Owner Post Follow Dash



"I am fine"
Tcha's

Selamat Datang !


Assalamualaikum
This is a place to qwerty everything
Pardons my words


⊰HEY YOU!⊱
Awak comel.
Percaya tak?
Hm percayalah pleaseeee


K tipu jewp hahahaha
Kalau dah baca toksah nak memarah kalau gua cerita pasal lu. Suka hati gua nak cerita pasai sapa k. Kalau dah terasa tu whoops padan muka kahkahkah. Ini blog gua, kalau tapuasti meh kita face to face toksah pendam kang hati lu pula terbakar bhahaha.
Gimme some space to breathe.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome

#417 Geram




Selepas rehat. Waktu Sains.

"Masa agama nanti ustazah tak ada"

"Seriously?!" Dancing. Dancing.

"Tapi kenapa ktorang tengok relief tadi tak ada nama ustazah?"

"Kau tengok dekat mana? Mesti depan pejabat."

Tcha dan Adik sudah rancang ingin ponteng kelas agama tapi nasib baik ustazah tak ada. Fuh terbatal niat jahat

"Nanti kita pergi tengok lagi, ya?" Adik mempelawa Tcha untuk merayau.

Tcha pun apa lagi. Jommmm!

Sesudah saja Cikgu Zaleha keluar dari kelas, kami berdua terus keluar melalui pintu belakang. Tiada siapa nampak. Yeay selamatt

Tcha keluar tanpa spec. Ini silap besar Tcha oii

"Cikgu pakai baju apa hari ini? Merah?"

Rasanya ya.

Nampak saja ada seorang cikgu yang memakai baju warna merah di hadapan.

Tcha terus menjerit "Eh cikgu! Cikgu!"

Dahlah rabun. Memandai je panggil Cikgu Norshita itu sebagai Cikgu Islinah. Hahahaha

Kami ikut laluan kelas tingkatan tiga. Jauh sedikit dan lebih selamat.

Kalau ikut laluan yang terus menuju ke bilik guru itu memang tak diyakini selamatlah kannnn. Tuptup terserempak dengan Cikgu Islinah. Tak dapat nak merayau lagi

Baru saja melepasi tandas tiba-tiba Tcha ternampak ada seorang wanita memakai baju kurung. Oh tidak! Baju kurung berwarna merah! Sembunyi! Cepat sembunyi!

Geli-geli hati waktu itu. Nak tengok cikgu tapi takut nanti cikgu nampak pula hahahahahahahahahaha

"Lahai lembabnya cikgu jalan"

"Mana cikgu? Mana?"

"Tu haa, tengah jalan"

"Mana? Mana?"

Agak sakai di situ. Tanya kemain tapi tak berani nak tengok hahahaha sakai Tcha 

Nasib baik tiang di hadapan tandas itu besar. Terlindung juga badan Tcha yang gedabak ini fuh selamat

"Cikgu dah masuk!" jerit Adik.

Fuh alhamdulillah.

Kami sambung merayau. Berjalan seperti artis di hadapan kelas-kelas junior. Jetjet

Pergi ke bilik guru. Tengok jadual relief.

Oh yeah! Ustazah memang tak datang! Dancing.

Masuk bilik guru. Mencari jawatan kosong. Manalah tahu ada perkara yang kami dapat lakukan semasa waktu agama nanti.

Jumpa Cikgu Zaleha. Nasib baik ada bukti kami tidak merayau hihi

Masuk kelas. Cikgu Islinah tidak marah sedikit pun. Sama ada dia tahu kami merayau atau dia tahu kami sentiasa sibuk dengan cikgu-cikgu. Entahlah.

Belajar seperti biasa.


Reaksi muka bila fokus ke arah cikgu.


"Awak semua kenapa? Macam tak larat jeh"

"Memang punnnn" bisik. Hanya Adik saja yang mendengarnya

Cikgu segarkan kami dengan kerja rumah yang berlimpah-ruah!

Pergh kemain tahu dok

Dah habis waktu akaun. Now, bincang ramai-ramai. 

"Kita nak pergi mana?"

"Kantin jom?"

"Ada apa dekat kantin? Kita duduk dekat bawah tu jelah"

"Okay no hal"

Tiba-tiba Dhanaseelan menyampuk.

"Weh, aku nak ikut boleh? Pleasee. Aku malas nak belajar moral"

Cun.

Jalan sampai tangga tiba-tiba ternampak Cikgu Azrina yang mengajar moral. Cepat-cepat kami pandang ke belakang. Mana Dhana?

Cikgu Azrina pergi ke arah kelas 5 Sains 1. Rupa-rupanya Dhanaseelan sedang bersembunyi di dalam kelas itu hahahahahaha kantoi. Kesian, tak dapat ponteng.

"Masuk kelas!!"

Kedengaran seperti singa mengaum.

Pandang ke bawah. Alamak! Cikgu M!

Husaini ketakutan. Dia tidak pernah melakukan kerja jahat seperti ini. Cikgu pula memandang tepat ke arah Tcha. Dup-dap-dup-dap

Tcha, Adik, Husaini dan Azizie duduk melepak di pintu belakang kelas 5 Sains 1. Dengan menggalas begnya, terbukti kami sudah bersedia hendak balik awal.

Oh-my-Allah. Guess what, Cikgu M menuju ke arah kami!

Adik terus masuk ke dalam kelas 5 Sains 1 dan mencari tempat duduk. Husaini juga sama. Azizie masih bertenggek di pintu itu. Tcha pula catwalk-ing secara perlahan-lahan di hadapan dua biji mata Cikgu M. Tcha menuju ke arah Adik.

"Yang hijau tu. Yang hijau tu"

Cikgu M masuk ke dalam kelas itu dan terus menyerang Tcha.

Apalah nasib.

"Yang bertudung hijau tu..."

Tcha pandang saja muka Cikgu M. Buat muka biasa.

"Tolonglah ya. Saya tak boleh marah awak di hadapan kelas 5 sains"

Watebak!

Tak nak marah semata-mata kami berada di dalam kelas pandai? Oh kalau kelas akaun boleh pula ya? Oh macam tu. Cun sangat.

Fair & Lovely. Puih taik kambing

Nak sangat jaga maruah kelas pandai kata ko

Entah kenapa cikgu asyik pandang ke arah Tcha saja. Mungkin dia cemburu melihat aksi Tcha ber-catwalk tadi hahahahaha 

Cikgu sambung meronda.

Adik said "Tadi Adik nampak (nama) jeling dekat kita pastu geleng kepala"

Ini lagi seorang. Cemburu ke tak pernah kena marah macam kami? Hahahahaha

"Dia pandang Angah dengan Adik atau dia pandang Angah je?"

"Dia pandang cikgu pastu pandang Angah terus dia jeling and geleng kepala"

Dah agak dah.

Semua orang asyik nak target Tcha saja. Rimaslah tengok orang cemburu sana sini hahahahaha puih

Tcha rasa nak gelak gila-gila bila teringat alasan Cikgu M tadi. Aduh sakit perut

Entah bagaimana reaksinya bila terserempak dengan Tcha pada hari esok atau hari yang seterusnya nanti ya hahaha mesti muka ketat gila

Tcha watlek watkewl jewp. Peace (y)

Tapi geram dengan budak yang jeling tu jelah.

Pukul 1.08 tengahari.

Tinggal lagi dua minit saja loceng akan berbunyi. Walaupun baru saja dimarahi, kami tetap selamba badak keluar awal. Pelajar dalam kelas itu semua pandang ke arah kami berdua. Mungkin mereka fikir "Dahlah baru kena marah pastu main keluar macam tu je"

Ah peduli apa!

Kami nak balik awal. Muktamad.

Semasa dalam perjalanan balik Tcha tidak habis-habis merungut "Dia jeling-jeling dekat Angah dah kenapa? Jealous tak pernah kena marah dengan cikgu? Ergh"

Geram gila.

Tcha sedar bahawa perbuatan kami itu memang teruk tapi kelakar bagi kami hahaha entahlah kenapa tahun ini Tcha rasa seperti ingin melakukan perkara yang crazy sedikit. Tahun terakhir bersekolah mungkin.....

Yang pasti, semua ini boleh menjadi kenangan :)

Esok entah apa lagi perkara gila yang kami akan buat. Lagi-lagi Along dah sembuh. Kalau dia ada memang pecahlah perut kami. Selama dia dapat mc kami bertiga sunyi gila. Tak lengkap Awesome Siblings dan masing-masing mengaku "Rindulah dekat Along"

In fact, It's a true.




Tcha.


◀ Older Newer ▶