Owner Post Follow Dash



"I am fine"
Tcha's

Selamat Datang !


Assalamualaikum
This is a place to qwerty everything
Pardons my words


⊰HEY YOU!⊱
Awak comel.
Percaya tak?
Hm percayalah pleaseeee


K tipu jewp hahahaha
Kalau dah baca toksah nak memarah kalau gua cerita pasal lu. Suka hati gua nak cerita pasai sapa k. Kalau dah terasa tu whoops padan muka kahkahkah. Ini blog gua, kalau tapuasti meh kita face to face toksah pendam kang hati lu pula terbakar bhahaha.
Gimme some space to breathe.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome

#422 Kenduri semalam



"Malam ini kau boleh datang tak?"

"Tak. Kesian dekat mak aku nanti keseorangan"

Balik rumah.

"Mak! Mak! Nanti malam ada kenduri kawan adik dekat Klang kena gerak pukul enam"

"Tak payahlah pergi"

"Alaaaa"

"Kejap. Call bapak"

Bapak bagi kebenaran.

Pukul 3 tidur. Pukul 4 ada orang call tanya nak pakai baju warna apa pastu cakap yang kena gerak pukul 5.

Kelam-kabut Tcha dibuatnya.




Tepat pukul 5 Tcha tunggu di bawah.

Haih mana diorang nih
Ish kata pukul lima sekarang dah pukul berapa
Cepatlah aduyai
Alamak! Ada negro. Sembunyi! Sembunyi!
Fuh. Selamat~
Opocot! Negro lalu depan mata!!

Merungut dalam hati. Menjerit dalam hati.

Walaupun sudah berseri dengan baju kurung Tcha selamba badak je duduk bersila tepi Mr Stokin sementara tunggu giliran untuk dijemput.

Berseri ke? Puih.

Kereta dah sampai.

Teragak-agak masa nak masuk kereta.

"Wangi-wangi nak pergi mana?" tegur Black.

"Pergi kendurilah. Mana lagi en" jawab Tcha.

Mula-mula membisu dalam kereta. Bila dah lama....



Seronok ber-konvoi.

Tapi Black bawa kereta memang sangat menakutkan! Sumpah laju gila!

Tcha yang duduk di belakangnya kadang tak tahan dengan 'asapkokdia' 

"Kau guna internet apa?" tanya Black.

"Kredit" jawab Kaey.

"Kau tahu tak kereta ni ada wifi? Buat apa kau membazir guna kredit kau tu" sambung Black.

Tcha terkejut.

"Betul ke ada wifi?!" Tcha menyampuk.

"Eh manada hahaha pergi cepat sangat percaya kenapa hahahaha"

Satu kereta gelakkan Tcha. Malu habisss! Egh

Sampai. Masuk dewan. Cuma ada dua orang saja dalam dewa itu.

Itu pun dj.

Kenduri start pukul 8 tapi kami datang pukul 6.30. Nampak tak semangatnya di situ?

Sementara menunggu jam pukul 7 kami bertiga bantai karaoke kejap hehe



Masa nyanyi lagu Gantung juga kami tergantung nak sambung menyanyi sebab tetamu sudah semakin ramai yang datang. Kami pula dah kena gerak pergi Aeon. Solat maghrib.


Dekat surau terjumpa adik, along dan Arip.


Makan nasi hujan panas. Warna-warni beb! Comel gila hahaha

Lepas makan kami terus lepak luar dewan. Menggila dekat situ. Best!


Jul 6, 2013 | Kenduri tadi :) by ikaaMokelty on Keek.com



Dah habis menari, catwalk, dan miming kami dipanggil pula masuk ke dalam dewan untuk bergambar dengan pengantin.



Selepas bergambar kami sambung menggila. Duduk dalam bulatan. Main a-b-c. Buaya-biawak. Jet-jet-semut. Macam budak kecil? Absolutely yes! Hahahaha semua itu Tcha yang mulakan dulu

Boleh dikatakan kami yang menakluki dewan sebab gelak tawa kami saja yang paling bising waktu itu. Kalah siapa yang sedang karaoke hahaha

Paling best masa makan kek. Semua saling suap-menyuap hahaha comot tu semua aww fun!

Keluar pergi ke tempat motor. Dekat situ kami ambil gambar, nyanyi, menari zapin erobik sampai terputus selipar and else. Tcha banyak kali geletek along tapi dia tak geli langsung cish. Dekat situ memang gelak gila-gila sampai semput! Sakit perut hahahahahahaha gila tahap maksimum!

Dahlah selipar baru hm sedihnya. Nasib baik along bawa selipar. Boleh Tcha pinjam tapi en en en selipar dia kemain besar lagi tau hahahahahahaha selipar Tcha yang putus tu pula ada dekat dia. Entah bila dia nak pulangkan balik sebab mak dah mengamuk suruh bawa pergi dekat tukang kasut hahaha

Part paling menyedihkan bila adik, along dan Arip balik. Lepas diorang balik terus sunyi. Tcha, Kaey and Baby lepak dalam kereta. Tiba-tiba Black datang duduk depan Tcha. Nizam pula jetjet rajin sampai satu dewan disapunya hahahaha

Makin lama makin ramai yang datang ke arah kereta. Menakutkan betul. Dahlah semuanya lelaki.

"Ya Allah..... cepatlah balik. Cepatlah. Aku tak tahan nihh" dalam hati.

Diorang semua tak habis-habis bercerita. Gempak gila. Tcha pula gelak sambil main phone jelah hahaha

"Fuyyoh guna phone mahal bhaii. Bak jap nak tengok" tegur sapentah.

"Mahal mendanya. Phone ni dah murah kot. Nak buat apa? Tak boleh!" Tcha jawab guna suara garang.

Tak sempat lagi dia nak jawab soalan 'nak buat apa' terus Tcha cakap 'tak boleh' hahahaha 

"Ala kejap je. Aku tak buat apa pun" kata Black.

Terpaksalah bagi bila Black yang minta sebab dia yang pandu kereta. Kang tak pasal-pasal dia tak nak hantar Tcha balik pula haih

Perhati je apa yang dia buat dekat phone Tcha.

Dia buka lock. Slide ke kanan. Slide ke kanan. Tekan 'Camera'.

Guess what!

Dia ambil gambar guna phone Tcha!




Oh-my-God!

Suka hati mak bapak diorang je hahahahahaha tapi kelakar doh. Cuba tengok gambar pertama tu jetjet comel puih hahahaha gambar kedua pula diorang nampak rapat gila macam gay bhahahahaha

"Gambar ktorang ni kau jangan delete tau"

"Kalau kau nak selamat dunia akhirat kau jangan padam gambar ni"

Watta? Hahahahahahaha mengarut *tekan button delete*

Nampak tak rokok tu? Nampak tak?! Nasib baik masa tu dia tak nyalakan lagi rokok tu sebab dia dengar cakap Tcha hahaha tahu takut en.

Nizam yang jetjet rajin tu dah habis menyapu. Mat rempit yang lain pun dah balik. Haa selamat.

Baru nak gerak tiba-tiba Nizam bagi lolipop dekat Kaey dengan Tcha.

"Haih diorang je? Aku yang memandu ni kau tak nak bagi ke?" kata Black.

Nizam bagi.

"Ini je yang kau mampu bagi dekat aku, Zam? Diorang dapat lolipop tapi aku dapat gula-gula kecik ni je?" rajuk Black.

Kami bertiga dekat belakang asyik gelak je hahahaha

"Weh, korang. Jom jalan-jalan nak?" ajak Kaey.

Ah sudah. Balik lambatlah aku nampaknya!

Baru rancang nak otp pastu nak tengok tv3 dengan along.

Sakit telinga Tcha duduk dalam kereta tu. Banyak kali Tcha suruh Nizam perlahankan radio tapi dia makin kuatkan lagi haish menyirap 

First, pergi Dataran, Shah Alam. Ramai gila mat rempitsssssss!

Second, pergi rumah Mona Fendi. Besar gila pastu gelap gelita, Pergh menakutkan!

Baru nak pergi ke tempat lain tiba-tiba mak call. Baru tahu terhegeh-hegeh Si Nizam tu nak perlahankan radio. Cheesedale.

"Mak cakap apa?"

"Mak kau marah ke?"

Tcha hanya mampu geleng kepala saja. Pastu Tcha terus ajak diorang balik.

Penat. Nasib baik dapat tidur dalam kereta tapi kejap je sebab tak selesa bila ada orang asyik pandang ke belakang haish.

Rimas. Rasa nak menangis pun ada.

Sampai dekat Puchong Permai.

"Weh, nak try bawa kereta boleh?" Tcha tanya.

"Serious?!" terkejut Black.

Tcha pandang belakang. Ada kereta.

"Erk serious tapi ada kereta dekat belakang. Takut pula haha" kata Tcha.

Seribu satu alasan Black bagi. Sengaja tak nak Tcha pandu kereta dia lettew cish 

Dah masuk Putra Perdana.

"Betul ke nak balik ni?" tanya Black.

"Lepaklah dulu dekat Baraketh" sambung Nizam.

"Kalau kau nak balik, kau ambil gelang ni. Aku bagi kau. Simpan tau, kenangan"  Black hulurkan gelang ke Kaey sambil pandang Tcha. Hamboi tak payah nak pandang sangatlah kang terbabas baru tahu kau ergh

Kaey tolong paskan gelang itu ke Tcha.

"Asal? Nak belanja ke? Gelang amnde pula nih. Macam-macamlah korang nih" Tcha tanya.

"No problem. Duit masyuk ni haa" jawab Black.

Maka, berlepaklah kami berenam di Muara Mewah pukul 1.30 pagi.

Tak habis-habis dengar cerita Nizam. Gempak sangat cerita dia sampai tertumpah air dibuatnya hahahahaha gelak tak ingat dunia pula ktorang dekat situ.

Datang seorang pelayan "Nah, ganti air yang tumpah tadi"

"Kau tengok. Aku tumpahkan Teh O Ais tetiba dapat Milo Ais. Free pula tu" kata Nizam.

"Kalau macam tu aku nak tumpahkan air jugalah" kata Black sambil angkat cawan sendiri.

Dia betul-betul tumpahkan tapi sikit. Hahahahahahahahahahahahahaha!

Bengonglah diorang. Sakit perut Tcha asyik gelak je semalam tau. Dekat dewan gelak, dekat dalam kereta gelak, dekat Muara pun gelak.

Pukul 2.30 pagi mak dah call. Suruh balik.

Balik rumah macam biasa.

Cuci muka. Tidur. Tak mandi pun hahaha lantaklah busuk ke apa. Penat gila kot.

Tengahari tadi baru bangun. Itu pun sebab terkejut tetiba Cikgu Islinah hantar whatsapp. Dia cakap kerja kursus akaun Tcha ada kesilapan. Tak dapat nak buat revision. Asyik sibuk dengan kerja kursusu akaun je hm.

Esok dah start pre-trial. Wish me luck :')


Tcha.


◀ Older Newer ▶