Owner Post Follow Dash



"I am fine"
Tcha's

Selamat Datang !


Assalamualaikum
This is a place to qwerty everything
Pardons my words


⊰HEY YOU!⊱
Awak comel.
Percaya tak?
Hm percayalah pleaseeee


K tipu jewp hahahaha
Kalau dah baca toksah nak memarah kalau gua cerita pasal lu. Suka hati gua nak cerita pasai sapa k. Kalau dah terasa tu whoops padan muka kahkahkah. Ini blog gua, kalau tapuasti meh kita face to face toksah pendam kang hati lu pula terbakar bhahaha.
Gimme some space to breathe.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome

#428 Kenangan




Pagi.

"Adik, malam tadi mak mimpi Kakak Lia"

"Mak mimpi Kakak Lia datang sini tapi perut dia dah kempis. Pelik. Diakan mengandung"

"Mungkin ini petanda dah sampai masa dia nak melahirkan"

"Ya Allah, mudah-mudahan Sumliyawati Binti Sumli dapat melahirkan anaknya dengan selamat. Amin ya rabbal alamin.."

***

Tenghari.

"Adik! Tadi Abang Firman call. Dia kata Kakak Lia ada dekat hospital sekarang"

Oh-my-Allah! Seriously?

Ini

bermakna

aku

akan

digelar

sebagai

Mak Cik?

Oh wait. Maksudnya, THE REAL MAK CIK???



Ini semua bagaikan mimpi. Kakak kandung aku yang baru saja aku kenal selama 8 tahun sudah mahu melahirkan seorang bayi?

'Baru saja kenal selama 8 tahun': Ya, memang kami adik-beradik kandung. Dan adik-beradik kandung sepatutnya tinggal di bawah bumbung rumah yang sama, right? Tapi kami tidak. Kami bukan saja berlainan rumah tapi berlainan negara juga. Kakak membesar di Indonesia. Sedangkan aku dan abang membesar di sini.

Dengan perbezaan ini, kami jarang berjumpa. Hanya mampu berhubung melalui telefon dan berbalas surat sahaja. Kali pertama aku jumpa dia masa aku darjah lima. Masa itu aku lari ke arah dia dan terkejut "Tak sangka ini kakak aku rupanya" 

Kelakar? Hahahaha exactly.

Masa baru kenal dia, aku rasa tak selesa. Dia peramah tapi aku ni haa yang mengada pergi fikir "Betul ke dia ni kakak aku? Macam tak jeh"

Semakin lama semakin rapat. Satu kepala. Suka menyakat mak dengan bapak pastu gelak sama-sama. Hahaha I really miss that moment 

Disebabkan dia, aku makin rapat dengan bapak. Mana taknya, menyirap oh bila tengok dia bermanja dengan bapak. Aku pun nak juga! Join sekali.


Ini gambar masa hari raya tiga tahun yang lepas. Kali pertama beraya bersama keluarga yang lengkap. Ingat lagi masa ini aku fikir dia nak cium tipu-tipu sekali..... hambik, melekat air liur dia dekat pipi aku! Hahahaha

Rindunya. Ya Allah...

Macam-macam reaksi mak hari ini. Kejap gembira. Kejap sedih. Gembira ingin mendapatkan cucu baru. Sedih bila mak dapat membayangkan kesakitan yang dialami kakak sekarang ini.

Bila dengar saja khabar berita mengenai kakak, hati mak mesti tak tenang.

"Kalau boleh ganti tempat dia, dah lama mak gantikan"

"Mak tak sanggup dik bila bayangkan betapa sakitnya dia masa melahirkan nanti"

Tadi kakak telefon. Kakak cakap dia sakit, sakit, sakit. Dia minta maaf dekat mak. Hm mungkin kakak sudah merasai kesakitannya sebelum bergelar ibu. Mempertaruhkan nyawa untuk melahirkan seorang anak.

Aku yang tak mengandung ini pun tiba-tiba mengusap perut sendiri. Buang tabiat agaknya hihi berdebar juga bila dengar mak cerita masa beliau melahirkan aku dulu.

"Anak mak yang paling degil dalam perut dulu, adik. Asyik berpusing-pusing je kerja dia. Tahulah perut mak dah luas selepas melahirkan yang enam orang tu. Yang Sumli pula tak habis-habis ingat yang adik ini anak lelaki sebab terlampau degil"

Mak cerita yang beliau pernah menggigit besi katil dekat hospital kerana tidak dapat menahan sakit. Kemaluan beliau dipotong sedikit sebab aku terlampau besar.




Banyaknya pengorbanan mak.

Mak selalu cerita dekat aku yang aku ini anak dia yang paling ganjil daripada enam adik-beradik yang lain. Kenapa? Biarlah rahsia.

Aku ada dua nama selain Nuratika iaitu Abdul Rahim dan Sumiati.

Abdul Rahim nama pertama yang diberi sebelum aku dilahirkan. Bapak yang bagi nama itu. Tapi bila bapak dapat tahu yang mak melahirkan anak perempuan terus patah seribu hatinya dan pergi merajuk ke tempat lain.

Sumiati nama kedua yang mak bagi kepada aku selepas bapak kecewa dengan kelahiran aku. Tetapi nama itu tidak dipersetujui oleh Kakak Zakiah. Tak sedap katanyaa...

And the last one, Nuratika. Nama ketiga dan nama rasmi aku. How's sweet. Tak sangka menarik juga cerita pasal aku ini kan. Terharu much

Paling aku tabik dekat mak, beliau melahirkan ketujuh-tujuh anaknya dengan normal tanpa operation. Tanpa bedah perut! Huyyooo~

"Nanti bila adik mengandung, jangan itu ini jangan ini itu jangan buat itu ini jangan buat ini itu...."

Akulah anak yang bertuah. Paling rapat dengan mak. Dapat nasihat dan banyak petua daripada beliau. Jadi pendengar setia begitu juga dengan mak. Suka kongsi cerita. Saat yang paling gembira bila kami berdua gelak pasal sesuatu pastu mak akan peluk aku dengan tiba-tiba. Masa itu baru aku sedar masih ada orang yang sayang aku.

Terima kasih mak.

Bila kita rasa sakit hati dengan mak kita, ingatlah betapa sakitnya ketika mereka melahirkan kita. Jika tiada mereka maka tiadalah kita. Wallahu a'lam.

Sedang sabar menunggu kelahiran anak saudara yang kelima......


Tcha.


◀ Older Newer ▶