Owner Post Follow Dash



"I am fine"
Tcha's

Selamat Datang !


Assalamualaikum
This is a place to qwerty everything
Pardons my words


⊰HEY YOU!⊱
Awak comel.
Percaya tak?
Hm percayalah pleaseeee


K tipu jewp hahahaha
Kalau dah baca toksah nak memarah kalau gua cerita pasal lu. Suka hati gua nak cerita pasai sapa k. Kalau dah terasa tu whoops padan muka kahkahkah. Ini blog gua, kalau tapuasti meh kita face to face toksah pendam kang hati lu pula terbakar bhahaha.
Gimme some space to breathe.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome

#394 Pendapat Tcha



Abang : Aku dah bosan dengar masalah couple budak sekarang.
Tcha    : Samalah kita! Couple ada kitarannya juga tau.
Abang : Kitaran?
Tcha    : Yelah. Mula-mula cakap "Sayang. I love you so much. Janji akan kekal" Blablabla..
Abang : Betul. 
Tcha    : Bila dah lama nanti mesti salah seorang mula buat ayat jiwang kan?
Abang : Hahaha betul! "Saya tak layak untuk awak" "Lebih baik kita jadi kawan" Haktuih! Ini semua poyooo~
Tcha    : Banyak lagi okay bukan itu saja. Baru-baru ini ada yang cakap "Saya selalu seksa awak, kesian awak"
Abang : Eh? Yang itu pertama kali aku dengar hahaha.
Tcha    : Padahal dia manada menyeksa sesiapa pun. Dia sengaja nak couple dengan orang lain. Vunguks.
Abang : Yang kau over sangat kenapa?
Tcha    : Ika dah khatam dengan semua ini. Dah dua kali dah tau.
Abang : Dua kali? Ooooooooooh siapa lagi seorang?!
Tcha    : Eh kejap. Bukan dua kali tapi tiga kali.
Abang : Gilalah! Siapa lagi dua orang itu?! Macam ini kau sekarang. Dah tak nak kongsi rahsia dengan aku.
Tcha    : Hehehe secret gitu. Ika rasa Aman lagi ramai, bukan?
Abang  : Eh mana ada. Aman baru khatam sepuluh kali..
Tcha    : Fuyooooooooooooooooooooooooooh!! Ika bagi tahu mak dengan ayah!
Abang : Kau nak makan kaki bagi tahulah.
Tcha    : Emang masalah buat gue? Haha chill, kakak pun ramai juga pakwe dia dulu.
Abang : Tahu. Sejak sekolah rendah dia dah pasang kayu tiga.
Tcha    : So, kiranya............. *terdiam*
Abang : Amenda?
Tcha    : Hmp nothing. ((Tukar topik))


***




Ramai yang kata Tcha ini jual mahal. Ehem-ehem! Suka hati Tcha nak jual mahal ke nak jual murah. Bukan dapat untung pun kalau jual murah, right?

Tcha bukan sahaja bosan dengan cinta monyet di alam persekolahan sekarang ini. Malah, takut juga dikecewakan buat ke-beberapa kalinya. Bila sudah dikecewakan nanti mulalah dikelilingi perasaan menyesal. Bodoh. Gila. Habis hilang entah ke mana pandangan Tcha terhadap pelajaran.

Menangis. Itu saja kerja yang mampu dilakukan pada masa itu. Useless.

Apa guna bercinta lama-lama kalau akhirnya jodoh kita dengan orang lain?

Memang. Memang bercinta pada usia muda ini dapat mengukir kenangan manis kelak tetapi apa hukumnya?
Wajib? Haram? Sunat? Harus? Tidak terdapat pada al-Quran dan hadis.

Tcha bukan nak kata yang Tcha tidak pernah bercinta. Pernah, memang pernah. Tapi semuanya berdasarkan atas sebab-sebab yang langsung tidak bermunasabah.

Contoh : Perasaan ingin tahu, bermimpi ingin kekal sampai ke pelamin ((konon)) dan hanya berpura-pura.

Tak semua hubungan percintaan akan mengalami nasib yang buruk. Ada kalanya, sesetengah hubungan itu selamat dipimpin hingga ke pelamin dan hidup bersama.

Bila dikenangkan semula semua memori cinta monyet yang pernah dialami Tcha dahulu, memang kering gusi dibuatnya. Biasalah, masih belum matang. Hehe

Couple itu haram tapi bercinta? 

Apa bezanya?

Sebenarnya, couple dan bercinta ini mempunyai maksud yang berbeza. Tcha tahu apa bezanya tapi susah nak terangkan di sini. ((tipu))

Actually, Tcha masih belum mahir bab-bab """"cinta"""" ini. And, one more thing, Tcha bukannya Doktor Cinta. *peace* *duckface*

Bagi pendapat Tcha, kebanyakan percintaan dapat menjejaskan cara berkomunikasi dan pergaulan. Tak faham? Meh sini Tcha bagi contoh..

A ( Lelaki ) dan B ( Perempuan) berkawan. Mereka sentiasa berkepit. A meluahkan isi hatinya kepada B. B terkejut. B juga mempunyai perasaan yang sama terhadap A. Mereka bercinta. Panggilan yang mereka gunakan bukan `Kau-Aku` lagi tetapi `Saya-Awak`. B kekok. A cemburu melihat B membual dengan lelaki lain. B berubah menjadi pendiam sejak dimarahi A. Tiba-tiba B ternampak A melayan perempuan lain. B memarahi A. Mereka bergaduh. Putus. Mereka langsung tidak bertegur bila terserempak. Berbalas senyuman pun tidak mahu. Benci-membenci satu sama lain.

Sekarang faham? Kalau awak masih lagi tidak faham, Tcha sudah tidak tahu mahu terangkan bagaimana lagi. Buat-buat faham jelah, okay?

Situasi yang Tcha berikan tadi jelas menunjukkan hubungan percintaan membuatkan perangai seseorang berubah. Ketidakselesaan. Pergaulan dengan orang lain terjejas. Terputus hubungan sillaturahim. Tiada lagi persahabatan.

Sudah besar nanti pasti Tcha akan berhadapan dengan semua ini. Yeah, pasti!

Buat masa persekolahan sekarang Tcha tidak mahu terjebak di dalam mana-mana hal cinta monyet lagi. Cukuplah sekadar berkawan. Tcha tidak mahu disebabkan cinta monyet, Tcha kehilangan kawan. Kawan lebih penting daripada pasangan.

Tcha lebih menitikberatkan hubungan persahabatan daripada percintaan.

Sebab itulah daripada tiga orang adik beradik, Tcha seorang saja yang tidak berminat bercintan-cintun. Tapi................ kalau crushing memang nombor satu. Hekhek

Soooooooooooooo, ini sajalah yang mampu Tcha kongsikan untuk hari ini. Semoga berjumpa di entri yang seterusnya! Cheerio. Assalamualaikum.










Tcha.


◀ Older Newer ▶