Owner Post Follow Dash



"I am fine"
Tcha's

Selamat Datang !


Assalamualaikum
This is a place to qwerty everything
Pardons my words


⊰HEY YOU!⊱
Awak comel.
Percaya tak?
Hm percayalah pleaseeee


K tipu jewp hahahaha
Kalau dah baca toksah nak memarah kalau gua cerita pasal lu. Suka hati gua nak cerita pasai sapa k. Kalau dah terasa tu whoops padan muka kahkahkah. Ini blog gua, kalau tapuasti meh kita face to face toksah pendam kang hati lu pula terbakar bhahaha.
Gimme some space to breathe.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome

#427 Terima Sajalah



ATAU




"Mak, adik rasa tahun ini tak payah beli baju rayalah"

"Kenapa, nak?"

"Adik takut bapak tak cukup duit"

"...."

"Kan bapak dah kata nak belikan handphone baru. Adik rasa itu dah cukup. Lagi pun tahun ini adik rasa tak nak raya"

"Tak nak raya?"

"Yelah mak. adik rasa raya tahun ini tak meriah langsung. Bukan sebab ada percubaan je tapi.... hm entahlah"

"Adik berayalah walaupun sehari"

"Hm mungkin adik ikut kalau pergi rumah atuk dengan nenek je kot"

Perbualan yang paling menyedihkan di antara Tcha dan mak kelmarin.

Pagi tadi selepas bangun Tcha terus masuk bilik mak. Baring sebelah beliau.

"Adik, tadi bapak call"

"Kenapa mak?"

"Bapak buat mak rasa serba salah"

"Bapak cakap apa?"

"Mak cuma tanya kenapa hari ini dia kerja. Biasanya hari Ahad dia cuti"

"Pastu?"

""Orang miskin dan bodoh macam saya mestilah kena rajin kerja. Kena pandai cari duit kalau tidak macam mana nak hidup""

Tcha tersentap.

"Tadi masa mak mengaji pun tiba-tiba bapak call. Cakap benda yang sama"

""Orang miskin, bodoh, macam saya kena rajin bekerja. Siapa lagi nak bagi duit kalau bukan saya. Isteri bukan boleh tolong carikan duit. Ada anak tak pernah nak menyenangkan tapi sebaliknya""

""Awak tu memanglah rajin kerja tapi rajin juga habiskan duit. Awak tahu tak Ika cakap apa? Dia kata tahun ini dia tak nak beli baju raya""

""Kenapa pula?""

""Dia dah besar, dia dah boleh fikir sendiri. Dia takut duit awak tak cukup nanti""

"Terus terdiam dia tadi"

"Kenapa mak cakap macam tu............. Kesianlah bapak"

"Itulah. Kadang pun mak rasa kesian dekat dia. Makin lama makin kurus. Jauh dengan isteri anak"

Tcha terus masuk bilik sendiri. Baring sambil peluk Hippo. Kenapalah tetiba semua jadi macam ni hm

Nampaknya memang benar, tak berayalah tahun ini. Keputusan telah dibuat. Sekian.

Selamat hari raya kepada semua yang menyambutnya.

Maaf zahir dan batin.



Tcha.


◀ Older Newer ▶