Owner Post Follow Dash



"I am fine"
Tcha's

Selamat Datang !


Assalamualaikum
This is a place to qwerty everything
Pardons my words


⊰HEY YOU!⊱
Awak comel.
Percaya tak?
Hm percayalah pleaseeee


K tipu jewp hahahaha
Kalau dah baca toksah nak memarah kalau gua cerita pasal lu. Suka hati gua nak cerita pasai sapa k. Kalau dah terasa tu whoops padan muka kahkahkah. Ini blog gua, kalau tapuasti meh kita face to face toksah pendam kang hati lu pula terbakar bhahaha.
Gimme some space to breathe.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome

#396 Just Read


Setiap manusia tidak akan dapat mengubah nasib diri dengan hanya meminta. Bak kata mak Tcha "Lebih baik kita yang memberi daripada meminta.." Hanya dengan usaha saja kita dapat mengubah pendirian diri masing-masing.

Setiap manusia mempunyai cara usaha yang tersendiri.

Tapi.........


Semua itu tiada kena-mengena dengan perasaan Tcha sekarang. Hati ini ingin meluahkan tetapi fikiran Tcha menghalang. Tcha takut sekiranya pembaca blog ini berfikiran negatif.

Tak mengapalah. Blog ini pun sudah Tcha anggap sebagai diari sendiri. Segala yang terpapar di kepala otak Tcha keluarkan. So, here we go!

Seperti mana yang awak semua tahu, Tcha ini keturunan Indonesia. Ya, negara jiran Malaysia. Ramai yang tidak percaya dengan kenyataan itu. Mereka kata muka Tcha langsung tiada ciri-ciri seperti orang Indonesia. Dan, cara percakapan Tcha langsung tidak bercampur-aduk. Benarkah?

Emmm emmmm . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . ((Loading))



















Loading 37%




































Loading 74%























































Loading 99%






























































































































Loading 100%
























Sesetengah orang Malaysia benci dengan orang Indonesia. Begitu juga, sesetengah orang Indonesi benci dengan orang Malaysia. Awak semua dapat bayangkan situasi Tcha bagaimana bila semua ini berlaku? Keliru tahap gaban tahu!

Adakah orang Malaysia benci Tcha? Adakah orang Indonesia benci Tcha?

Kekeliruan ini kerap terjadi apabila ada perlawanan Bola Sepak dan Badminton di antara Malaysia dan Indonesia. Bergaduh sesama jiran. Merata-rata tempat berlaku. Sekolah? Ada. Twitter? Ada. Facebook? Ada. Dekat rumah sendiri pun pernah.

Mana tidaknya, kakak Tcha warganegara Indonesia. Tcha dan abang warganegara Malaysia. Kami pernah tersebut perkataan "Indon" di depan kakak. Dan Tcha terkejut bila kakak mengertak kami "Siapa Indon hah?!"

Sungguh memeranjatkan. Pertama kali kakak menunjuk belangnya. Fuh!

Mak juga pernah tersebut perkataan yang sama semasa di kaunter imigresen. Orang di kaunter itu pula menjelaskan sesuatu dengan nada yang marah "Nggak ada negara Indon di muka bumi ini. Yang adanya, INDONESIA!"

Unbelievable. Sesama rakyat pun mahu bertengkar? Semenjak dua kejadian itu, kami sekeluarga fobia ingin menyebut perkataan "Indon" lagi. 

Di Indonesia juga pernah. Orang di sana pernah memanggil Tcha sebagai Orang Malay. Jika sebutannya Mellei Tcha masih lagi boleh terima tapi jika Melai, rasa nak membunuh pun ada! 

Mungkin nenek Tcha juga mengalami benda yang sama. Beliau keturunan Indonesia dan dilahirkan di Pulau Pinang, Malaysia.

Nenek berkata "Ika dengan abang dilahirkan di sini sama dengan nenek. Di sini tanah air kita.."

Kakak pernah menceritakan keadaan dirinya di Indonesia. Katanya, orang di sana pernah menghinanya kerana mempunyai keluarga di Malaysia. Begitu juga Tcha, pernah diejek dengan orang di sini kerana berketurunan Indonesia. Apa salah kami?

Kami tidak pernah meminta dilahirkan di dalam keadaan seperti ini. Penuh dengan kekeliruan!

Tcha langsung tidak menyesal tetapi sebaliknya, Tcha sangat bersyukur ke hidrat Illahi di atas limpahan kurnia-Nya. Tcha dan abang mempunyai dua kampung di negara yang berbeza. Kami istimewa.

Dua dunia berbeza. Dua bahasa berbeza. Amazing! Alhamdulillah, Ya Allah.

Think positively Tcha. You can do it.

Tetapi Tcha memang pantang sangat bila ada orang marahkan Tcha sampai melibatkan tanah air ibu bapa Tcha! Tak ada benda lain ke yang nak dilibatkan selain tanah air mereka?! Tcha tak suka orang merendah-rendahkan maruah ibu bapa Tcha. Serious talk.



There is. Luahan hati Tcha sebagai warganegara Malaysia yang berketurunan Indonesia. See you again. Assalamualaikum.

P/S : There's no song that matching with this entry because I wanna you to focus and understand with my condition for all this while. Thank you. Fake smile.




Tcha.


◀ Older Newer ▶