Owner Post Follow Dash



"I am fine"
Tcha's

Selamat Datang !


Assalamualaikum
This is a place to qwerty everything
Pardons my words


⊰HEY YOU!⊱
Awak comel.
Percaya tak?
Hm percayalah pleaseeee


K tipu jewp hahahaha
Kalau dah baca toksah nak memarah kalau gua cerita pasal lu. Suka hati gua nak cerita pasai sapa k. Kalau dah terasa tu whoops padan muka kahkahkah. Ini blog gua, kalau tapuasti meh kita face to face toksah pendam kang hati lu pula terbakar bhahaha.
Gimme some space to breathe.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome

Post segera. Fresh punya!


Oh hey gaiss! Dah pukul 12 tengah malam tapi aku tak dapat tidur. Haihh sedih betul..

Sebut pasal 'sedih', itulah punca sebenarnya kenapa aku tak dapat tidur :') Hahaha funny gila ken? Tapi, takda laa gila sangat. Lol.

Orang yang jahat tak semestinya sentiasa jahat. Dan, orang yang baik tak semestinya sentiasa baik.

Aku selalu gelar diri aku sebagai 'Orang Jahat' sebab aku sedar betapa jahatnya diri aku. Ya. Aku sedar. Dah lama aku sedar. Tapi adakah orang yang jahat seperti aku ini akan berterusan dengan sikap yang jahat itu? Semestinya tidak, bukan?

Allah swt telah menganugerahkan hati kepada setiap makhluknya. Bagi manusia, hati adalah segala-galanya. Hati yang menyimpan segalanya yang tersemat dan terpendam. Perasaan, rahsia, kata-kata dan semuanya!

Korang percaya tak bahawa hati kita boleh berkata-kata? Aku percaya. Sebagai contoh, aku nampak nama Sir Sankar terpampang dalam Senarai Guru Tidak Hadir. Dan, pada masa yang sama, hati aku akan berkata "Yeay, sir tak datang! Selamat aku hari nih. Kalau tak.......... fuhhh~"

See? Hati kita dapat berkata-kata! SubhanAllah... Tapi kadang-kadang hati kita akan berubah. Tak semestinya hati kita sentiasa bersifat negatif dua puluh empat jam! Okay kita ambil contoh yang sama, Sir Sankar tak hadir. Kadang-kadang hati kita akan mengatakan "Alaaa kenapa sir tak datang? Exam nak dekat dah nih. Ishh kang gagal pula Addmath aku.."

Positif → Negatif

Negatif → Positif


Yang jahat boleh jadi baik. Yang baik boleh jadi jahat. Ini membuktikan bahawa hati kita bersifat negatif atau songsang. Eh? Macam belajar Ekonomi Asas pula dahh! -,- Okay be serious. Aku takda mood.

Berbalik semula kepada topik 'Aku Orang Jahat'. Actually, aku gelar diri aku begitu kerana aku tahu bahawa aku manusia yang tidak sempurna. Ya, manada manusia yang sempurna di dalam dunia ini selain Rasulullah yang maksum.

Aku tahu setiap perlakuan dan percakapan aku, pasti ada yang membuatkan orang lain terasa hati. Pendek kata, tiada manusia yang dapat lari dari dosa. Take note guys.

Tidak lupa juga, Allah swt juga telah menganugerahkan organ yang paling penting bagi manusia, otak. Korang tahu tak bahawa hati dan otak saling berhubung? Hmp. Kalau panggil 'otak' macam lain jeh kan? Okay aku panggil 'akal'.

Contoh bahawa hati dan akal saling berhubung, aku bagi dalam bentuk situasi. Aku terlihat seorang lelaki yang kacak sedang membantu orang buta yang hendak melintasi jalan dan hati aku berkata "Wah, baiknya lelaki tuh!". Pada masa yang sama, akal kita akan cuba berdebat dengan mengatakan "Baik tu memang baik tapi tengok gaya dia. Macam mat rempit". Secara automatik, hati akan mengalah.

Memang. Memang ramai manusia yang selalu me-menang-kan kata-kata dari akal fikiran. Disebabkan ramai yang berbuat sedemikian, maka muncul lah kata-kata nasihat seperti "Dengarkan kata hati, yakini kata hatimu, dan ikutilah kata hatimu.."

Apa yang penting, semua masalah aku belum terluah lagi. Dan, sudah tiba masanya untuk aku luahkan. Inilah masanya! :')

Dia ada hak. Aku juga ada hak.

Memang dia patut tahu siapa aku tapi tak salah kalau aku bagi tahu sendiri dekat dia, right?

Aku just minta bukan kata 'beli' atau 'jual'. Soal jual beli tiada kaitan disini!

Aku keliru. Benarkah kau tuduh aku? Tuduh bahawa aku menganggap kau sebagai orang bodoh yang dapat dipergunakan? Kalau benar, tolong hentak kepala kau dekat dinding. Aku nak kau tahu, aku tak pernah anggap kau macam tuh :')

Kau tak nak hubungan persahabatan kau dengan dia musnah? Tapi kau nak hubungan persahabatan kita musnah? OKAY WEH OKAY!

Kau tak nak tanggung dosa sebab kau tak pasti dengan niat aku tuh? Maaf. Aku tak pernah berniat jahat pun terhadap kembar aku sendiri.

Memang dia kawan kau. Tapi dia kawan aku juga termasuk kau. Persoalannya sekarang, adakah aku nih kawan kau? Lagi?

 Dia percaya kau. Okay, itu aku tahu. Ramai yang percaya dekat kau.

Mengkhianati orang itu memang perkara yang salah. Maksud kau, bila kau bagi apa yang aku minta, dia tak akan percaya dekat kau lagi dan itu akan dipanggil sebagai 'mengkhianati'? Begitukah?

Maaf. Aku minta maaf sangat-sangat kalau aku telah atau hampir membuatkan kau berdosa semata-mata keinginan aku itu tadi.

Kalau kau nak tahu, aku betul-betul terasa hati dengan sebab-sebab yang kau bagi tadi. Bukan apa, aku suka berkawan dengan kau. Tapi kenapa harus berubah secara ketara sangat? For your information, kehilangan kawan lebih menyedihkan daripada kehilangan kekasih. Lebih-lebih lagi kalau kawan itu kita gelar sebagai 'kawan baik'.

Why did all of this happen to me? To us? To everyone?! Ya Allah, please gimme your Nur. May everything will be alright. No enmity. No fighting.

Aku tak nak perkara yang sama berlaku seperti kau dengan 'mereka'. Thanks.

Eh dah hampir masuk pukul dua pagi. Masuk tidur cepat! Guys, entri aku terlalu membosankan right? Hmp. Better korang tekan button Close tu jelahh :') Orang yang faham sahaja dapat menghayati.. Alhamdulillah lega selepas meluahkan dengan sepenuh hati tanpa kata-kata akal fikiran.Sekian. Assalamualaikum.


◀ Older Newer ▶