Owner Post Follow Dash



"I am fine"
Tcha's

Selamat Datang !


Assalamualaikum
This is a place to qwerty everything
Pardons my words


⊰HEY YOU!⊱
Awak comel.
Percaya tak?
Hm percayalah pleaseeee


K tipu jewp hahahaha
Kalau dah baca toksah nak memarah kalau gua cerita pasal lu. Suka hati gua nak cerita pasai sapa k. Kalau dah terasa tu whoops padan muka kahkahkah. Ini blog gua, kalau tapuasti meh kita face to face toksah pendam kang hati lu pula terbakar bhahaha.
Gimme some space to breathe.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome

#436 0 Day Left



Pagi tadi gua terbangun lewat sampai tak sempat nak iron baju pengawas. Ini semua gara-gara perut gua yang buat hal pagi buta tadi hish asyik meragam je kerja sampai tiga-empat kali gua masuk tandas. Penat tahu tsk.

Masa bersiap nak pergi sekolah tadi gua boleh pula berfikir "Ala roti dah habis! Aku nak bawa bekal apa hari ni wuargh" tetiba mak menjerit dari luar "Adik puasa tak hari ni?" Astaghfirullahaladhim, terlupa pula yang hari ni gua puasa rupanya ngehehe. Gua dah niat nak puasa dari semalam lagi so, tak salah kalau gua teruskan niat gua untuk berpuasa hari ni. (Peace)

Tapi... cabarannya kali ini, gua tetap kena tabahkan diri supaya berpuasa walaupun tak sempat sahur pagi tadi. Mana tidaknya, bangun pun lewat ish-ish-ish. Alhamdulillah gua berjaya juga mengharugi cabaran itu. Syukur kepada Allah swt.

Ya Allah, ya Tuhanku, maafkan aku kerana terlalu lemah dan maafkan aku kerana aku tergoda akan hasutan shaitonirrojim petang tadi. Maafkan aku kerana tidak sempat mengerjakan ibadah kepada-Mu, ya Allah. Sesungguhnya, aku insan yang lemah dan berdosa. Maafkan aku....

Sungguh mengecewakan. Mak boleh pula kata tak guna gua puasa kalau tak Solat Asar petang tadi. Bukan gua tak nak solat tapi hm. Gua penat sangat tadi. Balik sekolah terus tidur sampai tuisyen akaun pun gua sanggup ponteng. Dua kali gua dapat panggilan daripada Haikal tapi gua sengaja pergi silent-kan phone sebab tak nak diganggu masa tidur tadi.

Tak apa, lupakan. Esok jangan buat lagi ya, Tcha. Jadikan itu sebagai iktibar.

My lovely bloggie, gua sangat gembira dalam beberapa hari ini kerana gua dapat melihat penghargaan dan pengorbanan orang yang berada di sekeliling gua. Mula-mula sekali kejutan yang paling gua tak percaya masa kelmarin. Kelmarin bapak tiba-tiba balik secara mengejut padahal minggu lepas beliau beri seribu satu alasan dekat gua yang beliau tidak dapat balik dan menyambut hari kelahiran gua bersama tapi omigoss. I can't believe it!

Abang pula sanggup berpatah-balik dari Shah Alam ke Puchong dan ke Shah Alam semula pada esok hari semata-mata nak meraikan hari kelahiran gua padahal kalau bab balik rumah ni dia memang susah ngehehe. Kakak Zakiah dan Kakak Farah, semalam mereka berdua berbincang untuk bermalam di rumah gua esok tapi entahlah jadi ke idok sebab Kakak Zakiah ada hal penting dan Kakak Farah pula baru start kerja semula. Kalau mereka berdua tidak dapat hadir, tidak mengapalah. Gua dah biasa celebrated birthday seramai tiga orang jah hee.

Dan hari ini pula gua terima satu hadiah daripada Fyka. Omg, yang ini sumpah gua memang tak percaya! Tak dapat gua ceritakan di sini bagaimana keadaan hati gua pagi tadi. Oh mungkin hati gua dah melompat keluar dan terjun dari atas bumbung sekolah. Oh mungkin juga hati gua sudah meletup-letup bagaikan fireworks. Oh-oh mungkin mungkin emm, aaaaaaaa tak sangka gilaaaaa! (Screaming out loud)

Nampak tak yang gua terlalu gembira? Padahal baru dapat satu hadiah tapi gembira jetjet dapat satu bakul hadiah je hahaha pity me. Tak apa, jikalau ini saja hadiah untuk hari lahir gua tahun ini, gua terima seikhlas hati kerana gua tahu semua orang busy sejak kebelakangan ini. Lagi-lagi rakan seperjuangan gua. Dapat satu hadiah pun sudah cukup memadai kegembiraan gua.

Apa yang gua harapkan bukanlah sebungkus hadiah atau ucapan 'Selamat Hari Lahir' yang terawal tetapi gua cuma inginkan keikhlasan daripada semua orang. Keikhlasan daripada pengorbanan dan kasih sayang daripada keluarga yang tiada tandingannya. Dengan sepenuh harapan, semua orang ikhlas berkawan dengan gua tak kira sama ada gua berubah ataupun tidak. Bukan apa, kadang gua rasa diri gua ni tak berguna untuk semua orang bila ada yang berpendapat bahawa diri gua dah berubah. Satu saja pesan gua, tolonglah terima gua seadanya dengan ikhlas. Kalau ada yang tak seberapa suka dengan perangai gua, tak apa. Kita masih boleh berkawan dan tidak rapat. Gua tak nak memutuskan hubungan persahabatan dengan sesiapa. Ingat ya.

Gua harapkan keikhlasan daripada rakan lebih kerana ini merupakan tahun terakhir di sekolah. Rakan merupakan semangat gua untuk ke sekolah. Tanpa mereka, sekolah tidak bermakna walaupun berguru. Gua harap gua dapat mencoret kenangan yang paling manis pada tahun ini seperti orang lain juga. Bergelak-ketawa tanpa menghiraukan keselesaan orang lain, melakukan sesuatu yang agak luar biasa, bersama-sama cuba untuk menyelesaikan masalah, berkongsi cerita dan banyak lagi. Pendek kata, senang bersama, susah pun bersama. Mungkin ada sesetengah orang tak suka berkawan dengan gua sebab gua ni amat-sangat-terlalu membosankan. Bila kawan dengan gua asyik kena belajar mengira jah tak boleh nak enjoy langsung, selalu duduk rumah, tak dapat buat benda yang bebas, eh ye ke? Gua kata 'mungkin' dan 'sesetengah'. Fahamkan betul-betul.

Tak lupa juga, keikhlasan daripada guru-guru yang telah mencurahkan segala ilmu dan kemahirannya kepada gua dan rakan seperjuangan. Keikhlasan jiran tetangga bila melemparkan senyuman. Keikhlasan daripada Mr Stokin ketika sedang bermanja. Ecewah sampai ke situ pula harapan gua ngehehe. Apa yang penting, tolong ikhlas bila dengan gua dan jangan berpura-pura. Gua dapat bezakan orang yang ikhlas dan berpura-pura. So beware gaiss muahaha.

Pasni gua nak counting down sorang sebelum pukul dua belas. Saja nak menggedik hahaha tak ada kerja ceni ah. Tak ada kerja konon padahal spm tinggal 43 hari lagi. Oh tidak! Mari kita tidur sekarang! Lol hahaha.


Terima kasih Kakak Lia. Adik tak kisah tahun ni tak dapat hadiah daripada kakak. Mungkin sudah tiba masanya dunia berputar. Giliran adik pula yang kena bagi hadiah dekat kakak pasni hehe. Again, thank you so much. I love and miss you more sista muah!


2 hours and 30 minutes more!

Tcha.



◀ Older Newer ▶