Owner Post Follow Dash



"I am fine"
Tcha's

Selamat Datang !


Assalamualaikum
This is a place to qwerty everything
Pardons my words


⊰HEY YOU!⊱
Awak comel.
Percaya tak?
Hm percayalah pleaseeee


K tipu jewp hahahaha
Kalau dah baca toksah nak memarah kalau gua cerita pasal lu. Suka hati gua nak cerita pasai sapa k. Kalau dah terasa tu whoops padan muka kahkahkah. Ini blog gua, kalau tapuasti meh kita face to face toksah pendam kang hati lu pula terbakar bhahaha.
Gimme some space to breathe.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome

#404 Pemadam


CONTOH KARANGAN.

Pendahuluan

Pemadam merupakan salah satu daripada peralatan alat tulis yang sering digunakan oleh pelajar dan guru di sekolah. Pemadam sentiasa bersama dengan pensil. Hubungan di antara pemadam dan pesil bagaikan isi dengan kuku yang bermaksud sahabat yang sangat rapat atau akrab. Terdapat pelbagai kepentingan pemadam dalam seharian kehidupan kita.

Ini pemadam.

Wahwah, bukan main lagi Tcha ya? Sempat pula menaip karangan di sini. *geleng kepala*

Selain tempat luahan perasaan, blog juga dapat dijadikan sebagai sumber perkongsian ilmu, right? Bukan sahaja diri sendiri yang mendapat kebaikannya malah pembaca juga turut mendapat ilmu. Sharing is caring gitu.

Ini kepentingan blog bukan pemadam! *baling lobak*

Pemilik blog belajar. Pembaca juga boleh belajar sekaki.

Kaki?

Tapi, kenapa Tcha membuat karangan mengenai pemadam ya? Buang tabiat agaknya.

Hmmm begini ceritanya... *ambil popcorn*

((Permulaan)) Pada tiga-empat minggu yang lalu, Tcha menjawab soalan matematik di dalam buku Analisis Bertopik Soalan Peperiksaan Tahun 2005-2011 Sasbadi. ((Perkembangan)) Banyak soalan yang telah dijawab olehnya. ((Klimaks)) Tiba-tiba, terdapat satu soalan yang dijawab Tcha berbeza dengan jawapan yang cikgunya berikan. Tcha mencari pemadam di dalam bekas pensilnya. Setelah sekian lama Tcha menyelongkar kesemua isi yang terdapat di dalam bekas pensilnya itu, pemadam Tcha didapati hilang. 

Oh tidak!! Ke mana hilangnya pemadam Fabar Castell kesayangan ku itu? Pasti ada pencuri yang mengambilnya. Ya pasti! Tapi siapa? Hmmm *menongkat kepala atas meja*

Tiga-empat minggu Tcha hidup tanpa pemadam kesayangannya itu. Kasihan pemadam Nazirah. Sering menjadi mangsa di sekolah. Di rumah pula Tcha selalu meminjam pemadam abangnya. Kadang-kala dia pernah juga dimarahi abangnya kerana telah mengambil pemadamnya tanpa izin. Hihi emergency kata kannn ((Peleraian))

Jadi, begitulah cerita yang sebenarnya ((Claps sound)) Sedih tak?

Tapi sekarang Tcha sudah tak kisah sangatlah pasal pemadam itu sebab....... Tcha sudah ada dua pemadam baru. YEAY! Fireworks fireworks~

Kali ini Tcha guna pemadam Stabilo pula. Tukar cita rasa bak katanya kehkehkeh

Dear ex-eraser, I hope you'll happy and enjoy your own life with new owner. I'll forget you forever and ever. So, get lost! Berambus! Peace. Duckface.

Penutup.

Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah _____________________ .


Isi tempat kosong dengan jawapan yang anda fikirkan. Jawapan anda mestilah tidak kurang daripada 500 patah perkataan.

Good luck. Semoga berjaya (y)



Tcha.


◀ Older Newer ▶