Owner Post Follow Dash



"I am fine"
Tcha's

Selamat Datang !


Assalamualaikum
This is a place to qwerty everything
Pardons my words


⊰HEY YOU!⊱
Awak comel.
Percaya tak?
Hm percayalah pleaseeee


K tipu jewp hahahaha
Kalau dah baca toksah nak memarah kalau gua cerita pasal lu. Suka hati gua nak cerita pasai sapa k. Kalau dah terasa tu whoops padan muka kahkahkah. Ini blog gua, kalau tapuasti meh kita face to face toksah pendam kang hati lu pula terbakar bhahaha.
Gimme some space to breathe.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome

#412 Upacara Akad Nikah



Olla readers!

Tcha nak cerita pasal semalam.

Kenapa dengan semalam?

Hm. Panjang ceritanya.

Kenapa panjang?

Sebab panjanglah dia panjang.

//tampar diri sendiri//

Hari-hari ku sentiasa dimulakan dengan "Adik! Bangun!"

Seperti biasa.

"Adik! Bangun! Dah lewat nak pergi kelas tambahan!"

Tcha terus bangun. Cari phone. Tengok jam. Dah lewat. Ah malasnya!

"Nak pergi kelas tambahan ke tak? Kalau tak nak jom pergi rumah kakak sekarang. Kita naik bas"

Geleng kepala.

"Apa yang tak nak? Tak nak pergi rumah kakak?"

Angguk kepala.

"Tak boleh cakap ke? Nak ke tak?"

Angguk kepala lagi.

"Dah. Pergi mandi sekarang pastu kita terus gerak"

Mak kembali ke biliknya. Tcha pula terus baring semula.

Terlelap.

Beberapa minit kemudian....... "Hoii!! Bangun! Kata nak pergi rumah kakak?!"

Alamak! Terpinga-pinga Tcha mencari tuala sebelum terkena cubitan mak yang berbisa itu wkwk. Mesti lawak gila kalau dapat rakam muka Tcha masa tu. Muka ketakutan. Hahahahahahaha

Mandi. Bersiap.

Tcha bawa laptop dan kerja kursus Along. Nak siapkan sebelum pergi Johor.

Dekat Johor nanti senang. Tinggal nak taip saja.

Cakap pasal kerja kursus, Tcha serabut gila sekarang. Nanti bila kerja kursus Tcha sudah siap, bagaimana pula dengan kerja kursus ahli kumpulan Tcha yang lain? Ugh serabut!

Imbangan Duga mereka semua sudah Tcha seimbangkan. Sepatutnya mereka semua sudah boleh buat sendiri tapi hm.

Berbalik pasal semalam.

Tunggu bas Rapid KL U69 depan Apartment Kenanga.

Sampai dekat Pasar Seni. Pergi ke stesen LRT terjumpa Aisyah Aleesya. My form 3 classmate. Dia hanya tersenyum saja. Tcha juga yang memulakan perbualan. Peramah en? Hihi

Tcha tanya sepatah. Dia jawab sepatah. Give up.




Dah sampai rumah kakak. Oh akhirnya, dapat juga Tcha menghempapkan badan ini ke atas katil.

Tapi sayangnya, semua itu tidak berlaku seperti yang dijangka. Tcha baru saja melangkah masuk ke dalam rumah kakak.

"Yeay Ika dah sampai. Boleh tolong kakak kemas bilik?"

Erk.

Rancangan ku terbantut. Musnah! Hancur harapan!

Tcha turuti saja perintahnya dengan muka yang tidak rela. Terpaksa.

Siap. Segalanya sudah kemas. Bersinar-sinar rumah kakak setelah kedatangan Tcha. Hahahahambar

Rancangan yang terbantut tadi dipulihkan semula. Tcha baring sebentar tiba-tiba.....

"Ika! Makan dulu!"

Kenapa? Kenapa mesti ganggu Tcha?

Nasib baik disuruh makan. Haa apa lagi? Orang kata rezeki jangan ditolak. Tcha terus lari ke meja makan. Melahap!

Apa perkara yang paling sesuai kita lakukan selepas makan? Tidur.

Ya, betul.

Pergh pergh. Nikmat gila dapat tidur selepas makan. Amalkan selalu ya kahkahkah

Semasa sedang tidur Tcha dapat merasakan ada orang yang mencium pipi Tcha.

"Ika! Kakak dah balik nihh"

Jangan salah sangka. Itu bukan kakak Tcha tapi anak saudara, Pija. Anak kepada kakak Tcha. Bagi kami, panggilan 'kau-aku' kurang sopan. Jadi, sejak kecil lagi keluarga kami sudah membiasakan kami berempat (Abang Aman, Pija, Ika, dan Ira) dengan panggilan nama atau gelaran seperti 'makmang', 'kakak' dan 'adik'.

Interesting? Of course. Orang Bawean gitu.

Selepas dikacau oleh Pija. Tcha terus tidak lena ingin tidur semula. Tcha rasa ingin meluangkan masa dengannya seberapa lama yang boleh. Biasalah, sudah berapa bulan kami tidak berjumpa tau. Rindu dia ketat-ketat.

Tengok movie. Kongsi cerita. Makan sama-sama. Keluar merayau. Kacau orang. Cerita pasal hantu. Main rambut. Tidur bersama. Memang best tahap gaban!

Kedua-dua anak saudara Tcha memang jenis yang meroyan sikit. Kami sentiasa menggila bila bersama. Meletup perut gelak tak henti bila dengan diorang hahaha 

Tak pernah bosan bila ada dengan diorang. I love them so much muah muah

"Adik, bangun. Kita kena gerak sekarang"

Macam biasa. Tcha tak reti bangun sendiri. Selalu sangat mengharapkan mak hm I'm so sorry. Maaf jikalau anak bongsu mu ini selalu menyusahkan diri mu sobsobsob

Mandi dekat rumah kakak adalah perkara yang paling menakutkan bagi Tcha. Nak tahu kenapa?

Air dia sejuk gila nak mampus!

Tapi, walauapapun, Tcha sentiasa memberanikan diri.

Beranilah sangat puih.

Keluar dari tandas menggigil juga hahahahahahaha

Bersiap. Natural make-up



Sedih. Nak balik dah. Oh tidak! Tcha tak nak balik lagi!

Tolooooooongg!!

//krik krik//

Entah bila lagi kita nak bersama semula. Dahlah susah nak jumpa. Hm

Pergi rumah adik kepada nenek. Kami gerak ke masjid bersama. Ada upacara akad nikah sepupu mak.



Muka lepu.

Yang dekat dalam keek itu nenek kandung Tcha. Ibu kepada mak. Dengar tak nenek Tcha cakap apa?

"Cantiknya nenek aku.."

Hahahaha tak sangka nenek dah pandai puji diri sendiri sekarang hahahahaha good nenek good! 

Tcha seorang saja perempuan yang berpakaian kurang sopan. Bukan bermaksud tidak menutup aurat tapi hm. Tcha seorang saja yang tidak memakai baju kurung. Sedih. Malu.

Seterika dekat rumah kakak rosak jadi terpaksalah Tcha berpakaian begitu.

Sepanjang upacara itu Tcha asyik ketawa saja. Imam yang mengendalikan upacara itu sangat bijak berjenaka sampaikan ayah Tcha yang garang pun mampu tersenyum hahaha


"Aku nikahkan dikau dengan....."

"Aku terima nikahnya......."

Ya Allah. Mulalah Tcha berangan masa itu. Habis jerawat dah tumbuh haih kalaulah.......

Ah melting.

Stop! Stop! Jangan berangan lagi!

Selepas kali ketiga barulah upacara selesai. Pengantin lelaki gagap hahaha comel betul. Macamana agaknya bakal suami Tcha nanti. Adakah dia akan gagap juga? Hahahahahahahahahaha eh

Argh! Apa nih? Berangan lagi ke Tcha oi?! Berhenti berangan sekarang!

Ada jamuan pula haih pisheng. Phone dah mampus. Tak tahu nak buat apa.

Selesai. Segalanya sudah pun selesai. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Ramai sibuk tapau makanan termasuk mak. Tcha hanya mengekori mak dari belakang.

Entah kenapa secara tiba-tiba tangan Tcha mengada pergi ambil papadom pastu makan sama seperti orang yang kelaparan. Pelayan lelaki yang berada di hadapan Tcha asyik melihat saja kelakuan Tcha itu. Memalukan.

Dua saat kemudian, lantas lelaki itu mengambil plastik dan memasukkan papadom itu ke dalamnya lalu dihulurkan kepada mak. Huyyo perli ke apa bang oi?

Tcha tetap sambung mengunyah tanpa menghiraukan lelaki itu. Heh

"Adik pergilah ke kereta dulu. Mak nak jumpa pengantin perempuan"

Ikutkan saja perintah mak itu.

Tcha menunggu mak di dalam kereta dengan ayah.

Bila mak sudah masuk ke dalam kereta, mak terus kata "Lelaki dekat sana tadi tanya pasal adik"

Tcha terkejut. What-the-tet?

Hm kena bahan dalam kereta. Segan.

Entah apa yang lelaki itu lihat pada Tcha. Dahlah pakai pakaian yang tidak sopan. Tak beradab. Makan berdiri. Eee tolonglah.

K lupakan.

Balik daripada upacara itu kami terus ke Shah Alam untuk menjemput Abang Rahman. Tcha sempat lagi minta broadband. Nak bawa ke Johor. Takut bosan dekat sana.

Di Johor nanti Tcha ingin sambung belajar memandu lagi. Kereta manual. Ford Ranger. Aumm rindu sangat

Hm rasanya setakat ini sajalah untuk hari ini. Sambung lain kali ya? Nak buat kerja kursus sampai siap.

Oh ya, sebelum itu, Tcha ingin meminta maaf sekiranya entri #411 itu terdapat banyak kesalahan ejaan. Maklumlah, Tcha terlampau mengantuk sewaktu menaip entri itu. Malas nak betulkan semula. Hihi cheerio 



Night readers. Assalamualaikum ;)



Tcha.


◀ Older Newer ▶