Owner Post Follow Dash



"I am fine"
Tcha's

Selamat Datang !


Assalamualaikum
This is a place to qwerty everything
Pardons my words


⊰HEY YOU!⊱
Awak comel.
Percaya tak?
Hm percayalah pleaseeee


K tipu jewp hahahaha
Kalau dah baca toksah nak memarah kalau gua cerita pasal lu. Suka hati gua nak cerita pasai sapa k. Kalau dah terasa tu whoops padan muka kahkahkah. Ini blog gua, kalau tapuasti meh kita face to face toksah pendam kang hati lu pula terbakar bhahaha.
Gimme some space to breathe.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome

#391 Perubahan


Tcha tahu perangai Tcha menjengkelkan.

Tcha tahu sifat Tcha teruk.

Tcha tahu percakapan Tcha kasar.

Tcha tahu perbuatan Tcha melampau.

Daripada kawan berubah menjadi lawan. Tcha patut digelar sebagai orang jahat bukan Sahabat. 



Seorang perempuan tidak patut berkawan dengan seorang lelaki. Begitu juga, seorang lelaki tidak patut berkawan dengan seorang perempuan.

Kenapa?

Kerana jika seorang daripada mereka sudah berpunya, mereka akan mula melupakan kita. Mengabaikan kita. Meninggalkan kita. Tanpa mereka sedari. Ini fakta.

Tcha sudah pun mengalami semua perkara ini sebanyak dua kali dalam masa seminggu. Memang menyakitkan hati. Sedih. Pedih.

Tcha tahu diri Tcha ini tak bermakna pun bagi mereka semua. Tcha tak berguna!


Kau-Aku.


Walaupun aku hanya menganggap mereka sebagai kawan tapi aku amat menyesal atas perbuatan mereka.

Oh bila kau dah dapat awek terus lupakan aku-lah?

Dalam masa seminggu, aku hadapi semua ini. Pertama, Farhan Alif Putra.

Kami berdua rapat selama dua-tiga hari. Aku merasakan Farhan rapat dengan aku pun mesti ada sebab. Udang di sebalik batu. Semasa kami rapat, aku sudah memberitahu dia agar menjauhkan dirinya daripada aku. Aku rimas. Aku tak selesa. Dia masih juga berdegil.

"Perempuan Bodoh"

Aku tak mahu menerima panggilan itu lagi. Tolonglah. Panggilan itu amat menyakitkan hati aku.

Farhan, aku tahu kau rapat dengan aku agar Nadzatul Nisya cemburu, bukan? Kau keliru dengan hubungan antara kau dengan dia. Keliru sama ada kau dengan dia bercinta atau berkawan sahaja. Kau tahu semua perempuan dalam kelas kita rapat dengan Nisya kecuali aku dan Nazirah. 

Disebabkan kau rapat dengan aku lebih daripada Nazirah, kau gunakan aku sebagai bahan. Kau rapat dengan aku depan Nisya. Kau jalan dengan aku depan Nisya. Kau tegur aku depan Nisya. Sampaikan Nisya hempap buku kuat-kuat bila aku duduk tepi dia masa subjek Agama Islam.

Hari terakhir kau rapat dengan aku, malam, kau bagi tahu aku....

"Hajat aku dah sampai"
"Alhamdulillah"
"Thanks walaupun kau jahat dengan aku"
"Aku tahu. Btw, apa hajat kau?"
"Adalah. Tapi kenapa kau tak boleh layan aku elok sikit dekat sekolah?"
"Aku dah cakap sebelum masuk kelas agama"
"Pakai otak boleh. Kita bukan pegang tangan atau berpelukan. Kita cuma jalan together. Aku tahu batas aku dengan kawan dan nak jaga hati girlfriend aku"

Oh-my-Gooooooood! Girlfriend?! Itulah hajat dia yang sudah tercapai sebenarnya kan? 

Nampak sangat dia gunakan aku sebagai bahan agar dapat mencemburukan Nisya dan mendapatkan kepastian terhadap hubungan mereka.

Aku tahu weh perangai aku teruk. Aku sedar aku layan kau macam mana. Tapi kau kena sedar, aku layan kau macam itu sebab aku tak nak orang pandang lain. Walaupun kau tak bagi tahu aku rancangan kau untuk mencemburukan Nisya, aku sudah pun tahu dari mulanya kita rapat.

Syaza Azahar pernah menggelar aku sebagai Perempuan Bodoh. Aku tak mahu digelar begitu buat kali kedua atas sebab aku telah menyakitkan hati kawannya, Nisya. Aku tak nak. Sumpah tak nak.

Memang aku lega sekarang. Lega bila kau dah tak rapat sangat dengan aku lagi. Tapi disebalik itu, aku rasa kehilangan. Kehilangan kawan baik.

"Takkan sebab couple aku nak jauh dengan kau? Kau kawan baik aku kot. Kau selalu ada untuk aku. Dahlah tak payah fikir benda tu, kita macam biasa jelah"

Selepas kau dah couple dengan Nisya, kau tinggalkan aku. Kau dah tak layan aku macam sebelum ini lagi. Memang. Memang aku sakit hati. Sakit hati bila kau buat aku macam ini. Kau jadikan aku bahan. Kau jadikan kawan baik kau ini sebagai bahan weh! Sedar sikit!

Kedua, Iman Bestari.

Aku ex-girlfriend kau. Ya, aku sedar. Disebabkan itu, aku layan kau agak kasar. Aku selalu ejek kau. Buat kau marah. Buat kau malu depan kawan-kawan yang lain. Aku tahu kau ada hati dan perasaan. Tapi, maaf, aku tak dapat kawal perangai aku itu.

Dulu kau seorang yang penyabar dan periang. Bila aku ejek kau, kau hanya gelak dan redha. Kadang-kadang aku pernah juga terfikir "Kejamnya aku..." dan aku mula kesian dengan kau.

Selama dua minggu kita tidak menghadiri latihan menembak. Kita pula tak rapat dekat sekolah. Menjaga batas-batas pergaulan di depan awek kau. Bila terserempak kita hanya mampu berbalas-balas senyuman sahaja.

Aku dah tak ejek kau.

Tapi, hari ini, keadaan telah berubah. Aku whatsapp-ing dengan adik kau, Liya. Aku tanya Liya mengenai range. Benarkah Liya telah menelefon orang di range? Liya menjawab tidak. Aku sakit hati. Aku menyangka kau menipu. Dan aku mula bertindak melulu. Aku marah kau.

Aku tuduh kau sebagai Penipu. Kau terkejut dan mula memberi penjelasan. Tiba-tiba Liya menghantar dua imej kepada aku. Screenshot. Rupa-rupanya, memang Liya tidak menelefon orang di range tetapi dia hanya bermesej. Bermesej!

Aku baru saja ingin meminta maaf tapi kau terus serang aku. Kau marah aku.

"Okaylah, lepas ni kau pergi sendiri aku pergi sendiri. Senang, Takda lah dapat gelaran yang buruk kalau salah info. Nak gurau pun ada batas doh. Sekali kau panggil aku Pondan aku boleh terima yang kau bergurau tapi bila lama-lama menyirap pula. Sorry kawan, aku tak suka cara kau bergurau. Aku tak suka orang tuduh aku benda yang aku tak buat. Aku ingat benda yang aku buat tu dah baik tapi kau balas macam ini. Panggil aku Penipu. Sedih weh. Orang tak hargai aku. Tak payah tuduh melulu kalau tak tahu apa cerita. Lain kali jangan gelar orang macam-macam. Kau mana tahu orang itu suka ke tak kan? So, fikir dulu apa perasaan orang itu sebelum kau nak gelar. Maaf. Aku tegur kau supaya kau tak buat dekat salah orang."

Kau sendiri tahu perangai aku macam mana, bukan? Kasar. Tak beradab. Kurang ajar.

Kau mula meluahkan segalanya. Kau bagi tahu yang kau tak suka bila aku gelar kau sebagai Pondan.Ya, aku tahu. Aku tahu kau tak suka. Aku sendiri juga sudah berhenti menggelar kau begitu sebab aku tahu benda itu menyakitkan hati dan teramatlah kejam.

Terima kasih di atas nasihat anda berdua.

Semuanya sudah berubah. Mungkin kita memang kawan tapi sekarang, kita seperti bukan kawan lagi. Kawan macam bukan kawan.

Aku tak perlukan kawan yang ingin perubahan aku. Aku perlukan kawan yang menerima aku seadanya.

Agaknya siapalah orang ketiga yang akan melakukan perkara yang sama ya?

*fake smile*









Tcha.


◀ Older Newer ▶