mana tidaknya, Maa dah tahu yang aku tidur lewat dan akan bangun pukul lima. Tapi kenapa Maa tetap menganggu waktu tidurku ?

Rupa-rupanya Maa sedang bercakap dengan phone. Ya. Dan sungguh serius kedengarannya tadi. Sampaikan orang yang bercakap dengan Maa tadi boleh menangis. Aku tahu siapa. Aku tak sanggup biarkan orang itu menangis. Aku tak sanggup biarkan orang yang aku sayang menderitaaaaaaaaaaaaaa !

Maa bukan memberi nasihat kepadanya. Tapi sebaliknya, Maa buat dia menangis ! Herm. Mungkin ada kebaikannya juga Maa berbuat sedemikian. Maklumlah, orang tua lebih banyak makan garam berbanding orang muda seperti ku ini.

Setelah aku mendengar dua tiga ayat daripada orang yang sedang bercakap dengan Maa tadi, phone itu terus dimatikan. Ah, lega rasanya. Tiada lagi gangguan. Tapi kenapa dia sanggup mematikan phone ketika Maa sedang bercakap ? Mungkin dia terlalu takut dengan perubahan Maa yang mengamuk secara berlebihan. Ya, jarang sungguh Maa mengamuk cenggitu depan aku.

Yeay ! Aku dapat sambung tidur. 

Tetapi peluang itu tidak lama kerana nama orang itu muncul semula di handphone Maa. Eh, number sama tapi orang lain pula yang bercakap ? Hamboi. Mentang-mentanglah orang yang lain, keadaan Maa pun turut berlainan juga. Daripada mengamuk tadi, terus jadi baik dan lembut. Bila aku pasang telinga dengan ketat, aku dapat cam suara itu juga. Orang yang paling aku rapat.

Oh baru aku tahu punca kejadiannya. Hermmm. Maa, adik tak sanggup biarkan mereka bersedih :'{ Aku dapat rasakan kesedihan mereka. Aku dapat tahu perasaan mereka. Aku tahu semua itu. Aku juga pernah alami kejadian seperti ini. Bahkan lebih teruk :')

Aku hanya mampu mendoakan dan memberi sokongan kepada mereka. Aku sayang mereka dunia akhirat. Kalau ada sesiapa berani ganggu mereka, tahulah apa yang akan aku buat nanti.

Ya Allah, bantulah hamba-Mu yang sedang menjalani dugaan-Mu itu. Berikan mereka petunjuk. Ya Allah, hanya pada-Mu aku memohon. Amin amin amin ya rabbal al-aminn.


Saya tahu anda semua kuat dan tabah !
Jangan pernah putus asa. Saya sentiasa doakan anda semua.
Percayalah :') Assalamualaikum.



◀ Older Newer ▶