Owner Post Follow Dash



"I am fine"
Tcha's

Selamat Datang !


Assalamualaikum
This is a place to qwerty everything
Pardons my words


⊰HEY YOU!⊱
Awak comel.
Percaya tak?
Hm percayalah pleaseeee


K tipu jewp hahahaha
Kalau dah baca toksah nak memarah kalau gua cerita pasal lu. Suka hati gua nak cerita pasai sapa k. Kalau dah terasa tu whoops padan muka kahkahkah. Ini blog gua, kalau tapuasti meh kita face to face toksah pendam kang hati lu pula terbakar bhahaha.
Gimme some space to breathe.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome

#393 Perjalanan Hidup




Kisah ini bermula dari seorang kanak-kanak perempuan yang bernama Zuhrah. Ibu bapanya bercerai sejak dia masih enam bulan di dalam perut ibunya. Bapanya berkahwin lain dan menetap di Singapura.

Setelah dia dilahirkan ke dunia, ibunya telah meninggalkan dia bersama kedua orang moyangnya, Tok dan Wa. Ibunya juga telah berkahwin lain dan memulakan hidup baru di Jawa, Indonesia. Hidup Zuhrah tidak menentu. Dia sedar bahawa dia masih mempunyai ibu bapa tetapi dirinya tetap tidak dipedulikan oleh orang tuanya sendiri.

Tok dan Wa sahaja tempat dia menagih kasih. Zuhrah selalu duduk bersendirian di bawah pokok bersebelahan rumahnya. Di situlah tempat dia bermain dan mengenangkan nasib.

Suatu hari, Zuhrah demam. Badan dia sungguh panas. Mak ciknya sudah memberitahu Zuhrah agar tidak mandi jikalau masih sakit tetapi Zuhrah berdegil. Dia menyangka apabila dia mandi, demamnya akan hilang. Rupa-rupanya demam Zuhrah semakin teruk. Habis dimarahi mak ciknya.

Walaupun sudah nyata itu semua memang salah Zuhrah, Tok dan Wa tetap membela dia. Mana tidaknya, Zuhrah masih kecil. Baru berumur lima tahun. Masih mentah.

"Aku masih ada mak. Masih ada ayah. Tapi ke mana hilangnya mereka? Cemburu aku tengok kawan aku, Empok. Bila dia sakit pasti ibu bapanya dukung dan membawa Empok ke klinik. Ya Allah, kenapa nasib aku begini....." luahan Zuhrah sambil bermain tanah sendirian. Air matanya mengalir perlahan-lahan.

"Zuhrah! Kau buat apa duduk sendirian dekat pokok sana? Masuk rumah!" jerit mak ciknya.

Zuhrah terkejut. Cepat-cepat dia mengusap air matanya dan masuk ke dalam rumah.

"Kenapa ini Epong?" tanya Wa kepada mak ciknya.

"Saya tak tahulah nenek. Dia dari tadi menangis duduk dekat pokok sana," jelas Epong kepada Wa.

Wa diselumbungi perasaan ingin tahu. Dia mengusap kepala Zuhrah. Zuhrah hanya terdiam. Pipinya masih lagi kelihatan basah. Dengan perlahan Wa cuba menenangkan hati Zuhrah.

"Zuhrah kenapa ini? Kenapa menangis seorang diri di sana?" Wa inginkan penjelasan.

"Saya sedih dan cemburu bila melihat Empok sakit. Ibu bapanya pasti mendukung dia. Tetapi saya? Saya sakit teruk begini pun ibu dan ayah tidak pernah mengambil berat. Di mana mereka berada pun saya tak tahu. Mereka tidak sayangkan saya lagi-kah?" air mata Zuhrah mengalir semula.

Wa mengusap kepala Zuhrah sekali lagi. Dia tahu perasaan cicitnya itu. Selalu diabaikan oleh orang tua kandungnya. Bukan sahaja selalu bahkan tidak pernah dimanja. Khabar berita juga tiada.

"Wa sudah tua. Lutut Wa pun sudah lemah. Bagaimana Wa ingin mendukung Zuhrah? Sudahlah. Zuhrah jangan risau. Tok dan Wa masih ada. Mak Cik Epong pun ada. Kami boleh jaga Zuhrah. Tapi....." terhenti.

"Tapi apa, Wa?" tanya Zuhrah.

"Tapi.... kalau Tok dan Wa sudah tiada nanti, Zuhrah jaga diri ya," sambung Wa. Zuhrah memukul Wa dengan perlahan. Dia tidak suka Wa berkata begitu. Di mana lagi tempat bermanja Zuhrah jika moyangnya tiada nanti? Di pokok? Zuhrah menangis.

"Tok dan Wa janganlah tinggalkan Zuhrah seorang di sini. Zuhrah sudah tiada sesiapa lagi!" Zuhrah merayu dan memeluk tubuh Wa. Apabila melihat reaksi Zuhrah begitu, air mata Wa juga turut mengalir.

Beberapa minggu kemudian. Berita ini mampu melemahkan jantung Zuhrah dan Tok. Dunia ini bagaikan sudah kiamat! Gelap gelita. Di mana cahaya itu pergi? Di mana?! Ini semua berlaku setelah Wa meninggal dunia. Tok terus jatuh sakit.

"Dhiyaaaaaaaaa! Kenapa awak tinggalkan saya? Kenapa Dhiya?" Tok mencari-cari isterinya di seluruh kawasan rumah itu. Zuhrah bagaikan sudah hilang ingatan. Orang yang selalu disampingnya telah meninggal. Apa yang hendak dibuatnya sekarang? Menangis? Ketawa? Hanya kekeliruan menguasai fikirannya. Dia mengekori jejak Tok ke sana ke sini.

Sudah puas Tok mencari isterinya di halaman rumah tetapi masih juga tidak dijumpai. Dua tiga saat kemudian barulah Tok sedar bahawa isterinya sudah tiada lagi. Badannya direbahkan. Memegang jantung dan rusuk yang sakit secara tiba-tiba. Zuhrah terpaku melihat keadaan Tok.

"Aduh, sakitnya. Sakit. Mungkinkah aku akan mengikuti Dhiya ya?" kata Tok sambil menekan-nekan tulang rusuknya di sebelah kanan. Zuhrah terkejut apabila Tok berkata begitu.

"Tok! Jangan tinggalkan Zuhrah! Jangan tinggalkan Zuhrah, Tok! Zuhrah sudah tidak ada siapa-siapa lagi, Tok! Jangan Tok. Jangan tinggalkan Zuhrah......." Zuhrah merayu sambil bersujud di kaki moyangnya itu. Dia menangis. Meraung.

"Zuhrah, Tok sudah tidak kuat lagi. Wa sudah tinggalkan Tok. Kami berdua sudah berjanji akan sehidup semati. Tapi di mana janjinya? Wa sudah pun tinggalkan Tok sendirian. Tok sudah tidak larat lagi, Zuhrah..." dengan perlahan Tok bangun dan berjalan ke arah masjid. Zuhrah ditinggalkan. Tok mahu menghadirkan dirinya ke upacara kematian isterinya di masjid itu. Zuhrah menangis dan memerhatikan Tok yang semakin jauh darinya.

Zuhrah pergi ke pokok dan melayan kesedihannya di sana.

Tiba-tiba terdengar bunyi beduk diketuk sebanyak tiga kali dari masjid. Zuhrah terperanjat. Siapa pula yang meninggal dunia kali ini? 

Zuhrah berlari ke arah masjid. Sungguh ramai orang berkumpul di situ. Zuhrah terdengar orang di belakangnya berkata "Tok Ndang meninggal........" 

Apa?! Ini semua tidak mungkin terjadi! Mula-mula Wa tinggalkan aku, kini Tok pula! 

Hancur dunia ini. Hancur! Dua cahaya sudah tiada lagi. Di mana matahari? Di mana bulan? Di mana kesemuanya?!



Bukan saja ibu bapa yang tiada di samping Zuhrah sekarang tetapi moyangnya juga telah hilang di sisi dalam sekelip mata. Di mana lagi tempat dia mengadu? Tok dan Wa meninggal pada hari yang sama. 

Kini di mana Zuhrah berada pasti dia terdengar suara Tok dan Wa. Dia yakin bahawa mereka tidak akan pernah meninggalkan dirinya keseorangan. Tetapi di dalam keyakinan itu masih juga ditemani air mata. 


Tamat.


Sedih tak cerita dekat atas ini? Tcha rasa nak menangis je bila dengar cerita ini tadi pagi. Memang sedih. Guys, cerita ini bukan rekaan tau. Ini perjalanan hidup mak Tcha semasa kecil. Nama sebenar dia, Zuhrah Binti Badrul Syukur.

Panjang lagi ceritanya tapi mak tak sempat beritahu kesemuanya tadi.

Semalam ayah dengan mak bergaduh..

Ayah : Kenapa awak selalu sangat nak ikut saya?!
Mak  : Sebab saya sayang awak.
Ayah : Habis kalau saya mati? Awak masih nak ikut?
Mak  : Ya. Dekat mana pun awak berada, saya akan ikut.
Ayah : Awak sanggup bunuh diri?
Mak  : Tak. Saya akan sentiasa payungkan kubur awak.
Ayah : *terdiam*

Ya Allah! Sweetnya ibu bapa Tchaaaaaaaaaaaaaaaaaa :'D Macam tak sangka!

Mak sengaja nak bermanja dengan ayah. Tcha tahu.

Mak pernah cakap "Mak tak pernah dapat kasih sayang daripada orang tua sebab itu mak nak kasih sayang daripada suami"








I LOVE YOU SO MUCH MAK !






Tcha.


◀ Older Newer ▶