Owner Post Follow Dash



"I am fine"
Tcha's

Selamat Datang !


Assalamualaikum
This is a place to qwerty everything
Pardons my words


⊰HEY YOU!⊱
Awak comel.
Percaya tak?
Hm percayalah pleaseeee


K tipu jewp hahahaha
Kalau dah baca toksah nak memarah kalau gua cerita pasal lu. Suka hati gua nak cerita pasai sapa k. Kalau dah terasa tu whoops padan muka kahkahkah. Ini blog gua, kalau tapuasti meh kita face to face toksah pendam kang hati lu pula terbakar bhahaha.
Gimme some space to breathe.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome

#406 Bulan Rejab




Hai semua!

Apa khabar? Sihat? Alhamdulillah.

Lama sungguh Tcha tidak mengisi masa lapang bersama blog ini, ya.

Awak tahu apa alasannya?

Tiada masa. Bukan.

Sibuk memanjang. Bukan.

Tiada cerita yang menarik. Bukan.

Malas nak menaip. Hm mungkin?

Buat pengetahuan para pembaca sekali, sebenarnya, penyakit Tcha semakin lama semakin serius. Sudah ramai doktor yang telah mencuba untuk merawat penyakit ini tapi hm. Malangnya, masih tidak berjaya.

Tcha menghidap penyakit M.

Malaria? Tidak.

Mata? Tidak.

Mulut? Tidak.

Migrain? Tidak.

Mental? Ini kurang asam namanya! *cekak pinggang*

Tcha pasti ramai juga di kalangan awak semua yang pernah menghidap penyakit ini. Namanya, penyakit MALAS.

Malas bangun awal pagi. Malas pergi sekolah. Malas menyebarkan senyuman palsu. Malas pegang pen. Malas tekan kalkulator. Malas keluarkan buku dari beg. Malas nak masukkan buku ke dalam beg semula.

Apa? Awak pun sama seperti saya?

Sudah ku bilang, kalian juga pernah menghidap penyakit ini, bukan? Muahahaha ((evil laugh))

K. Please stop it Tcha. Ini bukan motif sebenar kau. #SelfTalk

Eh apa motif letak hashtag di situ? Ini bukan twitter! //abaikan//


Tcha ingin mengucapkan Salam 1 Rejab kepada awak semua sebenarnya. Wink wink. Buat muka comel.

Tcha juga ingin berkongsi cerita sikit. Ambil popcorn cepat!

Ceritanya begini... *pasang lagu Walt Disney*

.
.
.



Over.

Sedih tak cerita Tcha? Sedih sangat kaannnnnnnn ((lap hingus))

Serious please. Ugh

Jumaat, 10 Mei 2013. Balik daripada tuisyen akaun, Tcha memang penat sangat waktu itu. Tambahan pula penyakit M tadi semakin parah. Maka, Tcha pun tertidur sehinggalah mega movie hampir tamat. Shanghai Knights. Bangun-bangun terus lapar. Perut kemain lagi meragam. Siap buka lagu patriotik. Ah gebang.

Nak makan nasi tapi takut makin gedempol. Terpaksalah makan aiskrim La Cameria yang tinggal sesudu tu tsk tsk. Tcha rasa macam bersahur pun ada masa cari makanan tengah malam buta itu. Tiba-tiba ada dua orang tweet "Salam 1 Rejab" Oh my gawd!

Tcha terus masuk bilik dan cuba bangunkan mak. Nak ajak mak berpuasa sama. Mak pula memberikan respon yang em. 

"Adik, bangun! Solat subuh cepat sebelum terlambat. Bangun bangun!"

Tengok phone. Alamak! Pukul 6.30 pagi? Hm tak sempat bersahur. Masa itu Tcha tak tahu ingin meneruskan berpuasa ataupun tidak. Keliru. Tapi bila dapat tahu yang mak juga berpuasa, hati pun sudah berniat sebelum tidur. So, carry on jelah. Hihi

Hari ini memang amat-amat-amat bosan dan sangat-sangat-sangat lemah. Sampaikan petang tadi tertidur sampai dua tiga kali. Habis tertinggal solat Asar. Walaupun mak sudah mencuba sedaya upaya untuk membangunkan Tcha. Tapi masa itu memang lemah gila. Tak boleh bangun langsung. Ya Allah, ampunilah hamba mu ini...

"Adik, bangun! Dah hampir maghrib. Jom berbuka!"

Dengar saja perkataan berbuka, dengan sepantas kilat Tcha bangun dan terus menuju ke arah dapur. Padahal tinggal 20 minit lagi. Ugh

Azan maghrib. Minum air. Gosok gigi. Makan dua pinggan. Solat. Dan, solat qada' fardu Asar.

Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Hewhew

Guys, tinggal lagi dua bulan kita akan berhadapan dengan bulan Ramadhan. Yeay tak sabarnya!

Okay-lah. Tcha nak pergi temankan mak dulu ya. Jangan lupa, lepas nightline ada movie best wkwk. Assalamualaikum :)



Tcha.








◀ Older Newer ▶