Owner Post Follow Dash



"I am fine"
Tcha's

Selamat Datang !


Assalamualaikum
This is a place to qwerty everything
Pardons my words


⊰HEY YOU!⊱
Awak comel.
Percaya tak?
Hm percayalah pleaseeee


K tipu jewp hahahaha
Kalau dah baca toksah nak memarah kalau gua cerita pasal lu. Suka hati gua nak cerita pasai sapa k. Kalau dah terasa tu whoops padan muka kahkahkah. Ini blog gua, kalau tapuasti meh kita face to face toksah pendam kang hati lu pula terbakar bhahaha.
Gimme some space to breathe.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome

Three weeks three days.


Hai korangggg! *lambai tangan dengan semangat*

Rindu dekat aku tak? MESTILAH KAN?! Hewhew. Lama bebenor aku tak update blog kan? Al-maklumlah, busy dengan raya kata koo! Ehem ehem *cough badly* Actually, aku tak tahu nak cerita pasal apa weh -.- So, aku nak tunjuk gambar raya jelah. Boleh tak boleh tak? *angkat angkat kening* 

Bermulanya kisah raya kali ke-16 buat diriku ialah pada 19 Ogos 2012 bersamaan dengan 1 Syawal 1433H. Raya tahun nih amat 'Boleh lahh~' bagi aku. Nak kata happy, tak sangat. Nak kata sad, pun tak sangat. Kesimpulannya, sedang sedang sahaja :)

Raya pertama :

Jiran sebelah atas. Mereka orang pertama yang beraya dekat rumah aku (Y)

Kami berdua menggedik sesaat. Harhar

"Kak, makan duduk!"

Abang aku. Menyibuk nak bergambar juga :p Haha

Me with Hippo. Comel kann? *muntah darah*

Dari kiri- pakcik, Maa, abang, Paa, kakak. Me? I'm photographer.

Kami berdua rapat! Hee, abaikan tong sampah dekat belakang -,-
Ya. Aku tahu background ini teramatlah SPOIL. Ahh peduli apa~~

Nampak tak? Maa manja dengan atuk! Sepupu aku pula manja dengan kakak aku. Haha

Aku seorang jeh perempuan? O.e

Paa and abang, anak beranak. Kembar :')

Ira. Maa. Kakak. Pija.

Empat orang dari kiri - ADIK BERADIK TERHEBAT. Kanan, my sister.

Happy Family!

Candid. Again, Maa sedang bermanja dengan atuk ~^.^~

Ira. Kakak. Kakak. Sepupu.

Seronoknya lahaai kalau aku adaa :'/

Yeah, suka gambar nih! Dah lama tak nampak mereka berpelukan :'D

Ira, Pija and aku jeh yang posing. Harhar

Untunglah semua adaaaaaaaaaa :|

Maa kelihatan sungguh COMEL.

Tak akan berpisah. Bersama selamanya. Kami rapat sejak bayi lagi :)

Sewel-ing. Nampak tak muka aku? Macam minta penampar jeh. Hahaha

Menari berpasangan. Aku angkat Pija. BERAT OUH! Harap jeh keding :p 

Yang tadi dekat rumah atuk. Yang nih, otw pergi rumah nenek. 

Ketembaman aku amat terserlah.

Alhamdulillah selamat sampai ke rumah nenek. And now, bergambar!
Ini gambar terakhir kami bersama semasa Syawal Pertama. Kami berpisah buat sementara.
Selepas beraya ke rumah nenek, kami teruskan destinasi kami ke rumah Adik Nenek.

Ya. Itu adik kepada nenek saya. Lelaki yang berumur dekat sebelah dia, pakcik saya.
Bukan suami dia tau :p Haha

This, kakak kata kami semua macam artis. Ye ke? Haha bangga kejap  

Rumah pakcik. Rumah terakhir yang kami singgah pada raya pertama. Mata aku sepet -,-

Raya kedua :

Setiap pagi kami akan bergambar di depan cermin. Wajib! Hihiks
.Cermin mata aku senget.

Like father, like son. Like mother, like daughter. But this, like father, like daughter! 

Tak sampai sepuluh minit beraya dekat sini, aku dah terhegeh-hegeh cari kuih raya. (Y)

Tengok tuh! Alolorh......... Paa aku macam budak kecik! Comel kan? Heee,

Kan dah kata, kami berpisah sementara sahaja :p Tembamnya ;(

Pak cik. Kakak. Pak cik aku muda tiga tahun dari aku woi -.-

Rumah Ibu Susuan kepada Maa :)

Rumah aku. Ada orang datang beraya masa malam.

Kesimpulan ringkas bagi syawal kedua, TAK BEST LANGSUNG!

Raya ketiga :

Awal pagi lagi Maa dah menjerit suruh aku dengan kakak bangun. Katanya, ada tetamu nak datang. Dan tetamu itu amat merbahaya bagi kami. Mereka memang suka mengkritik kami. Kecuali, my grandfather. Jadi, Maa pun asyik push kami supaya kemas rumah.

My grandfather with his grandchild.

Alhamdulillah, kami tidak menerima sebarang kritikan masa tuh. Selepas mereka semua selesai beraya ke rumah kami, kami pula yang bergerak. Nak beraya rumah pak cik.

Macam yang aku cakap, kami berdua wajib bergambar depan cermin.
Cermin kereta pun jadi laaa :3 Kiki.

My sister. Kami berdua 'lepak-lepak' dekat belakang rumah pak cik. Seronok!

Itu itu itu sepupu aku. Dia makin gemuk sekarang XD

Aku tak akan lepaskan peluang untuk cuba aksi merbahaya ini. Luls. Bahaya?

Sedih. Tak reti main lastik............. *menangis masuk jamban*

Kakak cuba untuk panjat pokok. Dan akhirnya, dia tak berjaya. Bhahaha *gelak guling* 

Sweet bukan? Untunglah berdua V.V ika nak join jugaa!

My parents with 'sape entah'. Entah entah entah, tak kenal ^.^v

Kami tak kisah dekat mana pun, janji kami bertiga bersama :D
Actually, kami beraya pergi rumah 'sape entah'. Tetiba ternampak cermin besaaaaaaar GILA. So, kami tak akan lepaskan peluang untuk bergambar di hadapannya. Bhahaha 

 Ya Allah, teruknya muka aku :O Macamana boleh teruk sampai cenggitu?!

Okay sebenarnya macam nih, masa tuh ada seseorang texting dengan aku. And, dia guna ayat yang aku benci plus menyampah plus meluat plus plus plus whatever else laaaaaa! Aku pun marah laa dia, maki dia tu semua. Tetiba abang nak ambil gambar aku, aku marah abang. SNAP! Jadi laaa cenggitu. Faham? Good. Tak faham? Chaww! 

Dengan gambar teruk ini, maka tamatlah koleksi-koleksi gambar Raya Aidilfitri aku pada tahun 2012. Sekian terima kasih. 

p/s: Kita akan bertemu lagi pada entri yang seterusnyaa :D

Rasanya entri kali ni aku baik sikit. Nak tahu kenapa?
TIADA SCROLLING GAME LAGI! LOL -,-
Babai, Assalamualaikum!


◀ Older Newer ▶