Owner Post Follow Dash



"I am fine"
Tcha's

Selamat Datang !


Assalamualaikum
This is a place to qwerty everything
Pardons my words


⊰HEY YOU!⊱
Awak comel.
Percaya tak?
Hm percayalah pleaseeee


K tipu jewp hahahaha
Kalau dah baca toksah nak memarah kalau gua cerita pasal lu. Suka hati gua nak cerita pasai sapa k. Kalau dah terasa tu whoops padan muka kahkahkah. Ini blog gua, kalau tapuasti meh kita face to face toksah pendam kang hati lu pula terbakar bhahaha.
Gimme some space to breathe.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome

#413 Ending same like beginning






//lambai tangan//

Oh hey stalkers! How are you today?

Now, Tcha nak cerita apa yang berlaku sepanjang hari ini.

"Nanti dah sampai adik terus naik rumah angah tau....." Send to Rcha.

Tcha kena kemas rumah. Kemas-kemas-kemas. Rcha datang. Tcha suruh dia duduk dulu sementara menunggu Tcha yang sibuk mengelap kaca di dapur.

Rancang gerak pukul sepuluh tapi disebabkan Tcha yang lambat, hampeh. Tak sempat nak makan dah terus gerak ke bustop yang berhampiran dengan balai polis.

Tunggu Alang dan Achik.

One minute later.

Three minutes later.

Five minutes later.

"Aduh. Mana pula diorang nih..."

Ten minutes later.

Alang dah sampai. Tapi, mana Achik?

Four minutes later.

Eight minutes later. 

Call Achik.

Tcha said "Hah? Oh. Okay. Ala. Hm. Yelah. Bye. Assalamualaikum. Tet tet tet..."

Jangan tertipu. Sebenarnya Tcha cakap begini,

"Achik! Ada dekat mana? Ktorang dekat bustop depan balai polis ni haa. Depan balai polis! Dengar tak? Haa cepat sikit. Apa?! Tak bawa motor? Alaaaaaaa. Hm habis tu macamana nih? Nak naik dengan Alang? Dia okay je. Achik ada dekat mana sekarang? Sekolah?! Buat apa? Ouh. Jumpa dekat depan rumah? Buat apa? Ouh okay. Ktorang gerak sekarang tau. Okay okay baai. Assalamualaikum"

Banyak cakap? Hahahaha sudah jelas terbukti okeng.

Pergi ambil Alang kemudian pergi rumah Along.

Call Along.

"Assalamualaikum. Along, ktorang dekat depan rumah ni haa"

Along baru bangun tidur. Pergh menyirap betul. Ingatkan dah bersiap haih tapi tak mengapa, kami tetap menunggu.

Boleh pula mood Tcha hilang masa tu. Asyik senyap jeh. Semua orang mesti tertanya-tanya "Ish dia ni dah kenapa"

Sebelum meneruskan perjalanan, isi minyak dulu. Itu paling penting. Kemudian barulah pergi ke mana saja yang kami suka. Weehooo~

Sunway Pyramid menjadi destinasi kami.

Ya Allah! Stalkers, guess what!

Kami terikut laluan kereta semasa di tol! Oh my god. Oh my god. Seriously?!

Tcha yang menumpang di belakang Rcha asyik menjerit "Kita jalan je. Jalan je! Bawa laju sikit adik!"

Habis kena wisel.

Lawak bukan? Hahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahahaha tak lawak pun woi. Menakutkan adalah!

Kami ingatkan Along sudah maju ke hadapan. Tiba tiba..

"Kau pergi lalu dekat situ kenapa mangkuk?!"

Opocot! Terkejut kami berdua. Muka Along sangat menakutkan. Kalah dengan muka pocong hahahaha

Marah-marah nak pergi mana? Sunway juga en hahaha

Eh eh tengok tu! Kita dah sampaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaai



Yeah baby!

Dah sampai. Mood Tcha masih lagi hilang. Tidak dapat dilihat langsung.

Muka ketat. Perut buat konsert.

Nak pergi Redbox. Tak jadi sebab Tcha terlupa nak bawa kad pengenalan hahahahaha lawak?

Tak.

Duduk kejap dan berehat bersama Chatime. Along mula dengan perangai dia. Duduk sebelah Tcha. Tanya seribu satu soalan. Ada soalan yang boleh dijawab. Ada juga soalan yang masih lagi tak terjawab.

Tcha terus ajak mereka pergi cari karaoke jamban untuk mengelakkan diri daripada soalan yang tak terjawab itu. Karaoke jamban? Yes, one song one ringgit. Murah dan tidak memerlukan kad pengenalan. Hekhek

Wait. Nampaknya mood Tcha sudah berjaya dijumpai semula!

Kenapa? Kenapa ini semua berlaku? Kenapa satu saja mikrofon yang boleh digunakan? Kenapa?! Ergh

Give up.

Semua buntu tak tahu nak buat apa. Asyik berjalan jeh.

Bincang. Kejap nak pergi Ice Skating. Kejap nak pergi main bowling. Kejap nak pergi tengok wayang.

Yang paling menyirap masa tu, Along. Mengamuk dia dekat situ. Tcha baru sentuh baju dia terus melecur jari telunjuk tau hahahahambar

Marah-marah nak pergi mana? Tengok Achik chill jeh.

Alang pula kejap nak ice skating tapi takut balik lewat. Tcha ajak main bowling tapi takda seorang pun nak. Sedih. Adik pula teringin sangat nak main ice skating katanya.

Ah tak kira! Ice skating juga!

Tengok dari atas. Fulamak, ramai gila orang! Pergh pergh tak sangka ramai gila

Terus beli tiket wayang. Dekat situ tak kurang ramainya. Lambat sungguh masa beratur tadi. Sempat lagi Tcha main game Word Search dekat phone Along, Alang dan Achik. Tiga kali beb!

Tapi menang dua kali je hm.

Along asyik mengacau je kerja dia sebab tu Tcha kalah wkwk

Game je pun. Watlek watkol

Jalan-jalan pergi tempat bowling. Buat keek itu semua then jalan-jalan lagi.

Tcha dengan Adik selalu sangat kena buli dengan Along.

Buka. Pasang. Buka. Pasang. Aduh mereng kepala Tcha dibuatnya.


>

Beli popcorn terus masuk IMAX. Bertuah punya Along. Boleh pula dia terlupa yang Tcha nak air sprite tsk tsk sedih tite

Kedudukan kami:

SCREEN

Alang | Adik | Tcha | Along | Achik

Awesome! Tcha duduk di tengah hehe

Hah takda subtitle! Bagus sangat. Dahlah Tcha lemah berbahasa inggeris.

Asyik mengacau orang jelah kerja Tcha dalam panggung wayang tu.

Kejap buat-buat sentuh skrin.

Kejap membatak bila ada dinasour keluar.

Kejap ajak Along bersembang.

Kejap suap Adik.

Kejap hulur popcorn dekat Achik.

Kejap minta balik.

Kejap minta air Adik.

Kejap minta air Achik.

Air Tcha habis sebab Along minum banyak sangat hahahahahahahaha k joke. Chill Along chill. Jangan ungkit pasal ini esok k? Hihihi

Orang yang selalu menjadi mangsa Tcha ialah Along kahkahkah pity you
Sedap tumbukan Angah tadi, bukan? Muahaha

Memang banyak gila yang berlaku dalam panggung wayang tadi.

Yang paling kesiannya, Achik. Dia bosan sangat duduk tepi tu haa. Pastu tengok wayang fokus bebenor.

Contohilah Angah. Tak faham tapi bila orang lain gelak, Tcha terus gelak sama. Hahahahahahaha sewel

Part seronok bila Along dengan Tcha lawan sendawa. Pergh tak senonoh betul!

Dah habis perlawanan. Semua tengah fokus tengok wayang. Tetiba brppp lagi hahaha whoops terlepas pula 

Adeh sakit perut bila diingatkan semula.

Banyak betul perkara yang berlaku masa tu tapi tak boleh cerita dekat sini. Rahsia kami berlima.

Nasib baik takda siapa yang berdengkur kali ini.

Nasib baik takda siapa yang tertidur kali ini.

Tapi malangnya, masih ada yang tersendawa kuat buat kali kedua hahahaha

Finally, the end. Jurassic Park (3D)

Dah hampir pukul enam petang. Tcha orang pertama yang tergesa-gesa nak balik.

Tak tergesa mana pun sebenarnya hahaha

Pergi ke motor. Alhamdulillah, ada rahmat di helmet kita.

Semua helmet basah!

Helmet Tcha siap boleh diperah lagi hahahahahahaha tak boleh blah!

Masa dalam perjalanan balik tadi kami terpisah.

Jalan sesak gila masa tu. Adik ketakutan bawa motor sebab itulah kami tertinggal di belakang wkwk

Memang sangat amat sungguh terlampau menakutkan gila! Jalan sempit ugh

Sampai rumah Achik terus rasa bersyukur gila.

Adik siap ulang perkara yang sama lagi "I need air! I need air!"

Kali ini Tcha pula yang tunggang motor dari situ sampailah ke rumah sendiri.

Hah akhirnya, sampai juga ke rumah ku syurga ku. Alhamdulillah lega 

Masuk rumah.

"Assalamualaikum!"

"Waalaikumussalam dik"

"Mak, ada surat daripada Etiqa. Mungkin ada berita pasal kereta kita tak?"

Nasib baik mak tak marah. Fuh lagi sekali lega, alhamdulillah syukur

This is fcking awesome.

Mencarut? Ini bukan mencarut namanya tapi menyebut hahaha kan Along kan? Pengaruh Along.

Today was a great day. Was an amazing day. Was an awesome day with Awesome Siblings yeah!

Thank you Along sebab belanja Angah. Terima kasih. Syukran. Kam Sah Hamnida. Xie Xie. Nandri.

Maaf kalau Angah banyak sangat buat salah dekat korang semua k. Betul cakap Along, Angah dah berubah. Dingin dan pelik. Kuat tweet bagi semua terasa. Eh?

Tapi, apa maksud Angah talam dua muka?

Ini sensitif okay. Angah tahulah Angah teruk tapi Angah tak pernah pun nak talam dua muka. Kenapa mesti tuduh yang bukan-bukan? It's okay Tcha. Dah biasa.

By the way, thank you for today. Kalau tak disebabkan korang paksa Angah semalam mungkin Angah tak akan banyak gelak macam dalam panggung wayang tadi. Thank you so much muah

Awesome Siblings forever. Maybe? Inshaallah. Assalamualaikum. Not in the mood like beginning story. Mood hilang ke dasar laut. Mungkin sukar untuk ditemui.




Tcha.







◀ Older Newer ▶