Owner Post Follow Dash



"I am fine"
Tcha's

Selamat Datang !


Assalamualaikum
This is a place to qwerty everything
Pardons my words


⊰HEY YOU!⊱
Awak comel.
Percaya tak?
Hm percayalah pleaseeee


K tipu jewp hahahaha
Kalau dah baca toksah nak memarah kalau gua cerita pasal lu. Suka hati gua nak cerita pasai sapa k. Kalau dah terasa tu whoops padan muka kahkahkah. Ini blog gua, kalau tapuasti meh kita face to face toksah pendam kang hati lu pula terbakar bhahaha.
Gimme some space to breathe.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome

#420 Berputar



Mungkin dulu aku banyak cakap.

Mungkin dulu aku selalu manja.

Mungkin dulu aku sentiasa gembira.

Mungkin dulu aku selalu bersemangat.

Tapi aku yang dulu dah hilang. Entahlah ke mana. Mati mungkin? Mampus.

Aku dapat rasakan perubahan diri aku sendiri. Sungguh ketara.

Pendiam.

Panas baran.

Pentingkan diri sendiri.

24/7 fikir benda negatif.

Aku tahu ramai yang tak puas hati dengan perubahan aku ini.

Fikir aku suka ke?

Fikir aku nak sangat jadi macam ini? Sengsara kau tahu.

Tiada seorang pun yang faham perasaan aku sekarang.

Tiada siapa!

Seorang dua saja yang mengetahui keadaan aku tapi tak bermakna dia faham perasaan aku.

Penat juga bila asyik memendam. Rasa macam hati aku berat.

Berat sangat.

Nak luahkan dekat siapa pun tak tahu.

Aku bukan setakat perlukan tempat luahan tapi aku juga perlu orang yang selalu ada dekat sisi aku. Selalu bagi aku nasihat. Selalu bagi aku kata-kata semangat.

Bukannya yang selalu begini "Kenapa?" "Then?" "Lepas tu?" "Okay" "Ouhhhh" Ini lagi membuatkan aku sedih tahu tak. Setakat nak tahu masalah aku baik tak payah sebab semua itu mengungkitkan kembali masalah aku. Mengingatkan balik. Buat aku serabut bukan cuba membantu.

Aku tak kuat weh. Tolonglah.... aku tak nak dera mata aku lagi. Setiap hari ada saja perkara yang cuba buat aku menangis.

Terus terang aku cakap, aku tak nak kehilangan sesiapa. Seorang demi seorang cuba menjauh dari aku.

Peritnya.

Deritanya.

Sengsaranya.

Semua aku dapat rasakan.

Kadang-kala sampai susah aku nak bernafas.

Jangan buat-buat faham. Belum rasa belum tahu.

Aku jenis yang tak suka kongsi masalah dengan semua orang even rapat sekali pun tak semestinya dia akan tahu 100% sebab aku rasa lebih baik aku pendam apa yang sepatutnya.

Setiap hari aku sentiasa menasihatkan diri sendiri. Setiap hari aku selalu bagi semangat untuk diri sendiri.

"Go Ika go!"

"Ika jangan nangis please"

"Ika kuat. Tahan.. tahan.. tahan.."

"Kau tak sayang ke air mata kau tu? Stop itlah. Macam orang bodoh aku tengok"

Macam orang gila? Absolutely yes!

Inilah apa yang bapak maksudkan "Kita hidup kadang di atas dan kadang di bawah sama macam bumi yang berputar ini dik"

Entah bila aku akan dapat jumpa orang yang sama seperti aku. Yang pernah melalui semuanya dan berjaya melepaskan diri daripada dunia yang seperti penjara ini!

Aku tak tahan!

Aku hidup selalu menyusahkan orang!

Ramai terkena tempias disebabkan keadaan aku yang begini. Kasihanilah mereka.............

Nak buat macam mana, aku yang dulu dah mati.

Bila dah mati tak boleh hidup balik. Am I right? Yea.







Uselessssssssss.



◀ Older Newer ▶