Owner Post Follow Dash



"I am fine"
Tcha's

Selamat Datang !


Assalamualaikum
This is a place to qwerty everything
Pardons my words


⊰HEY YOU!⊱
Awak comel.
Percaya tak?
Hm percayalah pleaseeee


K tipu jewp hahahaha
Kalau dah baca toksah nak memarah kalau gua cerita pasal lu. Suka hati gua nak cerita pasai sapa k. Kalau dah terasa tu whoops padan muka kahkahkah. Ini blog gua, kalau tapuasti meh kita face to face toksah pendam kang hati lu pula terbakar bhahaha.
Gimme some space to breathe.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome

#386 End of January


Lemah. Sangat lemah. Mata layu. Berat sungguh mata ini. Bila tengok cermin dua tiga kali, rupa Tcha ada juga seperti rupa panda. Panda yang comel. *muntah pelangi*

Hari ini merupakan hari yang paling memenatkan bagi Tcha. Tiada peluang langsung untuk merebahkan diri. Semalam Tcha terpaksa tidur lewat. Pukul 3.30 am. Ini semua angkara homework yang kerap ditangguhkan. Entah kenapa tiba-tiba Tcha rasa rajin semacam semalam.


Cuba bayangkan, awak tidur dua jam sahaja. Awak rasa cukup tak?

Tak.

Disebabkan kekurangan tidur ingatan Tcha menjadi lemah. Lupa membawa cermin mata. Tcha terpaksa meminjam cermin mata Amirul Aizat untuk menyalin segala contengan guru di papan putih.

Selepas rehat kecergasan Tcha semakin pulih. Pelik. Tcha perlu berehat bukannya makan! Nasi goreng di kantin itu bermujarab agaknya, ya? Tcha yang lemah separuh mati terus sihat dan cergas selepas makan nasi goreng itu. Wow. 

Di sekolah, macam biasa, Tcha dan Rcha suka merayau. Lagi-lagi pada masa Sejarah. Cikgu Mazlina pun tahu-tahu saja kami berdua ingin berjumpa cikgu ini cikgu itu. Padahal kami sengaja ingin berjalan. Kuikui.

"Haa kamu berdua nak pergi mana?" 
"Jumpa cikgu....................... kejap."
"Cepat sikit."
"Okay."

Berlari tiga langkah kemudian berjalan lembab seperti kura-kura semula.

Cikgu tiada pada masa Pendidikan Jasmani & Kesihatan dan Bahasa Inggeris. Penghuni kelas kami pun tidak ramai sangat masa itu. Ada yang merayau, ada yang jumpa cikgu, ada yang jadi pengadil Ping Pong, ada yang jadi pemain Ping Pong. Macam-macam betul!

Tapi pada masa itulah kelas kami happening gila! Kami sekeluarga mengadakan sukaneka kecil-kecilan. Antaranya ialah lompat tinggi, larian berpagar, rebut kerusi, dan permainan apa nama. ((tak tahu))

Sangat seronok. Dalam banyak-banyak permainan itu, Tcha hanya berani bermain permainan rebut kerusi sahaja. Tcha ingin mencuba larian berpagar tapi takut """""""seluar terkoyak""""""" pula. Hahahahaha. Alasan Aliff Haikal.

Selepas tamat sesi persekolahan Tcha dan Rcha terus menjalankan tugas sebagai Pengawas Kesihatan pula. Kami menganggap Bilik Kesihatan itu sebagai rumah kami sendiri. Semua kerja pengemasan kami lakukan.

Tugas kami sebagai Pengawas Kesihatan ialah menjaga bilik tersebut, merawat pelajar yang sakit dan membuat kerja sekolah. Eh? Kata orang, alang-alang berminyak biar licin. Entah apa kena mengena peribahasa ini dengan tugas kami hahahaha.

Semasa bertugas tadi Tcha berehat sebentar di kaunter. Tuptup boleh pula Tcha terlelap! Mungkin mujarab nasi goreng itu sudah habis. Ya. Mungkin juga. Rcha pula sedang fokus menyiapkan kerja Matematik. Fokus bebeno nampaknya yob.

Begitulah kisah buat hari ini. Penat tau. Rasa nak.......................................


PENGSAN.




Tcha.


◀ Older Newer ▶