Owner Post Follow Dash



"I am fine"
Tcha's

Selamat Datang !


Assalamualaikum
This is a place to qwerty everything
Pardons my words


⊰HEY YOU!⊱
Awak comel.
Percaya tak?
Hm percayalah pleaseeee


K tipu jewp hahahaha
Kalau dah baca toksah nak memarah kalau gua cerita pasal lu. Suka hati gua nak cerita pasai sapa k. Kalau dah terasa tu whoops padan muka kahkahkah. Ini blog gua, kalau tapuasti meh kita face to face toksah pendam kang hati lu pula terbakar bhahaha.
Gimme some space to breathe.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome

#410 Sampai bila nak habis?







Morning.

"Adik, bangun. Dah terlambat"

Ambil phone. Phone mampus. Minta phone mak. Mesej Acik Ita "Assalamualaikum. Acik, saya tak sekolah hari ini" Send.

Solat subuh. Online. Dah hampir pukul lapan. Tcha terus keluar dari bilik dan bagi tahu mak bahawa pukul sembilan nanti Tcha nak pergi rumah Rcha. Nak belajar akaun bersama. Dan, sepatutnya apa yang kami rancang semalam menjadi tapi... Hm

"Mak, nanti adik nak pergi rumah Nazirah. Sambung belajar yang semalam punya"

"Tak payah. Rumah tak kemas lagi nak merayau. Tengok tu, buku sendiri pun tak reti nak kemas dekat ruang tamu"

Tcha diam. Dalam hati "Merayau apa kalau duduk belajar dekat rumah kawan?"

"Cuba sapu rumah. Lap kaca. Kemas rumah dulu. Tolong mak dekat rumah. Jangan asyik merayau je"

Tcha diam. Tidak bergerak langsung. Dalam hati "Astagfirullah aladhim. Sabar Ika sabar..." 

"Nanti apa orang cakap kalau tengok kau keluar je setiap hari. Minah rempit?"

Tcha diam lagi. Minah rempit? Astaghfirullah aladhim. Tidak pernah terdetik dalam hati Tcha nak jadi minah rempit. Minah rempit itu sampah masyarakat!

Semakin lama, semakin berlinang air mata. Tak sangka mak sanggup tuduh Tcha yang bukan-bukan. Sungguh tidak ku sangka.

Memang Tcha nakal.

Memang Tcha degil.

Tcha jahat.

Tcha tak dengar cakap.

Tcha suka ikut tanduk sendiri.

Cakap saja apa yang buruk, semuanya terdapat dalam diri Tcha. Semuanya!

"Abangnya ada dekat rumah. Yang dia ni nak keluar pula. Cuba duduk diam-diam dalam rumah dengan abangnya je"

Mak asyik berceramah saja walaupun berada di dalam tandas. Tcha terus pasang tv dengan kuat. Telinga bagaikan tidak rela mendengar segala tuduhan yang diberikan secara bertubi-tubi itu.

Semuanya sudah kemas. Ambil laptop dengan phone. Masuk bilik. Kunci.

Teringat perkataan 'minah rempit'. Teringat semua tuduhan itu. Teringat apa salah Tcha sampaikan ingin keluar belajar pun tidak dibenarkan.

Teringat. Hati sakit bagaikan ada seribu peniti tercucuk secara mendalam. Kepala terasa tertekan. Perlahan-lahan air mata mengalir. Semakin lama, semakin banyak air mata yang dibazirkan dengan sengaja.

Mata pun letih melakukan pembaziran itu. Maka, terpejamlah buat seketika. 

Tcha tak tahu nak cakap apa. Ingatkan cuti sehari ini dapat juga ulangkaji bersama kawan tapi begini pula jadinya. Hm

Bila Tcha sudah terjaga. Tcha terkejut apabila abang berada di tepi Tcha sambil menyanyi. Eh silap. Maksud Tcha, dia memekak.

Bagaimana dia boleh masuk?

Tcha sambung tidur. Dalam hati "Disebabkan kaulah, aku tak boleh keluar. Geramnya!"

Lama-kelamaan, mak pula masuk dalam bilik.

Apahal semua nak menyemak dekat sini? Mood 0.01%

Mogok lapar. Mogok mandi. Mogok belajar. Aktiviti mogok itu berlaku sejak pagi tadi sehinggalah pukul dua petang tadi. Aktiviti itu tidak akan berhenti sekiranya mak tidak menjerit begini "Ika! Makan!"

Takut dimarahi lagi jadi terpaksalah hentikan aktiviti mogok itu.

Sebelum mandi dan solat, Tcha pergi ruang tamu. Tcha bercakap lagi.

"Adik ingat hari ini tak sekolah bolehlah adik nak belajar dengan kawan adik. Takdalah buang masa macam tadi jeh. Bila adik nak buat perkara baik semua orang asyik anggap adik jahat"

Tcha ingat mak akan cuba memujuk tetapi sebaliknya. Masih lagi perkara yang sama yang diajukan.

Sedih. Masuk bilik semula. Menangis.

Penat.

Sampai bila air mata ini nak habis?

Hm. Not in the mood. Assalamualaikum.





Tcha.





◀ Older Newer ▶