Owner Post Follow Dash



"I am fine"
Tcha's

Selamat Datang !


Assalamualaikum
This is a place to qwerty everything
Pardons my words


⊰HEY YOU!⊱
Awak comel.
Percaya tak?
Hm percayalah pleaseeee


K tipu jewp hahahaha
Kalau dah baca toksah nak memarah kalau gua cerita pasal lu. Suka hati gua nak cerita pasai sapa k. Kalau dah terasa tu whoops padan muka kahkahkah. Ini blog gua, kalau tapuasti meh kita face to face toksah pendam kang hati lu pula terbakar bhahaha.
Gimme some space to breathe.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome

#435 Nafa Zehra



Nafa Zehra.


Jumaat.

"Assalamualaikummm" gua bagi salam masa buka pintu rumah, baru balik dari tuisyen akaun. Mak jawab salam gua "Walaaikumussalam, adik cepat pergi bersiap! Jom kita gerak pergi rumah kakak. Mak takut tak sempat nak pergi merewang nanti" haaa gua pun jawab jelah "Oritee"

Gua pi masuk bilik nak packing baju plus kerja sekolah yang perlu dibawa. Baru berjaya lipat dua tiga baju tetiba gua kena marah sebab lambat sangat bersiap tsk. Sedih. Masa balik dari sekolah tak dapat rehat pastu kena pergi tuisyen akaun dua jam ugh gua rasa macam pft. Penat gila! Nasib baik dapat tidur dalam kereta masa dalam perjalanan ke rumah kakak hee.

Terlalu penat sampai gua tak sedar yang dah sampai rumah kakak rupanya ngehehe. Abang kata nak buat kejutan so gua pun ketuk pintu jelah tak bagi salam. Lahai pintu tak dikunci rupanya muehehe senanglah gua nak buat kejutan kalau centu.

Baru je buka pintu tetiba nampak kakak muncul tepat depan pintu "Opocot!" Terkejut gua masa tu hahaha habis hancur-punah rancangan gua cish. Tapi gua lagi terkejut bila nampak nenek ada dekat ruang makan haa apa lagi, gua pun menjerit "Neneeeek!" muah pipi kiri, muah pipi kanan hee. Bukan senang nak jumpa nenek lagi-lagi jumpa dekat rumah kakak ohmyy sumpah susah, bak kata kakak "Nenek datang sini sepuluh tahun sekali jeh" hahaha kakak memang bijak bermain-main dengan hiperbola.

Selepas gua salam semua orang yang ada dekat dalam rumah, gua tak pernah lupa untuk cium Nafa Zehra (Jehla). Ah geramnya dengan pipi dia! Bila gua cium Jehla sekali memang dah jadi kebiasaan bagi gua untuk cium dia berkali-kali. Kadang-kadang gua cium sampai dia menangis kerimasan kahkahkah kesian Jehjeh. Tapi kali ni Jehla selamat sikit sebab ada nenek. Kenapa? Sebab nenek selalu marah gua cium Jehla banyak kali. "Haish budak-budak ni janganlah cium dia saja. Nanti kalau dia menangis kan kesian.." marah nenek. Bukan gua seorang je yang kena marah, Pija dengan Ira pun senasib wuwuuu.

Nenek bersama Jeh-jeh.

Sedih tahap maks. Bila tidur rumah kakak, kerja gua mesti kacau Jehla masa dia tidur hm tapi kali ni terbantut selepas kena marah. Actually, nenek bukan marah sangat pun. Beliau saja nak bergurau dengan ktorang hahaha so cute nenek titew ni muah satu kali. Dah penat sangat bergurau dengan nenek, gua pun terus baring kepenatan dan kebuluran. Dari balik sekolah sampailah rumah kakak, gua tak makan haih lapar tahu dok. Nasib baik kakak, abang dan Ira jadi penyelamat perut gua hee thank uolls. 

Lepas makan tiba-tiba gua rasa bertenaga. Semangat je gua ikut mak dengan kakak pergi merewang dekat rumah depan. Cuci pinggan, lipat tisu jetjet handal buat karya origami, potong bawang, main-main dengan kambing hahahaha kalah budak kecil masa tu sebab gua je yang over main air dengan kambing biri tu. Pendek kata, batak hee.

Masa balik rumah, semua orang baring sambil tengok tv. Mata gua pula makin berat haih gua paksa diri sat sebab gua nak buat kerja akaun yang Mama Islinah bagi. Haih macam biasa, Kunci Kira-kira tak pernah seimbang. Gua stress gua terus masuk bilik kakak, tidur. Satu katil kongsi empat orang. Gua tidur sebelah Pija dengan kakak.

Sabtu.

Gua terjaga dalam pukul sembilan pagi. Pandang sebelah kanan, Pija masih nyenyak tidur. Pandang sebelah kiri, eh mana kakak dengan Jehla? Badan gua agak lemah so gua sambung tidur dengan Pija ngehehe. Sambung tidur kejap je pastu gua terus bangun masa nampak kakak bersiap. Hm kakak nak ke mana ni?

Baru gua sedar, gua tak sempat nak tengok kambing biri di-akikah-kan pagi itu. Cuma dapat tengok gambar dekat telefon kakak je wuargh!


  

Terdengar suara seorang perempuan di ruang tamu. Gua ingatkan siapa rupanya mak cik haa dengan tak mandinya, gua pun keluar dari bilik dan menyalaminya. Masa tu muka dia macam nak tak nak je hulurkan tangan bhahaha. Dah rimas sangat dengan rambut singa, gua pun pi jelah mandi. Bersedialah berhadapan dengan air yang sejuk bagai ice berg! Oh tidak! (Konon)

Akhirnya badan gua sudah pun wangi semerbak aroma sabun Lux terapi ceh. Gua sarapan dengan nenek dan Pija. Nasi lemak buatan orang yang merewang sedap gila! Kakak dengan abang keluar kejap. Entah pergi ke mana. Kakak pesan suruh tolong jagakan Jehla. Ohmyy gua memang seronok gila masa tu! Macam tak percaya je kakak meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada gua ngee.

Rumah sunyi. Kakak dengan abang keluar. Kakak dengan mak pergi merewang. Yang ada cuma nenek, Pija, Ira dan gua je. Nak menari tapi ada nenek dekat ruang tamu so gua dengan Pija terus pujuk nenek sehingga beliau mengalah dan masuk tidur ke dalam bilik bersama Jehla. Baru nak start menari tiba-tiba semua handphone habis bateri haih. Ktorang pun masuk bilik, kongsi cerita dan pengalaman. Ira kongsi cerita pasal sekolah dia. Pija kongsi cerita pasal kolej dia. Gua pula kongsi cerita pasal hm. Tak ada cerita menarik yang hendak gua dikongsikan. Lagi pun cerita gua tak menarik macam diorang tsk.

Masa rancak bercerita, tiba-tiba abang sergah ktorang. Pergh nasib baik gua tak mati sakit jantung masa tu hahaha "Oi budak-budak, tak nak burger keeee" jerit kakak dari ruang tamu. Gua orang pertama yang bangun tapi orang kedua sampai ke meja ruang tamu. Abang yang mendahului haih kalau pasal McD memang dialah juara. Kami berempat melahap burger, yang lain hanya dapat merasakan kentang dan onion rings sahaja. Masa makan tulah masa yang paling bahagia dalam hidup gua. Bergurau dan gelak ketawa bersama keluarga. Yang paling kelakar masa mak cuba sembunyikan burger nenek tapi terkantoi. Habis berebut mereka berdua hahahahaha nenek pula buat-buat menangis masa tu kahkahkah memang lawak habis! Bila mak pulangkan burger tu nenek cepat-cepat masukkan burger dalam baju dia hahahaha ktorang semua gelak sampai sakit perut! Memang terbaiklah mereka berdua bila buat lawak wakaka.

Kakak, mak, dengan nenek masuk bilik. Abang, Pija, Ira dengan gua pula sambung rancang seterusnya. Menari! Oh yeah oh yeah~

 









Kami berempat buat video macam masa kecil dulu guna lagu Boom Boom Pow by Black Eyed Peas. Seronok gila babun tahuuuu ktorang menari sampai mandi peluh hahaha lebih kurang je video kali ni dengan video masa kecil dulu. Inilah padahnya bila kami berempat bergabung, semua benda gila ktorang buat bersama sejak kecil lagi bhahaha. I love them so much forever xoxo.

Pukul tiga petang ktorang berhenti menari. Ira keluar pergi hantar Pija kelas memandu. Tinggal gua dengan abang je masa tu. Itu pun dia masuk bilik asyik online haih untunglah ada phone canggih. Phone gua pula entah bila nak dapat balik haish. Tiga minggu dekat kilang. Gua dah bosan tak tahu nak buat apa, gua terus buat kerja akaun yang Kardi Enterprise pula. Masa ni memang bangga gila nak mam sebab first time gua buat Kunci Kira-kira pastu terus seimbang. Gua punyalah bangga sampai melompat-lompat depan abang heee.

Dah agak senja sikit gua terus mandi dan bersiap untuk solat maghrib. Gua bersiap awal sebab nak berdandan untuk ke majlis malamnya nanti. Majlis apa? Majlis Akikah Nafa Zehra yeah! Masa bersiap-siap gua keluar kejap nak ambil barang dekat ruang tamu tetiba ohmy! Bapak balik tanpa diduga! Gua pun menjerit "Bapaaaaaakkkkkkk" dan menuju ke arahnya. Gua salam beliau pastu dah gembira sangat, gua pun cium pipi dan dahi beliau. Mak terus cakap "Eh eh tak pernah-pernah dia cium bapaknya" hahaha that's right mak. Semua orang tengok gelagat gua. Memang tak percaya gila, bapak sengaja balik sebab nak sambut hari lahir aku. Swear, I'm so touched. Kalau boleh gua rasa nak menangis je masa tu. Mana tidaknya, minggu lepas bapak kata tak boleh balik tapi... Ya Allah, alhamdulillah!

Masa malam majlis kenduri:

 








 








Yang dukung Jehla masa ni ayah angkat dia. Ayah kandung dia yang muka ala-ala pakistan tu. Gua tak dapat bayangkan muka Jehla bila dah besar nanti. Muka kacukan omigossss. Jehla cepatlah membesar! Acik tak sabar nak gigit Jehla!

Masa habis kenduri memang penat gila. Gua tertidur masa baring dekat sofa ruang tamu. Gua orang pertama tidur. Nak kata penat buat kerja, hm kakak, mak dengan abang lagi penat. Hahaha entahlah kenapa masa tu gua rasa letih sangat. Tengah malam gua terjaga pastu tidur sebelah nenek.

Ahad.

Phone gua berbunyi tapi gua abaikan. Phone kakak berbunyi, tak ada siapa angkat. Lebih kurang tiga kali berbunyi baru gua bangun haih mak yang call rupanya. Gua masuk dalam bilik, baring dengan kakak sambil main phone dia. Jehla tak ada hm tak dapat gua nak kacau dia. Entah siapa tetiba buka lagu hindustan dekat ruang tamu. Gua keluar je terus berjoget macam orang india. Oh gila segan masa gua menari tu tetiba mak dengan bapak ada hahahaha gua pun terus lari lintang-pukang masuk dalam bilik capai tuala. 

Lepas mandi terus sarapan dengan Pija. Pastu sebelum balik Puchong semua bincang pasal hari Selasa hm the conclusion, we can't celebrate my birthday together tadaaaaa. Pendek je cerita hari ahad. The End. Sekian, terima kasih wakaka.


p/s: Alhamdulillah for this three days. I'm so happy and no tension when I'm with my big family. Love them so much! It's 12.00 am. Okay I should go to sleep right now chauu. Assalamualaikum


Tcha.


◀ Older Newer ▶