Owner Post Follow Dash



"I am fine"
Tcha's

Selamat Datang !


Assalamualaikum
This is a place to qwerty everything
Pardons my words


⊰HEY YOU!⊱
Awak comel.
Percaya tak?
Hm percayalah pleaseeee


K tipu jewp hahahaha
Kalau dah baca toksah nak memarah kalau gua cerita pasal lu. Suka hati gua nak cerita pasai sapa k. Kalau dah terasa tu whoops padan muka kahkahkah. Ini blog gua, kalau tapuasti meh kita face to face toksah pendam kang hati lu pula terbakar bhahaha.
Gimme some space to breathe.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome

#395 Today


♫ ♫ She's just a girl, and she's on fire   Hotter than a fantasy, lonely like a highway   ♫ Incoming call from Rcha. Shocked.

Disebabkan bangun lewat pagi tadi habis kami terlambat tiba ke Taman Tasik Cyberjaya.Tcha pergi sana hanya ingin menemani abang bersenam. Dia ingin kurus seperti dulu semula.

Tcha tidak mahu kurus. Sayang lemak ini selamanya. Buat apa nak kurus? Tcha sudah tough.

Jangan cemburu.

Pagi tadi Tcha tak habis-habis dibahan oleh Farhan dengan Aiman. Ada ke patut mereka gelar Tcha sebagai Mascot McDonalds?!Geram betul!



Yelaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah! Tcha sedar cara Tcha lari bagaimana. Hmp 

Kasihanilah Tcha wahai kawan ku. 

Balik rumah sumpah penat gila. Tcha sudah tidak larat lagi ingin bergerak. Kerja sekolah akaun masih belum disiapkan lagi padahal petang nanti ada orang datang ingin meminjamnya. Mereng.

Tcha hanya mampu baring dan layan YouTube.




Seronoknya kalau Tcha pandai menari begitu ya. Tapi sayangnya, takut bergegar rumah dibuatnya. Maklumlah, orang tough katakan.

Sekali lagi, jangan cemburu.

Empat jam sebelum tepat pukul 5 baru Tcha mula menyiapkan kerja akaun. Rupa-rupanya tak sampai pukul 4 sudah pun siap. Woah congratulation myself! ((claps sound))

Bila sudah tepat pukul 5 petang, Tcha keluar rumah. Tunggu Mereng di bustop depan Apartment Kekwa. Dahlah lambat! Kura-kura Tcha lari pun tak selembab dia. Haih

Datang-datang buat muka tak bersalah. Tak patut, tak patut. 

Sebelum Tcha berikan buku akaun, Tcha ajukan dua soalan kepadanya tetapi hanya satu soalan saja yang dia mampu jawab. Lagi satu masih lagi tanda tanya (?)

Sudahlah berjanji. Tidak reti menepati pula. Geram betul Tcha petang tadi. Nasib baik tak guna high heels. Kalau tidak, berlubang badannya nanti. Grr

Dalam perjalanan balik ke rumah, Tcha terserempak dengan kawan mak. Maksud Tcha, kawan lama mak. Terkejut pula dia melihat Tcha tadi dan macam biasa "Dah besar sekarang. Dah jadi anak dara......." Ohmy, please. I'm sick with that words!

Tcha menjemput kawan lama mak datang ke rumah. Ingatkan dia mahu menolak pelawaan Tcha rupa-rupanya tidak. Sigh.

Kemain seronok lagi Tcha bermain catur di rumah bersama Anis, anak kepada kawan lama mak tadi. Walaupun dia muda lima tahun dari Tcha tetapi Tcha berasa sangat selesa bila bersama dia. Banyak ketawa.

Dan, sekarang, Tcha sedang menunggu mak dan abang. Mereka pergi ke Rumah Terbuka Tahun Baru Cina bersama Dato' Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak di Puchong Utama. Dari tadi masih lagi tidak pulang ke rumah.

Yawn. I'm so sleepy. Gtg, night and sweetdreams readers. Have a sleep tight. Assalamualaikum.







Tcha.


◀ Older Newer ▶