Owner Post Follow Dash



"I am fine"
Tcha's

Selamat Datang !


Assalamualaikum
This is a place to qwerty everything
Pardons my words


⊰HEY YOU!⊱
Awak comel.
Percaya tak?
Hm percayalah pleaseeee


K tipu jewp hahahaha
Kalau dah baca toksah nak memarah kalau gua cerita pasal lu. Suka hati gua nak cerita pasai sapa k. Kalau dah terasa tu whoops padan muka kahkahkah. Ini blog gua, kalau tapuasti meh kita face to face toksah pendam kang hati lu pula terbakar bhahaha.
Gimme some space to breathe.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome

#411 Camping with Awesome Siblings





Hari Pertama.

"Bangun! Dah pukul 6.15 pagi. Kata nak pergi berkhemah?"

Nasib baik semua barang sudah Tcha sediakan semalam. Fuh! Kalau tidak............ Grr

Keluar rumah pukul 6.50 pagi. Sampai depan sekolah hampir pukul tujuh. Kebetulan pula ketibaan Tcha dan Rcha sama dengan Farhan. Tunggu Aiman. Pergh lama betul!

Mungkin dia baru nak gerak.

Mungkin dia baru mandi.

Mungkin dia tengah kemas barang.

Mungkin dia baru bangun tidur.

Mungkin dia belum bangun lagi.

Kemain banyak lagi kemungkinan yang kami bertiga reka sementara menunggu Aiman.

Aiman datang dengan muka tidak bersalah. Ish-ish-ish.

Okay jom kita gerak!

Disebabkan kawasan perkhemahan kami agak jauh, kami terpaksa menumpang motor Aiman dan Farhan.

Tcha naik dengan Farhan. Rcha naik dengan Aiman.

Kami terus bergerak ke Melaka. Sebelum memulakan perjalanan kami berempat berdoa agar kami berada di dalam keadaan yang selamat semasa pergi dan balik.

Ini merupakan kali pertama Tcha menumpang motor Farhan. Sungguh menakutkan! Tcha sebagai penumpang tidak berhenti-henti membaca doa di belakangnya. Dup-dap-dup-dap

Perhentian Pedas Linggi. Duduk dan berehat sebentar. Lenguh bahu Tcha menyandang beg sendiri yang berat macam batu. Hm

Semasa di perhentian itu, Rcha menjerit setelah melihat beberapa ekor monyet "Eh eh! Ada monyet!"

Aiman dan Farhan menoleh.

"Mana monyet? Mana?"

"Dekat sana!"

"Oh yang tu keeeeeee......" *mereka tunjuk ke arah Tcha*

Tcha tidak menyedari kelakuan mereka berdua itu. Bila Tcha memalingkan kepala ke arah mereka, maka keluarlah segala-galanya yang patut. Kejar!

Sedih, Mereka tidak habis-habis membandingkan Tcha dengan monyet itu.

Meneruskan lagi perjalanan. Semakin lama semakin bersemangat pula hati Tcha. Tidak sabar ingin memijak pasir pantai. Oh Pantai Putri, come to Mama muah!

Baru saja memasuki pintu masuk Melaka. Bukan main lagi hati ini menari-nari. Maklumlah, pertama kali Tcha menjejakkan kaki ke tanah Melaka. Serious.

"Mana Pantai Putri?"

"Belum sampai lagilah. Kita baru sampai Melaka. Jauh lagi.. Kita nak jalan-jalan dulu ke apa?"

"Kita terus pergi pantai dulu. Nak pasang khemah pastu baru kita jalan-jalan. Boleh? Hihi"

"Okay"

Pandang ke sana. Pandang ke sini. Pandang ke kanan. Pandang ke kiri. Pandang ke belakang. Awesome!

Lampu isyarat di Melaka ada kiraan masanya. Tcha gemar sungguh mengira lima saat yang terakhir sebelum lampu merah bergilir ke lampu hijau. 

"Lima, empat, tiga, dua, satu! Berlepas!!"

Semuanya gelak. Tahulah helmet Tcha tiada beza dengan helmet Datuk Dr. Sheikh Muszaphar. Whoops be jealous please hahahaha

Sampai di Bandaraya Melaka. Lalu di hadapan Dataran Pahlawan.

"Malam nanti kita tengok wayang nak?" tanya Farhan. Semua mengangguk termasuk Tcha.

Akhirnya, saat yang dinanti-nantikan, kami sudah pun tiba di Pantai Putri!!! //fireworks//

Kami mencari kawasan yang sesuai untuk mendirikan khemah. Dan, Tcha mencadangkan agar kami berempat mendirikan khemah tepat-tepat di hadapan masjid atau surau. Ini memberikan kemudahan kepada kami untuk mengerjakan solat. Mereka pun bersetuju. Yeay

Entah apa nama surau itu. Tcha terlupa. Mujurlah kami datang tepat pada waktu. Farhan dan Aiman sempat mengerjakan Solat Jumaat. Alhamdulillah.

Dah sampai. Apa lagi? Jom kita mandi!

Dapat juga melepaskan kerinduan setelah lima tahun Tcha tidak berjumpa pantai. Rindu tahap beruk.

Kami berempat memang menggila! Tambah lagi masa main bola tepi pantai tu hahaha setiap orang kena buli.

"Apa kata kita jadi adik-beradik? Aku jadi Along. Atika jadi Angah. Aiman jadi Alang. Naz pula jadi Achik"

"Achik? Tak nak!"

"Habis tu? Nak apa?"

"Panggil Adik jelah"

Mulai saat itu, panggilan kau-aku sudah pun dipupuskan secara perlahan-lahan. Walaupun semuanya agak kekok menyesuaikan diri dengan panggilan baru.

Rcha selalu dibuli dengan kami. Sudah menjadi kebiasaannya apabila menjadi yang paling muda hahahaha it's good for you Adik!

Selepas kenyang minum air laut yang masin itu, kami berempat segera membersihkan diri. Angah dan Adik mandi dekat tandas surau. Along dan Alang pergi tandas awam. Kena bayar seringgit. Padan muka! Hahaha

Semua sudah bersiap. Mari teruskan rancangan kita yehuuuuuuu 



Kembali semula ke Bandaraya Melaka. Kami empat adik-beradik berjalan-jalan di seluruh kawasan Dataran Pahlawan. Boleh kurus Angah kalau setiap hari macam itu tau hahahahaha. Stop gelak. Tak lawak k

Geram betul jalan dekat sana. Banyak gila banyak cantik-cantik! T-shirt, dress, seluar, kain, beg, kasut.. Oh someone, please help me!

Penat. Penat. Penat.

Pergi ke Golden Screen Cinema.

"Jom tengok The Great Gatby?"

"Best ke? Tak naklah"

"Epic?"

"Jom!"

"Tak nak!"

"Korang pilih betul-betul boleh tak? Cepatlah pilih"

Angah ternampak satu poster.

"Apa kata kita tengok 9.9.81? Cerita hantu. Kekeke"

Along setuju.

"Jom!"

Adik takut.

"Gila? Tak nak! Dahlah kita camping sekarang nih"

"Takut ke?"

Alang diam.

"Korang serious ke?"

Angah fikir dua-tiga kali.

"Eh Along, tak payahlah. Takutlah weh"

"Ala jomlah"

Setelah beberapa minit, Angah pun bersetuju. Alang dengan Adik pula buat muka terpaksa. Along cepat je pergi ke kaunter.

Beli tiket.

Sementara menunggu giliran masuk, kami pergi ke kedai dan membeli cermin mata yang sama. Jalan-jalan lagi.

Tinggal lagi lima belas minit. Jom naik!

Beli popcorn. 

Angah tanya Rafiq, pekerja di situ "Nak tukar air boleh?"

"Boleh. Awak nak air apa?"

"Air apa je yang ada?"

"Pepsi. Blah-blah-blah"

"Hm nak air Sprit"

"Sprait!"

Sebenarnya Sprite tapi entah kenapa Angah pergi sebut Sprit. Hahahahahahahahahaha sumpah malu gila Angah dekat situ! Bhahahahahahahahaha

Semua pekerja dekat sana gelak. Adik pun gelak sama. Cheesedale.

Masuk pawagam. Cari tempat.

"Angah tak nak duduk tepi!"

"Adik pun sama!"

Inilah kedudukan kami berempat:

Screen

Alang | Angah | Adik | Along


Baru permulaan cerita Angah terus minta sweater Along. Nak tutup muka. Adik pula tutup muka guna kotak popcorn. Alang muka serius. Along asyik kacau Adik.

Along dengan Adik asyik membising je. Kadang-kadang Angah pun join sekaki tapi Angah berhenti bila Alang marah kami bertiga.

Kami bertiga bising sebab tak seberapa faham sangat dengan cerita itu.


Alang terus cakap "Weh, korang diamlah. Macamana nak faham kalau korang asyik bising jeh"

Angah takut. Senyap terus. Dahlah duduk sebelah Alang. Kang tak pasal-pasal Angah pula kena tempeleng hahahaha Adik pula asyik kena buli jeh. Tak habis-habis dua orang tu. 

Angah senyap. Alang senyap. Adik tutup mata. Along entah buat apa. Tiba-tiba....... Brrrrrrrp!

Whoops! Angah tersendawa! Adik dengan Along ketawa gila-gila. Alang yang fokus pun gelak bila Angah sendawa kuat macam tu. Hahahahahahahahahaha dah dua kali Angah memalukan diri sendiri haih teruk Angah teruk.

Blushing.

Angah sendawa kuat macam tu sebab Angah jenis yang tak biasa minum air gas. Baru minum sikit dah jadi macam tu. Cuba bayangkan kalau Angah minum semua air sprit itu sampai habis. Mau tak meletup panggung wayang itu nanti? Hahahahaha

Penat sebenarnya tengok cerita hantu ni. Kejap tutup mata. Kejap buka mata. Kejap menjerit. Kejap ketawa. Kejap suspen. Ah taik! Hati Angah asyik berdebar-debar jeh tau tsk tsk

Lebih kurang hampir pukul sebelas cerita 9.9.81 itu habis. Kami berempat orang yang terakhir keluar daripada pawagam itu. Hati Angah masih lagi berdebar masa itu dan Angah pasti sangat hati mereka bertiga juga sama.

Pergi ke Pahlawan Walk Market. Alang nak beli sesuatu. Kami hanya menemani. Adik belanja kami Ice-cream Shake.

Jalan ke taman. Angah pilih tempat duduk tepat di bawah lampu supaya terang. Tempat gelap nak buat apa? Kang keluar pula perempuan memakai baju pengantin berjalan di hadapan. Whoops terlepas pula hahahahaha





"Tak nak balik boleh?"

"Janganlah takut sampai macam tu sekali. Barang kita dalam khemah macamana?"

"Apa kata kita balik pukul empat nanti? Tak pun sebelum Subuh?"

Macam-macam alasan yang kami berempat berikan. Semuanya takut nak balik ke Pantai Putri semula. Mana tidaknya, dalam perjalanan ke sana kami terpaksa melalui jalan yang berhampiran dengan kubur. Tiada jalan lain lagi selain jalan itu! 

Tambahan lagi kami baru saja tengok cerita hantu. Oh memang taklah en!

Angah give up. Angah ajak mereka balik.

"Dahlah. Jom balik. Kalau kita takut dengan benda tu, makin seronok benda tu nak ganggu kita tau"

Angah cuma risau beg Angah hilang. Dalam beg itu ada kad pengenalan Angah. Eh maksud Angah, beg Along yang Angah pinjam. Hahaha

Alang tetiba lapar. Angah ajak Along makan burger bakar.

Masa dalam perjalanan mencari gerai itu Angah boleh lagi cakap "Along, dah lepas"

Along terkejut "Hah?! Apa yang lepas?"

"Benda tu....."

"Gerai burger ke?"

"Taklah......"

"Habis? Apa dia?"

"Ku.....bur"

"Angah!!!"

Angah gelak tapi dalam hati tetap dikuasai perasaan takut. Siapa saja yang tahu? Hanya Allah swt saja yang tahu betapa kencangnya debaran hati Angah masa itu.

Dah sampai di gerai Rawang Burger Bakar.



Kami makan Burgembira. Rasa dia memang sedap gila. Awesome! Pemilik gerai itu pula bukan main peramah lagi. 

Balik khemah. Tidur.

Hari kedua.

Angah terbangun awal dan terus ajak Adik teman pergi surau. Selepas solat subuh kami berdua jalan-jalan.

Awal subuh lagi Angah dengan Adik dah mandi. Menggigil.

Bersiap pergi ke Melaka Wonderland. Weehooo!

Nasib baik semalam sempat tanya pakcik jual burger bakar itu tentang selok-belok jalan arah ke Melaka Wonderland. Angah jadi penunjuk jalan.

Hujan semakin lama semakin lebat. Angah pula masih demam. Suara pun serak lagi. Berhenti kejap dekat bustop. Seronok gila dapat bustop yang atapnya bocor. Alang tak dapat duduk. Angah duduk tempat basah. Along duduk tepat dekat atap yang berlubang. Adik paling untung. Tempat dia strategik.



Dekat bustop semua orang asyik kena bahan je. Setiap orang ada ceritanya. Paling menyirapnya bila diorang pergi ungkit pasal monyet semalam. Adeh 

Hujan yang turun bagaikan mutiara ra ra ra ra ra~

Semakin reda. Semua dah naik motor, tinggal Angah je belum. Along tak bagi. Along suruh tunggu. Last-last, dia pergi tinggalkan Angah dekat jalan yang bertentangan. Dahlah banyak kereta. Lagi-lagi, paling menyampahnya bila kena melintas jalan hm

Pandang kiri takda kereta, pandang kanan ada kereta. Tunggu lagi. Pandang kanan takda kereta, pandang kiri hm banyaknya kereta. Giat jantung Angah mengepam darah. Dah menyirap warnanya. Walaupun waktu itu hujan, dalam badan Angah panas je.

Melintas. Naik motor. Pukul Along kuat-kuat. Padan muka ugh! Baru dia kenal siapa Angah sebenarnya heh //buat muka gangster//

Angah diam jeh. Susah betul nak tenangkan hati. Ada masa Angah cakap. Ada masa Angah membisu. Tapi bila Along bawa motor laju sangat, memang kena pukul ah en. Pastu nak touching. Bawa kemain perlahan lagi. Macam dah kehabisan minyak pun ada. Gedik much Along ni hahahahaha

Perut lapar. Ajak diorang makan.

Ingat lagi saat-saat menakutkan semasa Alang nak U-turn dekat traffic light. Hampir dilanggar! Tapi alhamdulillah Alang dengan Adik selamat. Sayangnya mereka berdua tertinggal. Hahahaha

Makan dekat Warong Anda. Alang dengan Along makan nasi lemak. Angah dengan Adik makan nasi putih dengan asam pedas. Pergh sedap gila!

Lepak sekejap je dekat situ pastu terus pergi Melaka Wonderland. Tak sabar nak mandi katanya wkwk

Here we go!



Oh-My-Allah! Ini mimpi ke apa? Angah dekat Melaka ke sekarang nih? 

Macam tak percaya jeh!!! Seronok gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Sebenarnya Angah nak je menjerit-jerit dekat Melaka Wonderland tu tapi takut memalukan korang je kahkahkah

Hambar.

Tukar baju. Sewa pelampung. Dan parti!

Mula-mula pergi kolam Lazy Crazy River. Tak reti naik pelampung. Asyik jatuh je hahaha berat sangat en

Tapak kaki pedih. Jalan tar panas sangat.

Pastu pergi Tornado Chaser. Kena tolak. Jerit!

"Kalau aku tercampak ni aku tak tahu nak cakap apa woi!!"

Kaki makin pedih.

Pergi tempat lain. Kena tendang. Jerit lagi!

Makin lama makin tempang. Pedih. Sakit.

Pergi ke Big Wave pool. Dekat sini paling best bagi Angah. Ada tempat dalam. Ada tempat cetek. Ada ombak. Boleh berendam. Boleh berenang jauh-jauh. Dekat dengan pentas. Tak payah jalan atas tar lagi. Tapi ramai sangat orang haha sirmark je

Mandi sambil menari dan menyanyi. Chicken dance, Oppa Gangnam Style, Hindustan etc. Serius memang best gila!

Part yang paling menakutkan masa Along tarik Angah ke tempat yang dalam gila nak mampus. Makaih! Rasa nak lemas! Dahlah Angah tak seberapa nak reti berenang. Habis pedih hidung dengan mata masa tu. Menggelabah gila. Kadang-kadang Adik pun jadi mangsa Along. Sigh. Kuat membuli betul sobs sobs

Pastu en ktorang ni jenis yang suka bebenor tolak pelampung sampai terjatuh hahaha rasa macam puas hati pula bila tolak Along. Terbalas dendam Angah muahahaha ((evil laugh))

Angah berenang dekat Big Wave pool sampai lima jam. Semua jari-jari Angah kecut. Hahahaha dah bosan sangat terus ajak pergi tempat lain.


Ingat lagi tak?

Jangan gelak please.

Angah tahu korang semua tahu ini tempat yang paling Angah tak suka. Tempat di mana Angah tak faham bahasa. Asyik kena marah. Nak gerak pun tak reti. Ergh fedap 

Terus pergi Adventure Island. Yang kedua terbaik! Air sejuk. Banyak permainan. Memang seronok gila! Menjerit-jerit dekat situ. Naik turun naik turun. Mengalahkan budak-budak. Hahahaha

Dah pukul lima. Melaka Wonderland sudah pun sunyi. Adik-beradik yang lain dah ajak balik. Terpaksalah patuh kang Angah pula kena tinggal dekat situ en.

Tukar baju. Tengok cermin. Pergh apak diaaaaaaaaaaaaa, mata Angah merah gila! Kulit muka terbakar! Badan hangus! Wuarghhhhh

Keluar daripada tandas terus lepak kejap dekat kantin situ.

Along sapukan minyak angin dekat kaki Adik dengan Angah. Masa Along sapukan tu air mata Angah mengalir sekali dengan Eye Mo. Sumpah pedih.

Ingat lagi Along cakap Adik tersebut Mascot "Muskau" sampai ada orang tegur Adik. Hahahahahahaha







Dah puas bergambar. Okay now, jom pergi tengok wayang lagi! Yeay

Sampai dekat Bandaraya Melakar buat kali kedua. Kali ini kami terus beli tiket wayang.

Jalan slow. Kaki melecur. 

Along tanya.

"Nak tengok 9.9.81 lagi tak?"

Angah dengan Adik tak nak.

Alang pula on jeh.

Tak nak! Tak nak! Tak nak! Ada juga yang nak balik Subuh lagi kang hahaha

Along pergi kaunter. Alang, Adik dengan Angah ikut dari belakang.

"Cerita apa?"

"The Great Gatsbai"

"Gatsbi!"

Bhahahahahahahahahahahahaha ini lagi seorang! Itulah, gelakkan orang lagi. Kan diri sendiri dah kena hahahahahahahahaha sepatutnya The Great Gatsby tapi Along pergi sebut Gatsbai hahahahahahaha

Sakit perut Angah gelak.

Along belanja aiksirm. Nyumnyum.

12.35 am baru start. Kami pergi kedai makan dekat Restoran Asam Pedas Selera Kampung. Memang slrrpp sungguh asam pedas dia woi. Asam Pedas Ikan Pari!

Tak sangka pula dekat Melaka popular dengan Asam Pedas, Belacan dan Cencaluk. Hihi 

Selepas makan jalan-jalan ke Melaka River Cruise. Jalan kaki. Subhanallah cantiknya semua lukisan di dinding itu. Bila ada bot jalan je mesti Angah lambai tangan dekat penumpang-penumpangnya tapi haha tak dilayan. Sadlife.

Jalan punyalah jalan tetiba ternampak pondok. Angah suruh Along share story about Melaka. Bila dah hampir setengah jam duduk dekat pondok itu tetiba datang seorang lelaki duduk di belakang Along. Angah takut. Adik dengan Alang yang bising pun terus senyap.

Alang ajak blah.

Angah cakap slow-slow "Along, jom blah? Dekat belakang tu macam orang gila. Angah takut"

Perlahan-lahan kami berjalan. Kira-kira sepuluh langkah selepas pondok itu tetiba orang tadi terus menjerit "HOII!!!"

Along merupakan orang pertama yang lari. Adik orang kedua. Angah orang ketiga. Kami bertiga lagi sampai hampir berlanggar dengan pelancong barat. Alang pula selamba je jalan. Chill je muka dia. Hahahaha 

Paling tak puas hatinya, ada ke patut Along jadi orang pertama yang lari? Sepatutnya dia dekat belakang! Belakang tahu tak! Hahahahahahahaha //gelak guling//

Semput. Duduk kejap. Sakit perut gila ah. Mana tidaknya, lari pastu gelak bhahahahahaha

"Angah tahu dia orang gila! Angah tengok pakaian dia pergh"

"Alang pun sama. Alang ternampak something tadi sebab tu Alang ajak korang blah tadi"

"Along lari laju gila hahahahahaha"

"Macam ini barulah Along namanya hahahahaha"

Semua gelak. Kahkahkahkah

Angah tahan je masa lari tadi. Dahlah kaki melecur boleh pula lari macam tu hahaha makin pedih rasanya

Rasanya masa tu dah pukul sepuluh setengah. Dah terlampau jauh kami berjalan. Nak patah balik tapi takut. Terpaksa ikut jalan jauh hm

Langkah demi langkah. Satu langkah diikuti dengan kesabaran. Kuat tak kuat kena paksa juga. Angah tak nak kena tinggal. Tak nak yang lain risau. Go Angah go!

Bila berhenti dekat satu tempat tu. Angah tengok kaki. Pergh kotor dan makin teruk. Hahahaha nasib baik Alang yang pegang beg masa tu. Boleh minta minyak angin then sapu sendiri.

Kalau orang sapukan rasa sakit ada. Rasa geli pun ada. Hahahaha sambung lagi perjalanan dari Menara Taming Sari sehinggalah ke Golden Screen Cinema. Shopping complex itu pun dah ditutup sebenarnya tapi dibuka disebabkan pawagam belum tutup.

Angah jalan terkedek-kedek. Lembab gila. Dah masuk. Dah dapat tempat duduk.

Kali ini kedudukan berbeza :


Screen

Alang | Adik | Angah | Along


Cerita belum mula lagi Angah dah tertidur dekat pawagam. Along pun dua kali lima. Cuma Adik dengan Alang je masih aktif.

Bila dah start, Angah terbangun. Angah dengan Adik tengok Alang tidur berdengkur! Hahahahahahaha lawak gila ah! Bunyi tak boleh kuat lagi ke Alang oi? Hahaha comel je.

Tapi comel lagi Adik yang tidur masa movie start selepas tiga puluh minit. Tidur sampai movie dah habis pergh hangus macamtu tiket hahaha 

Along pula asyik bergerak je. Kejap pindah dekat tempat kosong. Kejap pindah dekat sebelah Alang. Kejap pergi tandas. Haih pening Angah tengok.

Angah jenis baik sikit cuma tak sopan. Angah suka ubah-ubah cara duduk. Kejap letak kaki atas kerusi kosong. Kejap peluk kaki. Kejap mereng.

Kalau diingatkan balik semula memang lawak gila kenangan kita en? I miss that moments. Seriously. Hm

Nasib baik kali ini Angah tak tersendawa kuat lagi kalau tidak, memang memalukan betul hahahaha

Keluar daripada pawagam. Menakutkan. Semua gelap. Semua pintu terkunci. Mujurlah kami tak tengok cerita 9.9.81 pada malam itu kalau tidak mesti Along orang pertama yang lari lagi hahahahahahahaha kstop banyak gelak pula Angah ni 

Along jalan cepat gila. Macam tak sedar yang kaki Angah tengah sakit. Huh

Dah jumpa jalan keluar.

Terus balik ke Pantai Putri semula. 

Tak sangka. Makin banyak pula khemah dan kereta. Tidur.

Hari Ketiga.

Angah orang yang paling lewat bangun. Kali ini Angah dengan Adik mandi dekat tandas awam. Bila dah siap mandi je tengok-tengok semuanya dah kemas. Senang kerja ktorang hihi goyang kaki jeh.

Hari ketiga merupakan hari terakhir perkhemahan kami. Ini amat menyedihkan.

Sepatutnya Angah jumpa seseorang dekat Alor Gajah tapi dia takda pula dekat Malaysia. Hm ini pun sedih

Lunch at Nanyang Kopitiam Melaka.

Jalan-jalan dengan beg yang berat nak mampus. Pergi ke Church dekat bukit tu. Banyak betul batu nisan dekat dalam tu. Baru Angah tahu. Jalan lagi jalan eh terjumpa parents kita pula. Omputeh gitu hahahaha sedih Mama dengan Papa tak kenal kita hahahahahaktuih

Tiba-tiba terserempak dengan seorang lelaki India. Along tanya "Angah, yang ini berapa bulan?" 

Angah tengok "Hm macam dah boleh beranak je hahahahahahahaha" jahat betul kita en? Kita? Eh tak, Along jelah hahahahahaha welk

"Angah haus. Nak air please. Nak mati dah nih"

Jumpa gerai. Hambik! Dua air kelapa. Satu air limau. Tiga-tiga air itu untuk Angah seorang. Fuh hilang kehausan ku. Alhamdulillah.

"Kita tambah lagi sehari nak? Malaslah nak balik"

"Pishang doh balik awal"

"Balik petang boleh tak?"

"Angah rasa kalau kita tambah lagi sehari tetap rasa tak cukup hm"

Semua tak nak balik. 

"Angah rasa nak mandi air sungai pula. Along, dekat sini ada sungai tak?"

"Ada tapi Along tak tahu jalan"

"Hm pergi KL jom?"

Semua setuju. Gerak. Jalan-jalan. Along bawa laju gila. Bagi dia, cembiasa. Angah dekat belakang rasa nak terpelanting ke belakang je rasa. Nasib baik Angah pegang besi.

Kedebuk! Ouch! Excident!

Kami berlanggaran dengan sebuah kereta.

"Aku masih hidup ke apa nih?" dalam hati Angah

Cepat-cepat Along dengan Angah bangun. Along angkat motor.

"Kau okay tak?"

Angah cuma angguk kepala. Bagaikan tidak percaya semua itu berlaku. Itu merupakan kali pertama Nuratika Binti Sumli mengalami kemalangan di jalan raya. Kali pertama k. Seriously.

Tergamam. Selepas kemalangan itu Angah terus tak banyak cakap. Membisu.

Nasib baik Along minta maaf dekat Angah. Hm sedih

"Kita terus balik Puchong jelah tak payah pergi KL"

Angah bukan tak nak pergi mandi sungai itu semua tapi jam pun dah pukul tiga petang. Angah takut balik lewat. Kalau Melaka dengan Puchong dekat sama macam Cyberjaya tak apalah juga. Ini tidak.

Kang orang yang bawa motor tu pula mengantuk. Bahaya.

Berhenti di R&R Senawang. Along nak tidur.

Angah yang duduk dekat belakang pun tertidur dekat pondok dengan Adik. Bangun-bangun terus mesej mak.

Semasa dalam perjalanan dari Perhentian Senawang sehinggalah stesen minyak Nilai, Along asyik tanya je "Apa pendapat kau tentang persahabatan kita?"

Angah tak tahu nak jawab apa. Pastu boleh pula Along pusing side mirror ke arah Angah. Eee segan tahu tak! Angah nak menyanyi pun malu hahahahaha jetjet je

Teringat pula masa Angah nyanyi lagi Dynamite pastu Along yang tengah bawa motor boleh pula angguk-angguk kepala. Merdu en suara Angah? Kahkahkahkah be jealous pls 

Dah sampai Cyberjaya. Alang dengan Along bawa motor serius laju gila. Merempit. Adik dengan Angah dekat belakang ketakutan. Lebih-lebih lagi Angah. Trauma kata ko hahaha

Masuk ke kawasan Amanputra. Melaka kata pergi, rumah kata mari. Berhenti depan Kekwa Apartment. Ambil barang. Salam Adik. Along hantar Angah sampai ke gate Kenangan Apartment. Alang lambai tangan. Sedihnya. Nak menangis je rasa

Angah orang pertama yang balik dulu hm. Balik rumah semua orang takda. Baik Angah ikut diorang lepak dekat Zat Corner haih

Keesokkan harinya. Ada kelas tambahan. Kami terlewat setengah jam kelas ekonomi. Cikgu tak marah. Well. Kami gangster. Lol hahahahha

Panggilan "Along" "Angah" "Alang" "Adik" masih digunakan. 

Waktu rehat.

"Eh ini kubu Melaka ke?"

"A'ah yang ini pula tempat penggal kepala tu"

"Dekat sana ada pasir Melaka!"

Hahahahahahahahaha semua gelak. Ponteng kelas kedua. Kami lepak dekat Maualana.

The End.

Bila lagi nak jumpa beruk?

Bila lagi Along nak belanja Milo tin?

Bila lagi nak duduk tepi longkang dekat Perhentian Pedas Linggi?

Bila lagi nak guna air Angah untuk siram enjin motor?

Bila lagi nak kena marah dekat stesen minyak sebab berhenti lama sangat?

Bila lagi nak kira "Lima empat tiga dua satu. Berlepas!" ?

Bila lagi nak pasang khemah depan surau?

Bila lagi nak bodek Angah suruh beli bola?

Bila lagi nak main bola sambil mandi pantai?

Bila lagi nak cakap "Good dog" dekat siapa yang kena ambil bola?

Bila lagi nak buat keek masa Along tengah tidur?

Bila lagi Alang nak makan aiskrim Magnum tanpa ajak Angah dengan Adik?

Bila lagi nak beli spec sama-sama?

Bila lagi nak sebut Sprit?

Bila lagi nak kena panggil 'nyah'?

Bila lagi nak buat bising dalam pawagam?

Bila lagi nak fokus dan serius dalam pawagam?

Bila lagi nak pinjam sweater Along untuk tutup mata?

Bila lagi nak sendawa kuat-kuat sebab air gas?

Bila lagi nak nyanyi lagu 9.9.81?

Bila lagi nak pilih cenderahati dekat Pahlawan Walk Market?

Bila lagi nak buat bekas popcorn dekat sana?

Bila lagi nak try laser dengan selamba badak dekat sana?

Bila lagi nak rasa Ice-cream Shake?

Bila lagi nak lepak bawah tiang lampu?

Bila lagi nak menari tengah malam dekat taman?

Bila lagi nak berjalan sambil pandang belakang?

Bila lagi nak lepak dekat taman sebab takut lepas tengok cerita hantu?

Bila lagi nak bincang balik khemah time subuh?

Bila lagi nak makan Rawang Burger Bakar?

Bila lagi nak kaji nama Hot Chic dengan Burgembira?

Bila lagi nak charge phone dekat gerau burger?

Bila lagi nak cakap "Dah lepas"?

Bila lagi nak bangun awal pagi?

Bila lagi nak mandi dekat tandas surau?

Bila lagi nak bayar seringgit nak mandi dekat tandas awam?

Bila lagi nak melecurkan kaki dekat Melaka Wonderland?

Bila lagi nak sebut Muskau?

Bila lagi nak baling jam then dapat balik?

Bila lagi nak terhilang sepit rambut?

Bila lagi nak gelabah bila hampir lemas dekat Big Wave pool?

Bila lagi nak racing dekat gelongsor tu?

Bila lagi Angah nak main gelongsor pelangi tu?

Bila lagi nak mandi dekat tempat budak-budak?

Bila lagi nak Angah tolong letakkan Eye Mo dekat mata korang?

Bila lagi nak tolong sapukan minyak angin dekat kaki Angah?

Bila lagi nak beli air tapi tak jadi sebab mahal sangat?

Bila lagi nak duduk tengah jalan sebab nak naik kereta?

Bila lagi nak keluar lalu pintu belakang pastu kena patah balik sebab pengawal marah?

Bila lagi nak buat semua itu?

Hm dh pukul tiga pag. Angah nak tidur assalamualaikum :')


Rindu Melaka


◀ Older Newer ▶