Owner Post Follow Dash



"I am fine"
Tcha's

Selamat Datang !


Assalamualaikum
This is a place to qwerty everything
Pardons my words


⊰HEY YOU!⊱
Awak comel.
Percaya tak?
Hm percayalah pleaseeee


K tipu jewp hahahaha
Kalau dah baca toksah nak memarah kalau gua cerita pasal lu. Suka hati gua nak cerita pasai sapa k. Kalau dah terasa tu whoops padan muka kahkahkah. Ini blog gua, kalau tapuasti meh kita face to face toksah pendam kang hati lu pula terbakar bhahaha.
Gimme some space to breathe.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome

#384


Hi awak! Tcha sudah wangi. Bau aroma terapi sabun buku Camay yang baru dibeli Mak. Baru ke? Rasanya dah lama. Bentuk sabun itu pun dah kecil sekarang. Okay kita abaikan pasal sabun itu ya? Bukan masuk dalam 'espiyem' pun nanti hewhew.

Tengahari tadi Rcha datang lewat. Terpaksalah kami berdua meluangkan masa sedikit saja hari ini hmp. Kalau dia datang awal tadi mesti sempat tengok cerita A Cinderella Story. A romantic movie! Ouch.

Tcha tunggu dia.


Masih belum datang lagi. Mak pula sudah menyiapkan makanan untuk lunch bersama. Ingatkan kalau Rcha datang awal tadi, nak ajak dia makan sekali tapi.......hmp. Rugi dia datang lewat. Mak masak masakan boyan tadi. Sedap! But just simple. Ikan panggang dan sambal cili.

Bila Rcha sampai, Mak cuba mempelawa dia makan tapi ditolak. Lahai malu-malu kucing pula dia ya. Bila masuk ke dalam bilik, Tcha terus ambil meja kecil abang tanpa pengetahuan. Kemudian kami berdua pun terus mula membuat kerja sekolah yang menggunung!

Sambil-sambil kami berdua membuat kerja sekolah yang bertimbun itu, kami ada juga bergosip dan berkongsi rahsia sedikit tadi. Seronok. Nasib baik ada yang sudi menemani Tcha. Kalau tidak, entah bila nak buat sinopsis Novel Konserto Terakhir itu. *mata ke atas*

Punyalah lama kami berdua membuat kerja sekolah tapi hasilnya hanya satu sahaja?! Haih kira bersyukurlah daripada kami berdua langsung tak buat. Ada juga faedahnya, bukan?

Penat benar Tcha copy paste-ing sinopsis Novel Konserto Terakhir itu tadi tau. Tapi rasanya penat lagi Si Rcha. Sibuk melengkapkan buku latihan Prinsip Akaunnya. Mengira, mengunting, menampal. Omg nasib baik Tcha dah siap buat semua itu. Piuh.

Dengan semangat yang berkobar-kobar, Tcha terus mengemas katil dan meja belajar. Bersiap ingin menonton movie kata ko. Tcha ingatkan nak tengok cerita A Cinderella Story tapi sayangnya, Rcha memilih cerita Istanbul Aku Datang. Nevermind.

Tengok dua kali pun cerita itu tetap seronok juga bagi Tcha.

I think I wanna watch next movie but time doesn't permited. So sad. Kami terpaksa bersiap untuk pergi ke kelas tuisyen Prinsip Akaun.

Tiba di Pusat Tuisyen Cendekiawan. Cikgu Akaun ((tak ingat nama)) bertanya "Kamu baru datang dari mana? Pakai baju cantik. Kasut sukan." sambil memegang baju Tcha. Pelik. Baju cantik?

Puan Suzana juga bertanya soalan yang sama. Kali ini baru Tcha menjawab "Kami berdua mahu jogging selepas ini." Cikgu Akaun dan Puan Suzana terkejut. Mereka memuji kami berdua. Rajin. Kembang kempis hidung Tcha dibuatnya hihi.


Semalam jogging. Hari ini jogging. Esok pun jogging. 3 rounds again. Tcha musykil. Rcha mesti ada muslihat di sebalik semua ini. Selain mahu menguatkan staminanya sendiri, mesti dia sengaja ingin mendera Tcha. Mesti. Tak perlu berkata apa-apa lagi Rcha, semuanya sudah terbongkar. Tcha tahu semua muslihat mu itu.

Joke. It's just a drama.

Bagus juga jikalau Rcha cuba mendera Tcha begini. Tcha bukan sahaja kurus malah boleh check in nama sebagai model. Malaysia Modeling Agency. Wow!

Otw balik ke rumah tadi, Tcha terserempak dengan jiran atas Tcha yang suka membela kucing. Tcha suka dia tanpa sebab. Ya. Walaupun ramai jiran selalu mengatakan perkara buruk mengenai dia, Tcha tetap suka dia.

Dari jauh Tcha nampak dia sedang cuba mengangkat barang yang banyak. Dan, buat pertama kali seumur hidup Tcha menegur dan menolongnya. Selama ini Tcha hanya mampu menyedekahkan senyuman sahaja. Lupa pula Tcha ingin bertanya akan namanya tadi. Apalah Tcha!! *menjerit*

Bila ingin melangkah masuk ke dalam rumah, Tcha ternampak seekor kucing berwarna kelabu dan corak badannya seperti memakai stokin datang menuju ke hadapan pintu rumah. Ya Allah, comel sungguh! Geram bila tengok.

Tcha memang suka akan kucing. Hati ini selalu berniat ingin membelanya tetapi apa daya, Mak tak suka kucing hmp.

Selepas makan malam bersama keluarga, Mak minta Tcha menolongnya di dapur. Beliau menyuruh Tcha untuk membasuh pinggan, mangkuk, sudu, garfu, cawan dan segala benda di situ. Tcha hanya mampu patuhi. Tapi biasanya, dalam kebaikan Tcha mesti ada permintaan.

Dan, permintaan Tcha adalah lotion baru. Tcha tak mahu lotion Nivea mahupun Vaseline. Tcha hanya inginkan lotion Johnson's baby. Pada permulaan, Mak bersetuju tetapi keadaan menjadi sulit bila Mak teringat kisah beberapa hari yang lepas.

Dulu Mak pernah memberi duit kepada Tcha untuk membeli lotion baru. Disebabkan perasaan gembira yang terlalu maksimum itu, Tcha tersalah beli. Tcha tidak memilih Johnson's baby lotion tetapi Johnson's baby bath!

Cuai.

Bila Mak dan abang baru balik dari kedai, Tcha hanya mampu mengharap. Mengharap apa yang diinginkan. Dan, akhirnya, tercapai! Alhamdulillah.

"Adik! Ikaa!"

"Yaaaaaaaaa?!" *bergegas keluar dari bilik*

"Nah, ambil ini." menghulurkan Johnson's baby lotion.

My face looks like OH MY GOD, REALLY?! Nasib baik Tcha tak melompat depan Mak dengan Ayah tadi. Kalau tidak mesti anak bongsu mereka ini dimasukkan ke dalam Hospital Bahagia. Seriously, I love my mom so much much much much much much! ((million times))

Okay. Got to go. Homework is waiting for me. Assalamualaikum xx




Tcha.


◀ Older Newer ▶