Owner Post Follow Dash



"I am fine"
Tcha's

Selamat Datang !


Assalamualaikum
This is a place to qwerty everything
Pardons my words


⊰HEY YOU!⊱
Awak comel.
Percaya tak?
Hm percayalah pleaseeee


K tipu jewp hahahaha
Kalau dah baca toksah nak memarah kalau gua cerita pasal lu. Suka hati gua nak cerita pasai sapa k. Kalau dah terasa tu whoops padan muka kahkahkah. Ini blog gua, kalau tapuasti meh kita face to face toksah pendam kang hati lu pula terbakar bhahaha.
Gimme some space to breathe.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome

#400 Tolong Faham


"Aku ada blog pun tak kutuk orang..." said someone.

Emosi langsung tidak dapat dikawal pada masa itu. Tidak dapat ditahan lagi. Ingin meluahkan segalanya tetapi pada siapa? Semua sibuk dengan hal masing-masing.

Kucing?

Kura-kura?

No one.

Sudah lama aku menggunakan blog ini. Sejak pertama kali melangkah ke sekolah menengah. Tingkatan Satu. Segala kenangan manis dan pahit tersemat di sini dengan selamat. Aku tidak mengutuk tetapi sedih dengan sikap kau yang berubah sekelip mata.

Aku hanya meluahkan kesemuanya. Aku tidak menggelar kau dengan gelaran yang buruk. Sudah terpampang jelas di dalam entri itu bahawa aku cuma menggunakan nama penuh kau. Ini bermakna aku telah meluahkan perasaan tidak berpuas hati aku secara terang-terangan terhadap kau. Dan, entri itu langsung tidak berlapik dengan apa-apa carutan malah ucapan terima kasih yang aku ucapkan. Masih lagi tidak dianggap mengutuk.

Tolong faham.

Tak sangka pula dianggap mengutuk. Tak mengapa. Semua yang buruk memang terdapat pada diri aku pun. Yang baik langsung tiada. Kenyataan. "There is no problem if I change to evil"

Keikhlasan seseorang dapat dilihat dari raut muka, tutur kata, dan gerak-geri perilakunya. Senyum tidak. Bertegur tidak. Berpandangan pun tidak. Adakah semua itu masih wajar dipanggil sebagai keikhlasan?

Orang yang ikhlas tidak akan menjauhi dirinya daripada kawannya sendiri. Duduk bersebelahan tetapi dianggap halimunan. Wow. But, it's okay. Kau lebih gembira sekarang. Memang banyak kebaikan yang kau dapat apabila menjauhkan diri daripada aku.

Tiada lagi budak gila yang menyirapkan darah kau lagi selepas ini ;)

Tapi satu yang aku minta, jangan buat pameran menggunakan blog aku kepada orang ramai. Tolonglah jangan.

Setiap kali aku membaca entri #391 Perubahan pasti ada yang flowing. Betul kata kau "Lelaki cuma pandai berkata-kata bukan melakukan"

Ini semua bukan kutukan tetapi jikalau kau masih juga menganggap keseluruhan entri ini mengutuk kau, it's up to you. Aku tak pernah berniat begitu.

Without me, enjoy your life friend :)




Tcha.


◀ Older Newer ▶