Owner Post Follow Dash



"I am fine"
Tcha's

Selamat Datang !


Assalamualaikum
This is a place to qwerty everything
Pardons my words


⊰HEY YOU!⊱
Awak comel.
Percaya tak?
Hm percayalah pleaseeee


K tipu jewp hahahaha
Kalau dah baca toksah nak memarah kalau gua cerita pasal lu. Suka hati gua nak cerita pasai sapa k. Kalau dah terasa tu whoops padan muka kahkahkah. Ini blog gua, kalau tapuasti meh kita face to face toksah pendam kang hati lu pula terbakar bhahaha.
Gimme some space to breathe.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome

#408 Story-mory Mari




Sabtu, 18 Mei 2013.

Treasure hunt. For teachers only.

Penat gila nak mampus!

Mula-mula Tcha hanya ditugaskan untuk menjaga Second checkpoint saja tapi bila Cikgu Azrina nampak Tcha bawa kamera. Habis! Dia minta Tcha jadi photographer. Argh!

"Atika, siapa lagi bawa kamera?"
"Entahlah. Saya seorang jelah kot.."
"Awak boleh tak ambil gambar semua aktiviti hari ini? Saya tak nak tertinggal satu pun ya"
"Erk......... K'"

Lari ke sana. Lari ke sini.

Huu-haa-huu-haa. Semput!

Tapi, yang seronoknya, semua cikgu layan pengawas dengan baik masa itu. Rasa dihargai. Tehee.

Incoming call from Maa ((Lagu Girl On Fire by Alicia Keys))

"Adik! Dah balik ke belum?"
"Belum."
"Cepat balik. Pasni pergi rumah kakak"
"Okay mak"

Balik rumah.

Mak dan abang sudah pun bersiap-siap. Tinggal aku saja yang ketinggalan.

Veshunnnggg~

Siap!

Dalam kereta Tcha tertidur sampai ternganga. Astaghfirullah teruknya... 

Tcha dengar abang gelak gila-gila masa tengok cara Tcha tidur ternganga. Cish. Orang kepenatan tahu tak!

Sampai rumah kakak terus cari makanan. Ish-ish-ish. Inikah yang dipanggil 'anak dara'?

Teruk.

"Adik nak ikut pergi rumah atuk?"
"Nak!"
"Ala..... Ika duduklah sini dengan adik"

Bila dengar Aira cakap macamtu, terus terbatal niat Ika ingin menghadiri majlis perkahwinan anak kepada kawan mak. Canceled. Buat penat bawa baju kurung dengan pashmina. Haih

Selepas Aira menghantar mak ke rumah atuk, dia mengajak Tcha pergi ke kedai. Beli topup. Nak contact pakwa lettew hahahaha untung k ada pakwa. Untung ada orang sayang welk welk.

"Ika nak bawa boleh?"
"Ika tahu ke bawa motor?"
"Erk sikit. Hm nak bawa juga! Tak kira!"

Kejap laju. Kejap perlahan. Nak tukar gear pun tak reti. Teruknya! Yang paling kelakarnya, Tcha hampir terlanggar seorang lelaki! Hahahahahahahaha lawak gila tengok muka dia masa tu. Cuak tapi nak cover macho. Hahahahahahahaha ini semua poyo.

Nasib baik masih dapat diselamatkan. Kalau tidak........ tak tahu nak kata apa.

"Ika! Biar adik jelah bawa!"

Dengan muka kecewa plus plus, Tcha terus menghentikan motor di tengah jalan. Tengok tuh! Nak berhenti pun tak reti cari kawasan yang sesuai hahahahahaha nasib baik tak ada kereta. Good Tcha. Tcha is good.

Text Afrul :

"Woi! Bila nak belanja aku burger? Aku dekat kampung ni."
"Mana kau? Tak nampak pun."
"Adalah. Kau dekat mana?"
"Rumah atuk kau"
"Okay, kejap lagi aku datang"

Sampai dekat kampung. Nampak gerai burger. Lalu depan tu haprak! Semua pandang pelik jeh. Ada juga yang lambai tangan. Pft

Lalu tepi rumah atuk. Eh-eh ternampak atuk pula dekat belakang rumah. Hihi segan. Datang tanpa dijemput. Gerak ke depan sikit. Nampak Shahrul. Tcha dah tak tahu nak buat apa, hanya duckface saja yang mampu dipaparkan. Dia pula jerit "Hoi!"

Balik rumah kakak. Online sampai malam. Tengok tv. Memasak. Online. Tengok tv. Makan. Tengok tv. Hampir pukul dua pagi baru tidur.

Tcha tidur dengan kakak. Hihi manja dengan kakak katakannn //tutup muka//

Ahad. 

Bangun. Mandi. Aira dengan abang tinggalkan Tcha sobs sobs tidak ku sangka betapa kejamnya mereka berdua. Wuargh! 

Tcha keseorangan. Online. Buat revision addmath.

Bosan.

Tak habis-habis online. Bukan ada apa pun. Al-maklumlah, Tcha bukan tweetpemes. Whoops hihi

Balik rumah. Maghrib. Pukul sembilan, sambung buat revision addmath. Study hard.



Sampailah pukul empat pagi. Tak tahan. Mata berat. Bagaikan ada seekor gajah di atas kelopak mata ini. Mengantuk!

Apa lagi? Tidurlah.

"Adik! Bangun!!"

Tergesa-gesa. Masuk bilik air. Tengok cermin "Opocot! Pontianak mana pula nih?! Arghh!"

Mata merah. Rambut bagaikan singa jantan. Muka ketat. Serius menakutkan. Serius. Tak main-main.

Sampai sekolah terus masuk kelas dengan Rcha. Dan, masa yang dinanti-nantikan........... 

Addmath paper two!! ((screaming))

My face :





Masa jawab soalan yang terakhir, kepala otak Tcha boleh pula buka lagu 'Terima Kasih Cikgu by Najwa Latif'

Ini betul-betul gila! Ada ke patut? 

Rehat. Kelaparan tidak terhingga.

Biasa waktu rehat Tcha cuma beli buah. Tapi kali ini, nasi goreng ayam beb! Fuh kenyang. Alhamdulillah. Mungkin Tcha jadi kebuluran akibat soalan-soalan addmath yang mampu membunuh tadi tu. Ya, pasti!

Selepas rehat. Ekonomi asas kertas satu. Objektif. 40 soalan sahaja. 1 jam 15 minit.

Alhamdulillah senang.

Baru 30 minit terus siap. 

Tidur. Bangun. Tidur. Bangun. Nampak Farhan pandang Tcha. Dia boleh lagi tanya "Okay tak?" tanpa suara. Tcha mamai. Penglihatan kabur sedikit. Gosok mata banyak kali baru jelas muka Si Farhan. Tcha hanya mampu mengangguk kepala. Pastu sambung tidur balik. Hahaha

Tak sangka peperiksaan kali ini dia ambil berat sedikit. Tak macam ujian bulanan tu hahahaha k jangan ungkit Tcha. Jangan.

Sejujur-jujurnya, Tcha ni jarang tidur dalam kelas tau tau tau //tipu//

"Okay, siapa yang duduk depan bangun. Kutip kertas"

Terkejut. Terus betulkan tudung. Pandang Rcha tanya sama ada muka Tcha ada something wrong atau tidak. Dia mengangguk. Ohmyyy! Muka Tcha berbekas! Mata makin merah!

Gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

First time jadi macamni!

Eeeee insaf insaf. Tcha tak nak tidur lewat lagi! Tak nak! Tak nak! *hentak kaki*

Biarlah markah rendah ke whatever, tak nak tidur lewat macam semalam lagi. Ugh habis mata macam panda tahu tak tsk tsk.

One more thing, tolong tengok gambar ini



Bayangkan anda titik berwarna putih itu. Dikelilingi kegelapan. Sunyi. Perasaan takut menguasai diri. Keseorangan. Tiada sesiapa di sisi. Tidak tahu mahu ke mana.

Begitulah perasaan Tcha bila jawab exam.

Hahahahahahahahahahahahahahaha tak ada kena mengena langsung!

Okaylah. Tcha nak pergi tidur dulu. Nak ganti masa tidur yang sebelum ini. So, thathithut. Assalamualaikum :)





Tcha.


◀ Older Newer ▶