Owner Post Follow Dash



"I am fine"
Tcha's

Selamat Datang !


Assalamualaikum
This is a place to qwerty everything
Pardons my words


⊰HEY YOU!⊱
Awak comel.
Percaya tak?
Hm percayalah pleaseeee


K tipu jewp hahahaha
Kalau dah baca toksah nak memarah kalau gua cerita pasal lu. Suka hati gua nak cerita pasai sapa k. Kalau dah terasa tu whoops padan muka kahkahkah. Ini blog gua, kalau tapuasti meh kita face to face toksah pendam kang hati lu pula terbakar bhahaha.
Gimme some space to breathe.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome

#389 Pengajaran


Tcha dipergunakan dan dibahan seperti biasa di dalam dua tiga hari ini. Semua itu memang mencabar keimanan serta ketakwaan. Nevermind. Mereka hanya bergurau.

Meskipun perkara ini berlaku hanya di dalam dua tiga hari sahaja, sungguh banyak pelajaran yang telah membantu Tcha menjadi seorang manusia yang kental.

Tcha tak sepatutnya menjadi seorang yang fully manja. Sifat ganas juga perlu ada dan harus diselang-selikan dengan sifat manja. Manja, ganas, manja, ganas, manja dan ganas.

Dan juga, berfikiran terbuka. Ya. Inilah masalah yang paling susah untuk dihindarkan daripada kepala otak Tcha. Memang sukar! Entah apa tips-tips supaya Tcha dapat berfikir secara terbuka. Tapi tidak mengapa. Tcha pasti cuba dan akan terus mencuba.

Jika Tcha dapat berfikir secara terbuka pasti benda ini tidak akan dianggap serius. Go on Tcha. Semuanya hanyalah lakonan dan gurauan!

Berhati-hati. Jangan cepat mempercayai orang.

Semuanya di dalam proses akan diusahakan. Sedikit demi sedikit pasti boleh.

Terima kasih kepada Moyang. Satu-satunya member Tcha yang suka berceramah dan berjaga malam. Dia terlalu risau sampaikan dia ingin menelefon Tcha pada waktu malam buta ini. Tcha tahu dia ingin memberikan nasihat lagi tapi Tcha tak mahu menyusahkan dia sampai begitu sekali. Cukuplah sekadar memahami.

Dia memang layak memegang jawatan sebagai kaunselor walaupun dia seorang yang sporting, enjoy, banyak cakap dan sukar untuk serius. Banyak nasihat yang Tcha dapat daripada dia. Thanks buddy.

Tapi, Moyang, apa kena mengena masalah ini dengan teknik membasuh muka? Sangat mengelirukan. Hahahahahahahahahahahahahahahaha nak bersenda gurau lettew anyonyonyo.

Sudah lama kita berkawan. Perasaan suka antara satu sama lain pun pernah terjalin. Tetapi disebabkan keegoan diri, Tcha menolak. Bukan apa. Tcha sangka dia hanya bergurau. Lagi pun Tcha sudah jera. Bosan dan malas ingin memikirkan tentang semua masalah percintaan. Cinta monyet. Nyet nyet.

Walaupun Tcha sudah bersikap kejam dia masih juga menganggap Tcha sebagai kawan dia. Opsy, correction: Dia anggap Tcha sebagai Sahabat sejati. Ya Allah, terharunya....


"Aku sentiasa ada untuk kau wahai sahabat sejatiku..."

Terima kasih atas khidmat nasihat kau. Terima kasih atas penghormatan kau. Terima kasih atas pertolongan kau. Terima kasih atas gelaran "Sahabat sejati" yang kau berikan kepada Tcha. Segala-galanya Tcha hargai. 

Tcha, mendoakan kebahagiaan orang lain dapat membuatkan hati kita menjadi tenang.
Tcha, lakonan telah tamat. Mari kita mulakan lembaran yang baru? Realiti.
Tcha, pendirian setiap orang berlainan. Jangan mempertikaikan semua itu ya.

Tolong kuatkan semangat. Berfikir secara terbuka. Anggap ini semua hanya gurauan semata-mata.



Tcha.


◀ Older Newer ▶