Owner Post Follow Dash



"I am fine"
Tcha's

Selamat Datang !


Assalamualaikum
This is a place to qwerty everything
Pardons my words


⊰HEY YOU!⊱
Awak comel.
Percaya tak?
Hm percayalah pleaseeee


K tipu jewp hahahaha
Kalau dah baca toksah nak memarah kalau gua cerita pasal lu. Suka hati gua nak cerita pasai sapa k. Kalau dah terasa tu whoops padan muka kahkahkah. Ini blog gua, kalau tapuasti meh kita face to face toksah pendam kang hati lu pula terbakar bhahaha.
Gimme some space to breathe.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome

#416 Adopted brother




Keadaan yang sejuk membuatkan Tcha terbangun.

Bersiap-siap hendak keluar bersama keluarga.

Tcha orang yang paling lambat bersiap.

Kira logik apa kalau Tcha lambat bersiap. Tcha perempuan bukannya lelaki. Hm sedih.

Otw. Nak jenguk salon kakak.








Dalam kereta memang cenggini. Tak habis-habis bergambar.

Dah sampai. Macam biasa, suka sangat duduk dekat kaunter pembayaran pastu jetjet macam pemilik salon. Sampaikan ada seorang pelanggan ni pergi ke arah Tcha dan tanya "Kalau gunting rambut berapa?"

Gagap hendak menjawabnya. Mujurlah kakak ada fuh selamat.


With my sister.

Comel gila, bukan? Kalah Tcha tsk tsk.

 Telefon mak berbunyi.

"Hah? Ada dekat rumah?! Ktorang ada dekat Kuala Lumpur. Salon. Datanglah sini"

Menunggu kehadiran keluarga angkat.

Buat pertama kalinya Tcha berjumpa dia. Oh inilah dia orangnya yang mak angkat Tcha selalu sebut-sebutkan itu. Yang sebaya dengan Tcha tu, ya?

Bukan sebaya pun sebenarnya. Dia tua setahun.

Walaupun dia lebih tua daripada Tcha, Tcha tetap tak nak panggil dia ""Abang"" hahahaha

Mula-mula jumpa Tcha langsung tak berani pandang dia.

Tapi bila kedudukan dekat sofa begini:

Mak | Dia | Mak angkat | Tcha

Mak angkat suka sangat berbual dengan Tcha.

Tcha dahlah jenis yang pemalu sikit.

Ye ke? Puih

Bila Tcha pandang mak angkat mesti mata ini tak sengaja terpandang dia. Dia pun terpandang Tcha sekali. Haih merah muka ku

Ayah ajak mereka sekeluarga makan kfc bersama. Giant.


Poyo gila. 


Jetjet cute.


Garang tak? Hahaha,


No caption.


Just smile as you can.


"Nampak tak mata I coklat tau youuuuu" acah gedik.


Dah bosan tahap gaban. Entah bila nak sampai. Nak makan kfc woii kebuluq!


Dah mental sikit.


Aww gitu.


Shawl tak reti nak betulkan balik ke Tcha oi? Hahaha


Ngee.


Abang buncit!

Hahahahahahaha bhahahahahahaha muahahahahahah kahkahkahkahkah!!!

Finally, dah sampai dekat Giant.

Tcha orang pertama yang sampai ke pintu masuk kfc. Semangat kata ko

Gelojoh gila kot masa Tcha makan tadi sampai terpelanting tulang ayam hahahaha memalukan

Ayah tak habis-habis bercakap dengan dia.

Namanya, Adi. Berasal dari Indonesia. Dia datang ke Malaysia sebagai pelancong. Hari ini kami berjumpa sebentar saja. Minggu depan baru kami meluangkan masa bersama sekali lagi.

Masa ayah berbual dengan Adi. Tcha pasang telinga.

"Nak sambung belajar jadi apa nanti?"

"Doktor"

Wow gitu. Budak sains rupanya. Tung ahh

Lepas dah tanya semua itu, ayah bagi ceramah pasal percintaan dekat dia. Dalam masa yang sama, Tcha tahu yang ceramah itu juga ayah tujukan ke Abang Rahman. Kena tempias bhaii kesian 

Dah habis makan. Duduk sebelah abang. Ambil gambar lagi.






Last picture.

Nak tahu tak kenapa ini menjadi gambar yang terakhir?

"Mak, jom ambil gambar!"

"Satu dua tiga"

Tengok phone. Mak tak senyum.

"Alaaa kenapa mak tak senyum?"

"Gila bergambar betul dia nih"

Tcha hanya mampu tersengeh. Hihiks

Selepas mak berkata begitu terus campak phone dalam beg.

Nak buat keek, salah. Ambil gambar, salah. Haih menyanyi sampai ke rumah jelah jawabnya

Masa Adi nak balik tadi en tiba-tiba dia salam Tcha. Terkejut beruk!

Teringat pula kata-kata kakak "Kalau dekat Indonesia, lelaki salam perempuan itu perkara biasa"

Lagi pun masa mula-mula jumpa tadi pun ayah angkat asyik tolak Adi je, paksa dia salam Tcha.

Tcha segan masa tu. Tcha terus lari ke tempat lain hahahahha

Tcha siap tumbuk-tumbuk abang lagi selepas bersalaman dengan dia

"Aman!! Dia salam ikaaa!!!!" jerit sambil tumbuk

Abang pun apa lagi. Balas serangan

Sakit lengan Tcha selepas kena tumbuk dengan abang balik hahahaha

Tcha kenal adik dia je sebab adik dia tu adik angkat Tcha. Nama adiknya, Fikri.

Lagi pun mak ayah dia rapat dengan keluarga kami. Sudah dianggap sebahagian daripada keluarga kami. Peace

Minggu depan kami akan berjumpa lagi. Inshaallah Tcha tidak akan segan. Nak buat apa segan dengan adik-beradik angkat sendiri, right?

Whoops dah pukul sepuluh. Esok sekolah!

Kerja addmath, math, akaun dengan karang tak buat lagi. Acano nih :'(

Hm tidur jelah. Night assalamualaikum




Tcha.


◀ Older Newer ▶