Owner Post Follow Dash



"I am fine"
Tcha's

Selamat Datang !


Assalamualaikum
This is a place to qwerty everything
Pardons my words


⊰HEY YOU!⊱
Awak comel.
Percaya tak?
Hm percayalah pleaseeee


K tipu jewp hahahaha
Kalau dah baca toksah nak memarah kalau gua cerita pasal lu. Suka hati gua nak cerita pasai sapa k. Kalau dah terasa tu whoops padan muka kahkahkah. Ini blog gua, kalau tapuasti meh kita face to face toksah pendam kang hati lu pula terbakar bhahaha.
Gimme some space to breathe.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome

#423 Salam Ramadhan








Marhaban ya Ramadhan. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi kerana kita diberi kesempatan untuk berhadapan dengan Ramadhan sekali lagi pada tahun ini.

Sahabat-sahabat sekalian, kebiasaanya pada bulan Ramadhan, Allah swt akan memberikan kita pelbagai cabaran dan dugaan. Kita sebagai hamba-Nya perlu bersabar serta tabah menghadapi segalanya.

Manusia yang paling banyak menjalani dugaan daripada Allah swt adalah manusia yang paling disayangi oleh-Nya.

Kalian semua sudah bersedia?

Sekiranya ya, marilah kita memulakan niat berpuasa sekarang.



Pada bulan Ramadhan, kita bukan saja dikehendaki menahan lapar dari terbit fajar sehingga terbenam matahari malah kita juga perlu menahan anggota badan luaran dan dalaman daripada melakukan sesuatu perkara yang negatif.

Menahan mata daripada melihat perkara yang tidak sepatutnya.

Menahan hidung daripada menghidu bau makanan ketika menjalani ibadat puasa.

Menahan telinga daripada mendengar perkara yang tidak berfaedah.

Menahan mulut daripada membicarakan perkara yang tidak baik.

Menahan lidah daripada merasa makanan dan minuman semasa berpuasa.

Kawal hati supaya bersabar dan tabah.

Kawal akal fikiran agar dapat berfikir secara rasional dan terbuka.








Selamat berpuasa! Semoga ibadah kita diterima dan diredhai oleh Allah swt :)

Esok pra-trial untuk subjek Bahasa Inggeris. I'm dead! Guys, please, wish me luck :'(

Tiada apa lagi yang hendak diberitahu. Cheerio.



Tcha.



◀ Older Newer ▶