Owner Post Follow Dash



"I am fine"
Tcha's

Selamat Datang !


Assalamualaikum
This is a place to qwerty everything
Pardons my words


⊰HEY YOU!⊱
Awak comel.
Percaya tak?
Hm percayalah pleaseeee


K tipu jewp hahahaha
Kalau dah baca toksah nak memarah kalau gua cerita pasal lu. Suka hati gua nak cerita pasai sapa k. Kalau dah terasa tu whoops padan muka kahkahkah. Ini blog gua, kalau tapuasti meh kita face to face toksah pendam kang hati lu pula terbakar bhahaha.
Gimme some space to breathe.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome

#429 Program 'Mentor-Mentee' Matematik 2013 (Dua hari)


Semalam.

Sebelum rehat semalam kami belajar seperti biasa. Matematik Tambahan, Ekonomi Asas dan Bahasa Inggeris. Cikgu Normah ajar sub-tajuk baru yang memang susah gila. Bila mula-mula buat memang rasa separuh mati. Serius. Mana tidaknya, pening kot guna jadual kekerapan yang penuh bak hang.



Tud-diaaaaaaaaaaa. Fikir senang? Tidak semudah yang anda sangka. Ini baru separuh belum dapat yang full lagi tahu dok. Cikgu Mazila pula sudah berjaya menghasilkan kesesakan perjalanan neuron dalam kepala otak aku. Habis terus silibus! Masih lagi keliru macam mana permintaan dan penawaran mata wang boleh naik turun. Macam mana?! Egh

Puan Farani pula ajar literature haih penat aku siapkan summary. Satu firasat aku tentang cikgu............. hm rasanya cikgu tak suka aku kot hm hmm hmmm. Mungkin.............

Ah! Jangan fikir bukan-bukan!

Astaghfirullah aladhim. Astaghfirullah aladhim. Astaghfirullah aladhim.

Selepas habis waktu Bahasa Inggeris, semua orang kemas beg. Hairan. Diorang nak pergi mana?

Ouh pergi library rupanya. Buat apa?

Ouh ada program teknik menjawab matematik rupanya. Apa?!

Tiada seorang pun beri maklumat tentangnya. Bagus sangat. Buat penat saja bawa buku selepas rehat. Huh!

Masuk library terus pilih tempat. Sebesar-besar meja yang boleh muat enam orang, cuma aku seorang saja yang conquer. Bukan sebab aku yang tamak sampai nak conquer enam kerusi mahupun satu meja yang besar itu tapi diorang yang tak nak duduk dengan aku. Forever alone kata ko~

Azlin datang ke arah aku. Aku fikir dia nak duduk semeja rupanya tidak. Dia cuma cakap "Atika, nanti kau kena jadi mentor. Aku, kau, dengan Ting"

Mentor?

Dia betul-betul maksudkan, AKU KENA JADI MENTOR?

Shut up! Aku mana reti sangat ajar orang! Ohmyyy..

"Okay cikgu nak satu meja ada tiga orang. Setiap satu meja akan ada seorang mentor" arahan Cikgu Normah.

Barulah ada dua orang yang sudi duduk semeja dengan aku. Dua orang itu adalah Zawani dan Aizat. Setiap seorang mendapat dua set soalan matematik.

Semua khusyuk menjawab soalan. Sunyi. Tenang. Tiba-tiba semua pelajar kelas 5 Sains 1 datang. Diorang kena jadi mentor ktorang. Ok masa ini, jujur aku cakap, menyesal aku datang sekolah!



Dalam hati asyik cakap "Harap-harap bukan dia" Bila dia dah pergi tempat lain, datang lagi seorang. Hati aku menjerit sekuat hati "Ya Allah! Tak nak dia! Tak nak dia! Shuh shuh!" Alhamdulillah mujurlah Rabiatul yang menjadi mentor kami bertiga. Aw sweet dahlah ada Aizat ngehehe

"Kalau kamu tak faham, tanya mentor kamu" Cikgu Rafahah.

Aku hanya buat apa yang mampu. Bila ada soalan yang tak mampu jawab aku terus jumpa cikgu hahahahahahahahahaha macam tak ada guna duduk semeja dengan mentor. Bukan apa, segan sebenarnya. Kalau tanya cikgu pun apa salahnya ye dok.

Sampai soalan satah aku memang terus direct dekat cikgu. Nak tanya Cikgu Rafahah tapi tiba-tiba Cikgu Normah pula yang menawarkan diri. Pun bolehh..

"Atika, mentor kamu siapa?"

"Erkk.... hehe adalah cuma saya tak biasalah belajar macamni cikgu. Kalau dalam kelas bolehlah"

Cikgu Normah terus tanya Cikgu Rafahah "Atika ni memang mentor juga ye dok?"

Cikgu Rafahah mengangguk.

"Mentor amendanya cikgu? Meja saya dah ada mentor. Buat apa saya jadi mentor lagi?"

"Esok giliran kelas sastera pula. Cikgu ambil kamu, Azlin, Ting Li Suan dengan Haikal jadi mentor esok. Adalah juga kelas sains yang jadi mentor dengan kamu"

"HAH?!"



Dengan muka terperanjat aku pun semakin lama semakin mengundurkan diri. Jalan berundur. Dan duduk di tempat yang sama.

"Malasnya nak buat graf......"

"Malasnya nak buat pelan bagai ni semua....."

"Amenda pula nih........."

Kepala terjatuh dengan sendirinya. Pejamkan mata.

BAM! Terkejut. Terbeliak mata aku. Ingatkan cikgu ada dekat sebelah rupa-rupanya ada orang terhentak kalkulator dekat meja. Hamboi marah ke? Chillah.

Cikgu: "Pelajar.... dah boleh berhenti sekarang"

Aku: "Yeayyyy"

Budak lain: "Alaaaa cikgu nantilah"

Cikgu: "Seronok tak program hari ini?"

Aku: "Tak langsung. Tidur lagi best"

Budak lain: "Bestttt!"

Cikgu: "Nak buat lagi tak?"

Aku: "Tolonglah jangan"

Budak lain: "Naaaakkk!!!"

Nampak tak betapa angkuhnya aku di situ? 

Cikgu: "Kamu semua dah boleh balik. Mentor tunggu kejap"

Cepat-cepat aku kemas barang. Lalu depan Cikgu Rafahah tiba-tiba mata dia terbeliak dan menjerit "MENTOR TUNGGU KEJAP!" terkejut beruk aku dibuatnya. Terpaksa duduk balik.

Ada beberapa taklimat yang cikgu berikan untuk program yang sama tapi giliran kelas sastera pula.

Terus pergi Bilik Tayang untuk kelas tambahan dengan Cikgu Normah. Aku dengan Ting Li Suan orang terawal siap dan boleh balik terus yeppi~

Hari ini.

Cikgu Normah berikan taklimat semasa perhimpunan "Kelas 5 Sastera 3 dan 5 Sastera 4 terus pergi library. Mentor dari kelas 5 Sains dan 5 PA pun sama"

Masuk library. Cikgu agihkan meja untuk semua mentor. Kalau dapat mentee perempuan, seorang saja mentor. Kalau dapat mentee lelaki kena ada dua orang mentor.

Guees what?! Ketidakadilan telah berlaku!

Aku kena ajar budak lelaki?! Aku seorang jeh?! Ini benar-benar mimpi ngeri! Ugh

Aku belum lagi duduk salah seorang daripada diorang bertiga dah cakap "Habislah kau kena buli dengan ktorang muehehe"

Menyeramkan!

Chill Ika chill. Duduk sat.

"Okay, now, korang buat dulu apa yang korang boleh buat. Kalau ada yang tak faham tanya aku"

Seorang nampak macam dah boleh buat tapi termenung dekat kertas lama bebenor. Seorang pula duduk bersandar buat-buat tak dengar. Seorang lagi tongkat kepala dekat meja dengan muka bengis.

"Koranggg.. tolonglah buat please"

"Macam mana nak buat kalau ktorang tak tahu nak buat apa?"

"Entah. Apalah kau tika"

"Buatlah apa yang korang tahu dulu"

"Kau pun ajarlah ktorang macam mana nak buat"

"Fine! Okay tengok ni..... sini ada tiga persamaan so korang kena buat macam ni pastu macam ni. Faham tak?"

"Apesal pula kena buat macam tu?"

"Dah ini cara dia. Kau cuba buat dulu boleh tak?"

Baru buat satu soalan dah hampir bergaduh dah ktorang. 

"Soalan kedua.....Emm emm alamak dia tak bagi formula. Kejap eh"

"Kau tengok. Mentor pun tak reti nak ajar"

"Cikgu! Cikgu! Saya nak tukar mentor! Saya nak budak cina tu jadi mentor!"

"Tolonglah cakap kuat sikit. Aku pun bukan nak sangat ajar korang"

Terus tersentap diorang ngahaha sebenarnya aku tipu je pun. Ada ke patut diorang suruh aku ajar budak India euw tolonglah, nak kena guna bahasa tamil bagai.

Masa aku ajar matriks barulah diorang fokus. Terkejut beruk diorang bila dapat tahu ada 'trick' untuk menjawab matriks guna kalkulator. Diorang terus salin cara tekan "MODE" "EQN" "UNKNOWN" tu dekat kertas diorang.

"Kenapa tak jawab graf dulu?"

"Ouh korang nak jawab graf dulu ke? Suka lukis graf? Aku on je kalau nak ajar"

"Haa ktorang expert kalau jawab soalan yang lukis graf. Yang macam ni...."



"Good. Graf banyak markah dia"

"Memang pun. Kelas ktorang mana ada yang gagal kalau bab graf ni"

"Yelah. Dah dah buka muka surat 4"

"Buat apa?"

"Kata nak buat graf? Haihh ada juga yang nak kena pasni"

Bila aku ajak diorang buat graf terus semangat diorang makin meningkat.

Watta? Poligon kekerapan?!

Terus lari cari cikgu. Nak tengok skema jawapan. Skema entah ada dekat siapa.

"Kenapa Atika?"

"Cikgu, poligon kekerapan macam mana? Saya lupa hehe"

"Poligon kekerapan kamu tak tahu?! Macam ni macam ni macam ni"

"Ouhhh okay okay thankss"

Pergi dekat diorang. Seorang tu dah malas menunggu. Seorang kacau kawan dekat belakang dia. Seorang lagi merayau pergi tempat lain. Ya Allah.... sabar jelah aku dengan diorang tadi. Uih

"Woii!!!"

"Okaylah. Mentor aku dah sampai"

"Haa betullah apa yang korang buat tadi. Sorry, aku lupa kot buat benda ni biasa buat ogif jeh.."

Diorang dah buat paksi-y dengan paksi-x. Masa diorang nak labelkan tu aku terus suruh diorang berhenti kejap. Sementara ada Cikgu Rafahah lalu dekat sebelah.

"Cikgu, macam ni ke?"

"Haih kamu ni Atikaa.... poligon kekerapan pun kamu tak ingat. Nak trial dah ni"

"Itulah cikgu. Saya nak tukar mentorlah cikgu. Dia ni ajar macam apa jeh"

"Hoi korang, dia ni pelajar terbaik saya tahu tak"

"Siapa?"

"Mentor korang ni lah"

Semua terdiam. Cikgu ajar.

"Betullah tadi aku buat. Apalah kau ni Atika haih penat aku buat pastu kau pergi padam macam tu jeh"

"Yelah yelah. Sorry....."

"Takpa takpa. Nasib baik aku puasa sekarang ni"

"Weh, kata nak buat graf yang melengkung tu?"

"Graf ini pun tak buat lagi nak terus skip ke belakang lah?"

"Ouh ek? Ok sorry sorry"

Mengajar. Belajar. Mengajar. Belajar. Mengajar. Belajar.

Sampai graf yang diorang suka makin laju diorang buat kecuali soalan (d). Persamaan asal tolak persamaan yang kedua. Dapatkan persamaan garis lurus. Dekat situ aku suruh diorang perhatikan betul-betul cara aku ajar.

Tak habis lagi mengajar tiba-tiba Cikgu Normah cakap "Pelajar.. Dah waktu rehat."

Dua orang mentee aku terus berdiri pastu jerit "Kejap cikgu! Kejap!"

"Weh, ajar je weh cepat"

"Buat jadual pastu tulis x = 0, y = 0. Cari x dan y. Macam ni macam ni guna kalkulator cepat!" 

Ktik ktik ktik "Haa ini jawapan dia?"

"Yup betul!"

Semua mentee orang lain dah bergegas keluar. Mentee aku je belum hahaha

"Yess! Aku rasa boleh luluslah kali ni"

"Kalau aku kira markah korang tadi, aku dapat lebih daripada 30 markah. So, korang boleh lulus tapi kena banyak buat latihan"

"Ok terima kasih weh!"

"Sama-sama. Sorry tau kalau aku ada salah ajar tadi"

"Takpa takpa. Selamat hari raya"

"Selamat hari raya juga"

Rehat. Fuh penat juga rupanya mengajar orang. Ini baru tiga orang belum satu kelas lagi~

Masa rehat memang aku cuba fahamkan soalan betul-betul sebelum ajar budak kelas 5 Sastera 2 dengan 5 Sastera 1.

Program dah start tapi aku masih lagi duduk. Bila tengok dah ramai mentor yang lain duduk dekat satu meja aku terus terkedek-kedek pergi kat cikgu.

"Cikgu? Saya dekat meja mana?"

"Haa kamu dekat sini jelah"

Tiga mentee perempuan. Bekerjasama dengan Watie, alhamdulillah. Aku duduk depan Zulfika, awek Arvind. Aku nampak dia buat salah then cuba betulkan. Dah jauh sangat tak sampai nak mengajar terus aku tarik kerusi duduk sebelah dia.

Aku ajar dia satu per satu. Soalan yang aku tak boleh buat sebelum rehat tadi alhamdulillah selepas rehat aku dah boleh ajar. Bagi aku, mentee aku cuma dia seorang je yang Watie kena handle dua orang lagi hahaha kesian.

Nasib baik Zulifika ni jenis yang sabar, jujur and suka mencuba. Kalau tak faham dia suruh aku ajar lagi semula. Kalau ada satu soalan tu dia tak expert lagi, dia ulang soalan yang sama tu dua tiga kali sendiri. Tak habis masa lagi tapi dia dah siap. Ada dua saja soalan yang dia tingggal sebab aku tak mampu ajar. Takda formula.

Aku guna skema jawapan. Check jawapan dia. Omg tak sangka semuanya betul! Alhamdulillah semua yang dia buat dan yang aku ajar dapat markah penuh. Aku kira semua markah dia dapat 56 tak silap. Aku tunjuk dekat dia. Kemain terkejut lagi dia tauuuu

"Kau tengok, 56 markah! Ini baru kertas dua. Cuba kalau tambah dengan kertas satu. Kertas satu kan kita boleh hentam. Kadang-kadang apa yang kita hentam tu betul. So, kau bayangkan kertas satu kau dapat belas-belas then tambah dengan markah kertas dua ini dah dapat 70 lebih"

Muka Zulfika macam tak percaya.

"Balik rumah cuba buat soalan dekat kertas set 2 ini pula. Kau target graf tau sebab graf ada dua. Satu graf ada 12 markah. Kalau dua-dua dapat markah penuh dah dapat 24 markah. So, dah siap. Tadaaaa"

"Wahh terima kasih weh"

"Sama-sama"

Watie terkejut tengok Zulfika. Mungkin sebab Zulfika buat cepat. Mula-mula aku ajar Zulfika, aku tengok mentee Watie dah laju dah tapi dah sampai graf diorang tersekat. Zulfika chill jeh. Slow slow dia buat. Tapi tengoklah, orang pertama siap bhaii ngehehe bangga mentor dia

Done with Luqman, Shahrul, Arip, and Zulfika. Alhamdulillah

Lepas tu aku terus tolong mentee Watie yang lagi seorang dekat hujung. Dia baru nak buat graf. Aku tolong plotkan sikit sambil ajar.

Sampai soalan (d) Cikgu Normah terus cakap dah balik. Tapi Aisyah Turredha ni still suruh aku ajar. Aku pun ajar jelah. Pastu dia dah tak boleh fokus sebab keadaan library memang bising gila masa tu. She is given up.

"Mentor tunggu kejap"

Semua mentee dah keluar tiba-tiba Cikgu Normah ajak bergambar. Ini dia!



Look at that haih sedihnya duduk dekat belakang sekali. Pastu muka nampak tak nampak je hm nevermind. 

Haaaaaaa lega rasanya. Dah berminggu tak banyak bercakap sampailah ada program ini terus lega. Macam meluahkan perasaan. Bibir kering terus terkopek wuish pedih gila nak mampusssss. Balik rumah tengok cermin pergh merah betul bibir aku. Banyak darah beku kelihatan hahaha.

Happy for today. Alhamdulillah. Harap-harap cikgu buat program ini lagi sebab tadi Cikgu Normah kata "Kami akan cuba sedaya upaya untuk mengadakan program ini sekali lagi selepas percubaan spm nanti"

Amin.

Okay that's all :) Cheerio. 


Tcha.


◀ Older Newer ▶