Owner Post Follow Dash



"I am fine"
Tcha's

Selamat Datang !


Assalamualaikum
This is a place to qwerty everything
Pardons my words


⊰HEY YOU!⊱
Awak comel.
Percaya tak?
Hm percayalah pleaseeee


K tipu jewp hahahaha
Kalau dah baca toksah nak memarah kalau gua cerita pasal lu. Suka hati gua nak cerita pasai sapa k. Kalau dah terasa tu whoops padan muka kahkahkah. Ini blog gua, kalau tapuasti meh kita face to face toksah pendam kang hati lu pula terbakar bhahaha.
Gimme some space to breathe.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome

#419 Kecewa




"Orang yang tak dengar nasihat saya mesti jadi apa yang saya fikirkan. Semua dah berlaku dan terbukti. Tengoklah"

"Tak tahu nak jadi apa lepas ni"

"Lia macam ni. Rahman macam ni"

"Kenapa dengan Lia?"

"Yelah. Dia baru habis belajar sekarang dah kahwin. Dulu cakap nak kerja dulu. Nak tolong saya tanggung adiknya belajar"

"Cakap nak ringankan beban orang tuanya"

"Rahman pula?"

"Belum habis belajar lagi dah gatal dengan perempuan"

"Mudah-mudahan Ika tak macam tu"

Tcha tersentap.

"Entah-entah nanti bila dah besar Ika seorang je yang belikan kereta untuk mak nanti"

Ramai-ramai cakap "Aminn....."

Tcha sendiri pun tak faham sekarang ni. Anak kesayang bapak, Kakak Lia. Anak kesayangan mak, Abang Rahman. Dua-dua sudah mengecewakan mak dengan bapak. Kesian Tcha tengok

Flashback.

Janji kakak sebelum habis belajar:

"Nanti bila kakak dah besar kakak nak tolong mak dengan bapak. Kakak tanggung adik dengan abang. Nanti setiap bulan kakak hantar duit"

Lega hati Tcha mendengar kakak berkata begitu. Kami sekeluarga meletakkan harapan yang tinggi pada kakak kerana dalam tiga adik-beradik Tcha, dialah paling pandai dalam pelajaran. 

Tahun 2012 kakak baru saja menghabiskan pelarannya. Dia sudah menjadi bidan. Sepatutnya dia sudah mempunyai klinik sendiri sekarang tapi hm

"Mak! Saya nak kahwin!"

Oh-my-god.

Musnah harapan kami terhadapnya. Punah. Tapi semasa persiapan perkahwinannya tahun lepas, dia membangkitkan semula harapan kami terhadapnya.

Janji kakak sebelum kahwin:

"Bila kakak dah kahwin dengan Abang Firman nanti kakak cuba ringankan beban bapak."

Kali ini janjinya sungguh sedikit berbanding dengan sebelumnya.

Bila Tcha memberitahu kepada mak dengan bapak mengenai janji kakak itu. Bapak terus cakap "Nak ringankan beban bapak? Baru beberapa hari yang lepas kakak call bapak. Minta duit nak bayar kereta suaminya. Sekarang dah mengandung nanti melahirkan guna duit juga. Nak besarkan anaknya pun guna kos juga. Nak ringankan beban bapak macamana kalau macam tu?"

"Mak dengan bapak tak dapat lagi rasa hasil titik peluh dia. Penat bapak tanggung dia belajar tinggi-tinggi tapi akhirnya macam ni"

"Padahal dia yang paling banyak gunakan duit"

Tcha diam. Tak mampu berkata apa-apa.

Tak sangka adik-beradik kami yang paling pandai sudah mengecewakan mak dengan bapak.

Kini abang pula.

Mak pernah kata "Adik jangan bagi tahu yang lain tau. Sebenarnya, abang anak yang paling mak sayang. Tak tahu kenapa perasaan mak rasa sayang sangat dekat abang. Jangan bagi tahu yang lain tau. Takut ada yang cemburu"

Masa itu Tcha rasa sedih sangat. Tcha tak tahu mak sedar ataupun tidak yang aku ini juga anaknya. Kenapa mesti mengaku depan Tcha? Hm untungnya abang. Anak yang paling disayangi mak.

Janji abang terhadap Tcha "Aku janji bila aku dah habis semester ni nanti aku nak kerja dan cuba tanggung kau. Aku tak nak tengok bapak susah. Sebelum kau ambil kereta ini, aku akan ubah suai semuanya. Aku sumpah!"

Abang pula paling rapat dengan Tcha. Dulu semua rahsia Tcha beritahu dia. Tapi sekarang.....

"Mak call tak diangkat. Kalau tidur sekali pun lepas bangun tu hantarlah mesej tanya kenapa mak call. Ini tidak. Sebulan mak uji dia. Mak langsung tak call dia. Mak ingat dia akan call mak. Sekalinya mesej pun tidak"

"Mak suruh balik dia selalu tak nak. Sekarang balik pun cuma minta duit"

"Sejak ada makwa dah lupa mak"

"Tak guna mak sayang dia lagi sekarang"

Tcha sedih bila tengok kakak dengan abang dah mengecewakan mereka berdua.

Tcha pernah tegur abang "Aman janganlah guna duit banyak sangat. Takut nanti duit habis Ika nak sambung belajar macamana? Aman kata nak kerja. Bila?"

Abang balas "Yelah. Aku tak nak sambung belajar lepas ni. Aku nak kerja"

Tcha balas lagi "Baguslah. Nanti dah kerja sambung belajar sendiri kalau nak. Lagi pun dari dulu kata nak kerja tapi sampai sekarang tak kerja-kerja"

Abang terus gertak "Oh kalau macam tu aku tak payah tanggung kau lah kan?! Aku kerja nanti aku sambung belajar jeh. Kau tanggunglah diri kau sendiri!"

Tersentap lagi. Depan mak abang gertak Tcha begitu.

Sedih. Ke mana hilang janji dan sumpahnya dahulu?

Tcha terus diam.

Kini mak dengan bapak kecewa dengan mereka berdua. Begitu juga dengan Tcha. Tcha kecewa dengan mereka berdua. Sangat kecewa.

Dekat rumah kakak semalam mak tak habis-habis cakap pasal duit. Pendapatan bapak semakin berkurang. Abang tak habis-habis minta duit. Kakak minta duit tapi tak dilayan dengan bapak. Tcha pula masih belum habis sekolah.

Risau bila Tcha ingin melanjutkan pelajaran nanti tiba-tiba kami kekurangan wang. Tengok abang pun guna duit banyak macamana pula Tcha nanti.

Kakak keluar ke rumah jirannya. 

Tcha pandang mak.

"Kalau tak cukup duit takpalah mak. Habis spm nanti adik nak kerja dulu tak payah sambung belajar. Biar adik cari duit dulu ya. Dah ada duit nanti bolehlah belajar balik"

Mak terdiam.

Bapak datang dari bilik air, mak terus ulang apa yang Tcha cakapkan tadi. Bapak pun terkejut bila mendengarnya.

Bapak cuba memujuk Tcha.

"Haiyaa adik belajar jelah. Duit memang untuk digunakanlah dik. Nanti bapak dapatkan duit lagi. Adik belajar jelah ya"

"Tapi kalau duit tak cukup takpalah pak. Bila adik kerja nanti mungkin adik boleh sambung belajar keee"

"Itu semua adik jangan fikir dulu. Yang penting adik kena ada cita-cita"

Tcha tahan saja air mata waktu itu.

Keadaan kami bertiga waktu itu memang senyap. Semua diam. Hanya suara tv saja yang kedengaran.

Dalam perjalanan balik, mak dengan bapak masih lagi bercakap pasal masalah duit, kakak dan abang. Tanpa mereka berdua sedar, Tcha yang duduk di belakang menangis memikirkan nasib mak dengan bapak yang telah dikecewakan. Tcha tak sanggup mendengar kekecewaan mereka. Kesian.

Dalam tangisan itu Tcha berdoa agar Allah swt memanjangkan umur mereka berdua. Tcha memohon agar mereka sempat melihat kejayaan Tcha kelak. Tcha tidak mahu mereka terus dibelenggu kekecewaan. Tidak lepas sesaat Tcha mengucap "Amin.." tiba-tiba muncul bungai api meletup-letup di sebelah kanan. Subhanallah cantiknya. Lama pula tu

"Mak! Tengok tu ada bunga api!"

Mak tidak mengendahkan Tcha. Dia masih juga meluahkan masalah kepada bapak. Tcha melihat saja bunga api itu. Serius, lawa gila!

Tcha tersenyum seorang diri tapi air mata masih lagi mengalir waktu itu.



Ini merupakan kali pertama air mata mengalir serentak dengan bibir tersenyum.

Ya Allah, panjangkanlah umur orang tua ku. Berikanlah mereka kesempatan melihat diriku berjaya. Berikan ku peluang membalas jasa mereka berdua. Tolong ya Allah. Tiada tempat ku merayu selain dari Mu. Sesungguhnya Kau Maha Pendengar. Amin ya rabbal al amin.

Tcha nak sangat tengok mereka berdua begini nanti 






Bahagia selamanya.

Sampai sekarang Tcha tak sangka apa yang Tcha cakapkan semalam. Lepas spm tak nak sambung belajar? Nak kerja dulu? Nak tanggung diri sendiri? Wah. I'm in tears mood. Assalamualaikum 


Tcha.


◀ Older Newer ▶