Owner Post Follow Dash



"I am fine"
Tcha's

Selamat Datang !


Assalamualaikum
This is a place to qwerty everything
Pardons my words


⊰HEY YOU!⊱
Awak comel.
Percaya tak?
Hm percayalah pleaseeee


K tipu jewp hahahaha
Kalau dah baca toksah nak memarah kalau gua cerita pasal lu. Suka hati gua nak cerita pasai sapa k. Kalau dah terasa tu whoops padan muka kahkahkah. Ini blog gua, kalau tapuasti meh kita face to face toksah pendam kang hati lu pula terbakar bhahaha.
Gimme some space to breathe.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome

Bawean, Boyan or Bhebian (Part One)



Ececeh buat muka pula minah dekat atas nih. Menyampah. Time ni masih ada dekat rumah. Buat muka sedih sebab terpaksa meninggalkan kura-kura kesayangan, K-Jaa. Terasa keberatan nak tinggalkan K-Jaa bersama abang. Takut K-Jaa tak terjaga nanti..............

EHEM. Actually, muka aku nampak sedih dekat gambar tu sebab aku baru habis bertengkar dengan Maa. I just want to tell her the truth. But she always get angry at me when I'm trying to explain something. Cried. Aku rasa korang pun pernah alami benda yang sama. Kan?

***

Seronok. Tak sabar. Gembira. Excited. Semua perasaan ada. Tapi itu semua hancur apabila aku terpaksa duduk di bahagian belakang sekali dalam kereta. Bersaing dengan beg bagasi untuk mendapatkan ruang. Sadiss.


***

Airport - Hati aku terasa macam ada something tak kena. Entah, tak tahu kenapa. Menggedik betul hati aku. Mungkin kerana kami sampai terlalu awal? Mana tidaknya, kami gerak dari rumah pukul 10 am. Terbang pukul 3.30 pm. Sampai dekat airport pukul 12.16pm. Punyalah lama kami tunggu dekat sana. Nasib baik Maa bawa nasi goreng dari rumah. Fuhh tanpa bekalan itu mesti aku mati kebuluran!

***



Dalam kapal terbang sempat lagi ambil gambar awan. Itu hasil yang aku dapat. Waktu petang. Akhirnya kaki aku menjejaki tanah Indonesia buat kali kedua. Gelap. Padahal baru pukul tujuh. Kami terus menuju ke rumah Abang Lukman. Jumpa kakak ipar baru. She is my first sister-in-law! Hihi.

Aku hanya mampu berehat sejam. Then, terus bersiap pergi pelabuhan. Kami kena menaiki kapal selama lapan jam dari Gresik ke Bawean. Walaupun aku terasa penat, aku tetap bersemangat nak pergi Bawean. Well, nak jumpa saudara mara. Wehooo~

***

Lagi sekali, kami gerak terlalu awal. Kapal gerak pukul 12 am. Kami pula sampai awal sejam. Perut mula bermain-main dengan irama merdunya. Jika korang lapar, tindakan yang paling bernas ialah menjerit. Macam aku.  "Paaaaaaaaaaa! Adik nak baksooooo!"

Bakso Pak Unyil.

Sebagai pelancong luar, aku berhak memberi pendapat tentang bakso nih. Ehem ehem *cough* *bajet bos* Kalau korang datang sini dan terjumpa bakso 'Pak Unyil', jangan makan. Jangan makan. Jangan makan. Nak tahu tak kenapa? Nak tahu tak?! Terlampau masin! Urgh. Pelanggan yang ada penyakit darah tinggi mesti terus pulih dalam tanah kalau makan bakso nih.

***

Patah balik ke pelabuhan. Jumpa Kakak Lia bersama bakal suami dia, Abang Firman. Kami terlalu lewat masuk ke dalam kapal. Sampaikan Si Askar marah-marah. Sungguh menakutkan. Abang Firman bercakap dengan aku seolah-olah dia sedang bercakap dengan rakan sekerja dia. Lagi-lagi masa dia marah. Aumm


Tu diaaaaaaaaaaaa. Bakal abang ipar aku yang tak handsome. Jyeah tak handsome! Entah kenapa kakak pilih dia --' Haihh kalau dah jodoh, tak kemana. Untung dia dapat kakak aku. Hahaha! 


My cousin, Halimah. Aku panggil dia "Mamah"


Kami berada di bahagian atas kapal. Udara semula jadi. Bintang. Langit pada waktu malam. It's so amazing! Jarang aku dapat alami semua itu. Disebabkan jarang dan 'tidak biasa' kena angin malam, badan aku terus masuk angin. Kesejukan. Mengantuk.

Abang Firman berusaha cari tempat tidur untuk aku, Mamah, Ila. Dia suruh kami ikut dia ke Ruang Tidur. Pandang kiri, pandang kanan. Semuanya sedang lena dibuai mimpi. Semuanya lelaki. Oh macam aku kesah je semua tu. Kami bertiga terus baring.

Terkejut apabila ada seorang lelaki yang sudah berumur membuat bunyi yang menakutkan. Bunyinya seperti dia sedang mendengus dengan kuat sekali. Aku membuka mata perlahan-lahan kemudian terus memejamkan mata kembali. Ila pula bangun. Dia ambil barang yang ada di atas aku lalu diberikan kepada lelaki itu. Lega hati aku bila bayang-bayang lelaki itu sudah tiada.

Kepanasan. Bangun dan cakap dekat Ila yang aku nak pergi ke tempat malam tadi. Sampai dekat kakak, aku terus mengadu bahawa aku kepanasan tidur di Ruang Tidur itu! Beberapa minit kemudian, Ila dengan Mamah datang. Mereka berdua juga mengatakan benda yang sama kepada kakak.


Ila. Mamah. Kakak.

Ila datang ke arah aku. Dia cerita pasal lelaki semalam. Dia kata lelaki itu marah aku kerana aku tidur di tempat dia. Oh myyy! Biar betik! Hahahahahahahahahahaha. Kami berdua tak henti-henti gelak bila teringat bunyi yang lelaki itu buat semalam. Menakutkan tapi kelakar gila bila ingat balik! XD

***

 

Matahari terbit. Sunrise. Subhanallah...... cantik sangat bila dapat tengok semua itu dengan mata sendiri :') Sesungguhnya kuasa Allah swt tak terhingga.

***


Setelah lapan jam kami terperangkap di dalam kapal besar itu, akhirnya kami sampai juga di Bawean! OHYEAH OHYEAH! *menari macam Mr Bean* Fuhh tak sangka ramai juga yang jemput kami!

***





Maaf jikalau gambar-gambar di atas tidak seberapa jelas atau tak cantik. Well, aku bukan berbakat mana pun. Gambar yang terakhir, pokok pelik. Entah apa yang istimewanya pokok ini sampai aku rasa ingin menyentuhnya. Sayang sekali, aku berada di dalam kereta ketika itu.

***

Baru sampai terus mandi dan tukar baju. Then aku ajak Ila dengan Mamah jalan-jalan. Konon dah pro sangat dengan jalan dekat sana sekali................ hambik kau! Sesat. Patah balik balik rumah. Terjumpa Rizal. Terkejut. Sangat terkejut melihat perubahan pada dirinya. Pakai celak. Pakai subang. Black Metal sungguh! Dia bukan Rizal yang aku kenal dulu.... sombongnya awak :')

***


Keesokan harinya, giliran makan di rumah Obek Hodaiyah. Cara orang kampung masak memang cenggini. Peramah gila aku dengan orang sana. Semua orang aku tegur. Orang sana pun peramah-peramah. Seronok.

Selepas makan kami jalan-jalan ke rumah saudara mara. Tetiba ternampak pula beca. Beca special. Kenapa special? Biasa beca guna basikal. Ini tidak. Guna motosikal! Wa memang tabik ah!


Berhenti di rumah saudara yang kurang dikenali. Di seberang rumahnya ada sawah padi. Masa yang aku tunggu-tunggu, menjejaki kaki di tanah sawah. Dan akhirnya tercapai jugaaaaaaa! Yehuuuuuuui~


With selipar jepun. Tak tahu siapa pemiliknya. Aku main rembat jeh. Hihiks (Y)



Ini kad jemputan mereka berdua. Pratu bermasuk Prajurit Satu. SST bermaksud Sarjana Sains Terapan.


Anak buah aku. Erni. Dhiya. Sofi.

Erni dan Sofi adik beradik. Erni tak seberapa kenal dengan aku sebab masa pertama kali aku dekat sana, dia masih bayi. Dhiya dah biasa sangat dengan aku. Tengoklah cara dia bergambar. Nampak sangat. Sofi pula malu-malu. Mungkin kami tak seberapa rapat dulu. Mereka bertiga selalu teman aku di mana jua :')

Penat layan diorang. Harap je budak kecik tapi kuat bergambar betul. Sampaikan mak mereka iaitu sepupu aku terpaksa menipu mereka bertiga dengan mengatakan bahawa battery camera aku habis. Nasib baik ada sepupu aku tolong. Then, terus tidur beramai-ramai di ruang tamu. Bestt!

***


Hari seterusnya, pada waktu petang. Abang Firman mengajak kami pergi ke laut. Cari kerang. Pada mulanya, Paa tak mengizinkan kami pergi ke laut. Tetapi disebabkan mulut muncung aku yang berbisa bila merajuk, Paa terus cakap "Hmm pergilah. Tapi jangan lama-lama" 



Wuhooooooo! *menjerit sampai gegar rumah* Amacam? Bergaya tak aku? Hahaha!


Keadaan kaki semasa baru sampai.


Tempat macam ni senang nak cari kerang.


Nampak tak aku dapat apa? Nampak taaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak?! Aku dapat pasir je woi! Aku fikir senang je cari kerang nih. Rupa-rupanya memerlukan kesabaran juga! Urgh. Abang Firman terkejut tengok aku menjerit bagaikan orang gila. Dia kata "Nampak sangat adik ni orang yang tak sabar" Kedebushh! *tumbuk Abang Firman*

Dah berapa lama ada dekat situ, aku masih lagi tak berjaya mendapatkan seekor kerang! Yang lain dah dapat.  Dan aku menjerit "Kalau dapat satu, nak menjerit sekuat hati laa lepas nih!!"


Tapak Sulaiman. First time dapat tengok dan pegang! :)

Beberapa minit kemudian, ada sesuatu bergerak-gerak. Daaaaaaaaaaaaaaaaan, AKHIRNYA DAPAT SEEKOR! DAN MENJERIT SEKUAT HATI! WUHOOOOOOOOO!! YEAH BABY! Bila dah dapat seekor, aku terus cuba untuk mencari yang lain. Makin lama makin banyak.

Bila dah feeling cari kerang, tetiba Abang Firman jerit "Adik Ika, jum balik!" Aku buat tak tahu sambil mengira kerang yang aku dapat. Semuanya dapat sebelas ekor. Tiba-tiba ada yang renjis air dari jauh. Cish! Aku kejar Abang Firman sampai dapat. Huh


Keadaan kaki semasa balik.


Ini hasil kami semua. Satu per tiga baldi. Banyak juga tuu -.-


◀ Older Newer ▶