Owner Post Follow Dash



"I am fine"
Tcha's

Selamat Datang !


Assalamualaikum
This is a place to qwerty everything
Pardons my words


⊰HEY YOU!⊱
Awak comel.
Percaya tak?
Hm percayalah pleaseeee


K tipu jewp hahahaha
Kalau dah baca toksah nak memarah kalau gua cerita pasal lu. Suka hati gua nak cerita pasai sapa k. Kalau dah terasa tu whoops padan muka kahkahkah. Ini blog gua, kalau tapuasti meh kita face to face toksah pendam kang hati lu pula terbakar bhahaha.
Gimme some space to breathe.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome

#414 Kali ketiga




"Eh, kenapa tayar belakang pancit?"

"Hahaha kwaja"

Tcha sudah biasa dengan ayat itu.

Selepas hantar Achik terus ke rumah Tcha.

Semasa dalam perjalanan ke rumah Tcha "Alamak. Ayah ada dekat depan!" jerit Tcha selepas melihat ayah Adik di seberang jalan bersama dua orang anaknya.

Adik terus menunggang motosikalnya dengan pecut. Risau dimarahi ayah.

Pecut dan terus memecut. Kedebuk! Motor itu melalui jalan yang berlubang.

Lima. Empat. Tiga. Dua. Satu.

Motor bergoyang. Tcha pelik. Ingatkan Adik sengaja berbuat begitu.

Poom! Bunyi letupan.

Selepas sahaja letupan itu kedengaran, motor bergoyang semakin kencang. Adik tidak dapat mengawalnya lagi. Tcha menjadi tidak keruan. Ketakutan. Hati pula tidak henti-henti berdebar. Dup-dap-dup-dap-dup-dap!

Tambahan pula di hadapan kami terdapat sebuah bas. Tcha tidak lepas daripada membaca doa. 

Tcha tidak risau jika kami terjatuh di tepi jalan. Tetapi, Tcha sangat risau gila nak mampus bila bayangkan kami terjatuh dan terlanggar bas itu.

Alhamdulillah, itu semua tidak berlaku.

Tapi kerisauan itu masih lagi tidak dapat dicegah kerana motor itu masih lago tidak dapat dikawal!

Apa? Ada lori di hadapan? Oh tidak!!

Semakin kuat debaran hati ini. Dup-dap-dup-dap-dup-dap-dup-dap-dup-dap!

Tiba-tiba..... kedebuk! Terjatuh.

Sebelum kami terjatuh Tcha terus memejamkan mata kerana Tcha dapat menjangka semua itu pasti akan berlaku. Ya, kami pasti akan terjatuh punya. Tcha tidak sanggup melihat segalanya. Sama seperti kemalangan di Melaka, yang berlaku lebih kurang dua minggu lepas. Waktu itu Tcha memejamkan mata juga.

Selepas kami jatuh, Tcha mencuba sedaya upaya untuk bangun.

Malangnya kaki sebelah kiri tersangkut. Semasa Tcha sedang mengeluarkan kaki sebelah kiri ini, tiba-tiba paha sebelah kanan terkena ekzos motor!

"Ouch ouch panas! Panas! Panas!!"

Kaki sebelah kiri ini tidak sempat keluar kerana kurang sokongan daripada kaki sebelah kanan. Kalau kaki sebelah kiri sudah terjatuh, semestinya badan akan turut terjatuh.

Tempat yang sama terkena ekzos lagi.

Panaaaassssssssss!

Tcha melompat-lompat menahan kepanasan ekzos itu sementara memaksa kaki sebelah kiri ini keluar. Dan, akhirnya. Berjaya dikeluarkan.

Alhamdulillah, dapat juga Tcha bangun.

Adik pula tidak apa-apa. Dia sudah bangun sebelum paha kanan Tcha terkena ekzos.

Motor dibiarkan jatuh dengan enjin yang masih hidup.

Tcha kesakitan.

Bila pandang ke belakang, oh-my-gawd. Lori itu di belakang kami! Sumpah bersyukur gila tak terlanggar lori itu tadi. Alhamdulillah!

Datang sebuah kereta dan berhenti. Dia menanyakan soalan mengenai kemalangan itu tetapi tidak menghulurkan bantuan. Cis

Kami buntu tidak tahu ingat berbuat apa. Tcha terus call dan menghantar mesej kepada Along kerana kami memerlukan bantuan. Oh malangnya, tidak dijawab.

Datang pula dua orang India ke arah kami. Bertanya juga. Dan, cis. Tidak membantu langsung!

Tidak prihatin gila ugh

Tidak lama kemudian, Husaini pula datang meminta pertolongan mengenai kerja kursus akaun di tempat kejadian. Tcha menahan kesakitan dan tetap mencuba bantu dia.

Eh kejap. Sepatutnya, siapa yang patut tolong siapa sekarang nih? Macam terbalik.

"Weh, cepat sikit boleh tak? Paha aku sakitlah!"

Tcha memarahi Husaini. Selepas dimarahi baru dia cuba untuk serius.

"Aku rasa nak menangis je sekarang nih tahu tak"

Adik cuba memujuk Tcha agar tidak menangis.

Tcha menahan air mata ini.

Telefon Adik berbunyi. Panggilan daripada ayahnya. Adik berterus-terang. Beberapa lama kemudian ayahnya datang dengan muka yang serius.

Tcha dan Husaini pula duduk berhampiran.

Ayah Adik memeriksa motor itu dan pergi begitu saja. Pelik.

Telefon Adik berbunyi lagi. Panggilan daripada Along.

Along datang.

Tcha sibuk mengajar Husaini.

"Angah okay tak?"

Tcha memandang Along dengan wajah yang penuh dengan kesedihan.

"Angah tunggu kejap boleh? Along nak hantar motor Adik kejap, okay?"

Tcha mengangguk dan terus sambung mengajar.

Ajar. Ajar. Ajar. Alhamdulillah Husaini faham dengan semua ajaran Tcha itu. Kalau dia tak faham, dah lama dia kena bunuh dengan Tcha dekat situ.

Tcha menyuruh Husaini fotostat beberapa helai kertas. Dia bersetuju.

Husaini baru saja gerak. Along pula yang sampai.

Along duduk di sebelah Tcha.

Banyak tanya betul. Tahulah risau hahaha pastu cerita pasal kemalangan dia pergh menakutkan bila dengar

"Angah okay tak?"

"Tak!"

"Nak pergi klinik? Kita basuh luka tu"

"Eh tak nak tak nak!"

Tcha tidak sanggup hendak ke klinik. Takut nanti doktor sapukan ubat pastu makin pedih pula ugh tolonglah

"Angah nak Along hantarkan tak?"

"Hm takpa ah. Angah takut jiran pandang lain"

"Okay tapi nanti Along tengok dari jauh tau"

"Buat apa? Along balik jelah terus"

"Mana tahu tiba-tiba Angah terjatuh ke nanti?"

"Kalau terjatuh, bangun jelah. Apa susah?"

"Aih dia nih. Ada orang jatuh terus pengsan tau"

"Angah okaylah"

Husaini datang semula dan memulangkan kertas Tcha. Perlahan-lahan Tcha melintas jalan dan memasuki kawasan Apartment Kenanga.

Bunyi motor di belakang.

Oh Along lagi rupanya.

"Along buat apa dekat sini? Baliklah"

"Menghalau ke?"

"Bukan. Nanti kawan mak nampak"

"Mana? Mana kawan mak?"

"Tu depan tu haa dekat kereta myvi putih"

"Oh kalau macam tu Along berhenti sebelum rumah tu jelah"

"Degil! Haih balik jelah. Angah okay"

"Along berhenti sini. Along tengok Angah dari jauh sampai depan tu. Okay?"

Tcha biarkan saja.

Banyak kali Tcha pandang ke belakang dan membuat isyarat supaya dia balik hahaha 

Baru jalan sedikit dah ternampak kawan mak dekat beranda rumahnya. Melambai-lambai tangan pula tuh

Pandang ke belakang. Along masih lagi ada di situ. Tcha lambaikan tangan. Along pun sama. Maka lenyaplah sudah pandangan kami.

Masuk rumah. Tcha jujur dengan mak tapi hm

Tcha tidak memberitahu mak mengenai paha kanan yang luka ini. Takut dimarahi. Dan takut tidak diberi keizinan untuk menaiki motor lagi.

Masuk bilik. Tcha sudah tidak dapat menahan air mata.

Tcha terus meniarap dan menangis teresak-esak. Menangis kesakitan. Luka ini terasa sungguh pedih. Perit sekali rasanya.

Lama-kelamaan bunyi pintu rumah kedengaran. Abang balik!

Lap air mata.

Ya Allah! Bahayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Dia dahlah suka bergusti dengan Tcha ugh

Dia masuk bilik Tcha dan duduk di sebelah.

Kelihatannya dia semakin rapat. Tcha risau dia bergerak kemudian terkena paha yang luka ini

"Abang, stop! Jangan dekat sangat please"

"Kenapa?"

"Paha Ika luka"

"Ye ke? Asal?"

"Excident"

Dengar saja perkataan 'excident' dia terus menyerang Tcha dengan seribu satu soalan.

Tcha menyuruh dia menyimpan rahsia mengenai luka ini. Pada mulanya dia berkeras ingin memberitahu mak dan ayah.

Tapi mungkin dia kesian dengan Tcha. Jadi, dia tidak sanggup.

Terima kasih Abang.

Ini merupakan kali ketiga Tcha berhadapan dengan kemalangan.

Kali pertama, hampir bersama Adik.

Kali kedua, di Melaka bersama Along. Alhamdulilah tidak cedera langsung.

Kali ini, kali ketiga, luka di paha. Alhamdulillah masih hidup.

Terima kasih Along. Banyak betul pertolongan yang Along berikan kepada Angah hari ini. Sejak pagi sehinggalah balik tadi.

Tolong bawakan beg dari rumah Angah sampai ke rumah Achik.

Teman Angah sebab malas nak jogging.

Jadi driver Angah dari Taman Putra Perdana, Putrajaya sehingga ke Taman Putra Perdana, Puchong hahaha

Belanja Teh Tarik.

Tolong Angah buat kerja kursus.

Bagi izin Angah bawa motor Along.

Belanja Nasi Ayam.

Buatkan Air Milo.

Datang masa Angah dan Adik perlukan pertolongan.

Perhatikan Angah masa balik tadi.

Banyak gila Along. Banyak gila tahu tak! Hm

Thank you, Lembu hihi :')

"Eh, kenapa tayar belakang pancit?"

Ingatkan benda ini gurauan. Rupanya betul. Sorry. My bad.

Tcha tidak menyesal dengan takdir ini sebab Tcha ingat kata-kata Along "Belajar daripada pengalaman" selepas kami berdua mengalami kemalangan di tengah jalan, Melaka.

Sekarang sakit di paha ini semakin kurang. Tcha sudah dapat duduk bersila semula yeay alhamdulillah!

Tcha tak menangis dah hahaha bluekk

Awesome sangat pengalaman hari ini kahkahkah tak lawak. Assalamualaikum.



Tcha.



◀ Older Newer ▶