Owner Post Follow Dash



"I am fine"
Tcha's

Selamat Datang !


Assalamualaikum
This is a place to qwerty everything
Pardons my words


⊰HEY YOU!⊱
Awak comel.
Percaya tak?
Hm percayalah pleaseeee


K tipu jewp hahahaha
Kalau dah baca toksah nak memarah kalau gua cerita pasal lu. Suka hati gua nak cerita pasai sapa k. Kalau dah terasa tu whoops padan muka kahkahkah. Ini blog gua, kalau tapuasti meh kita face to face toksah pendam kang hati lu pula terbakar bhahaha.
Gimme some space to breathe.


Skins by: IlliShuhada
Basecode : PikaChan
Best viewed in Mozilla and Google Chrome

#437 17th Birthday




Tepat pukul dua belas tengah malam tadi ramai betul yang wish birthday gua dekat twitter dan facebook. Alhamdulillah, kebanyakan twitterians mendoakan kejayaan spm gua tahun ini. Ada juga yang wish dekat wechat dan whatsapp. Terima kasih ngehehe.

Selepas membalas semua wish tadi gua terus tidur dengan bibir yang tersenyum lebar. Dalam pukul dua pagi gua belum tidur lagi tahu dok. Gara-gara bergelar birthday girl punya pasal hihi. Dah kalau tidur pun lewat bangun pun mesti lewat ye dok? Habis kelam-kabut gua pagi tadi haih.

"Bai mak" menjerit sambil berlari ke arah pintu. 

"Maakkk!" gua menjerit lagi tapi kali ini lebih kuat. Mesti mak terfikir "Kenapalah anak aku asyik jerit je pagi ni" mungkin. Mak pandang gua dengan muka hairan. Gua pula buka pintu luas-luas dan tunjuk dekat mak apa yang ada dekat depan pagar pintu waktu itu. Penglihatan mak kurang jelas so gua pun ambil plastik itu dan membawanya masuk. Hon! Hon!

Alamak! Acik Ita dah sampai! Gua dah terlambat!

Gua terus bawa plastik itu ke dalam bilik tiba-tiba mak pula menjerit "Janganlah letak dekat situ. Mak nak tengok juga" atoto omey jewp mak titew. Gua pun letak plastik itu dekat ruang tamu. Gua dah terlewat sangat sampai tak perasan apa yang ada dekat dalam plastik tu hm yang gua tahu, ada teddy bear dan satu kotak kecil berplastik hitam wuuhuu.

Sampai sekolah terus masuk kelas. Dekat sekolah, Nazirah jadi orang pertama yang wish birthday gua. Biasanya sebelum Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) bermula, kami ada kelas matematik tambahan bersama Cikgu Normah tapi cikgu pula yang tak masuk tsk. 

Gua kalau dalam kelas harap je muka macam tak tahu apa yang sedang berlaku padahal telinga sentiasa peka dengan perbualan kumpulan di sebelah timur, barat, dan utara muehehe. Dengar-dengar PnP sebelum rehat diganti dengan Program Teknik Menjawab Bahasa Melayu. Oh tidak! Kenapa masa hari lahir gua baru ada teknik menjawab ini? Kenapa? (Menjerit sekuat hati)

Apa yang gua bawa hanyalah sehelai kertas, bekas pensil, dan cermin mata. Betapa malasnya gua masa tu ugh. Gua lebih suka PnP dijalankan seperti biasa. Seriously. Selepas rehat waktu Sejarah tapi Cikgu Mazlina tak datang so Mama Islinah yang ganti tempat dia aum salah satu cikgu kesayangan gua tu, jangan main-main hee. Mama Islinah bagi hadiah banyak sangat masa tu tau, gua terharu gila tapi bukan dekat gua seorang je tapi satu kelas sekali dapat sama homework yang bertimbun tu kahkahkah. Good for us right? Absolutely yes baby.

Waktu Cikgu Rafahah pula ramai yang sibuk buat akaun padahal masa tu waktu math. Kesian cikgu. Masa sains pula Cikgu Zaleha tak hadir hm satu kelas buat kerja akaun. Dalam otak gua masa tu asyik penuh dengan akaun je. Dahlah lepas sekolah ada kelas tambahan akaun. Nasib baik subjek kegemaran tau muah kit.

Sebelum pergi kelas tambahan akaun, tiba-tiba ada something dalam beg gua. Omg, dapat hadiah lagi! Alhamdulillah. Terima kasih Hafiz hee.

Lepas kelas tambahan akaun macam biasa, study group math (konon) dekat Bilik Kesihatan. Masuk je dekat situ gua terus terlantar atas katil pergh nikmatnya tidur masa tu tambah lagi ada aircond. Farhan Alif Putra dengan Nazirah balik kejap, nak ambil buku katanya. Masa gua hampir tertidur tiba-tiba ada yang ketuk pintu. Cis gua fikirkan cikgu petang yang garang bak rimau rupanya Khairul Aizuddin. Nak tercabut jantung gua masa tu tahu dok.

Sementara menunggu dua orang yang nak ambil buku tu, gua ajar jelah Khairul Aizuddin matematik form 3. Indices, my fav topic. Sometimes. Masa dua orang tadi datang, keadaan menjadi pelik sedikit. Seorang-seorang keluar. Gua dah syak something. Sampaikan orang lain pula yang belajar matematik masa tu. Tiba-tiba,....





Nampak tak reaksi gua masa tu acano? Kalau boleh nak menangis terharu tapi kalau bab menangis depan orang memang gua tak boleh. Diorang tengah nyanyi lagu boleh pula gua tanya soalan yang tak patut ditanyakan "Mana korang dapat mancis?" bhahaha silly me.

Masa tu memang sumpah tak percaya diorang buat kejutan sampai centu sekali. First time seumur hidup gua dapat suprise centu. Ini benar-benar gila hahahaha apa pun, terima kasih Nazirah di atas pemberian hadiah yang terkantoi itu tadi hahaha cantik tau. Beli dekat Time Square ye wakaka. Anyway, thank you so much Awesome Siblings for that cake and everything. I'm so appreciated it. Muah satu kali!

Masa balik dari sekolah gua dapat bawa motor wuhuu dahlah lama tak tunggang motor hee paling seronoknya, masa lalu depan rumah tetiba ternampak kereta Alza warna hitam. Kemain laju gua bawa motor tau sebab excited nak jumpa kakak tu semua aw tak sangka diorang sanggup datang tsk.

Sampai depan rumah gua ternampak kakak dukung Jehla tiba-tiba makin ramai pula yang ada dekat beranda. Mak dah buat muka marah sebab dia nampak gua yang bawa motor ngehehe masa nak masuk rumah tu gua tak tahu sama ada kena marah atau sebaliknya. Sekali, baru buka pintu semua nyanyi "Happy Birthday to you.. happy birthday to you.." yang paling semangat, Kakak Zakiah hahaha fuh lega tak kena marah dengan mak.

Kami lepak beramai-ramai dekat ruang tamu. "Dah ada kek so malam nanti tak payah beli kek lagi lah, ye dik? Nak buat apa kek banyak-banyak nanti membazir" kata Kakak Zakiah. Gua dah sedih tahap maks masa tu. "Bukanlah kak, malam nanti kita beli roti canai je" kata Kakak Farah. Lagilah gua sedih. Mak terus call bapak "Abang, Ika kata malam nanti tak payah beli kek sebab dekat sekolah tadi dia dah dapat kek" omaigod seriously gua rasa nak menangis je masa tu. Teringin kek lagi senanya tsk.

"Adik Ika rasa malam nanti nak celebrate birthday dekat mana? Pizza ke KFC ke tempat lain?" tanya kakak Zakiah. Gua jawab jelah KFC tapi sedih pula bila dia cakap "Alaa tak payahlah, Adik Ika dah besar.." haih apa nasib gua nih.

Banyak kali gua suruh kakak letak baki kek daripada Awesome Siblings dalam peti sejuk tapi tak ada siapa pun yang dengar hm dah geram sangat, gua jelah yang letak tiba-tiba aaarrgghh! Secret Recipe! Gegar satu rumah gua menjerit hahahaha. Muka Kakak Zakiah macam tak puas hati sebab rancangan dia gagal aw so sad. Mak pula yang dipersalahkan masa tu haha kesian mak.

Bila dah hampir maghrib gua terus bersiap untuk sambut hari lahir gua sendiri. Gua orang kedua yang siap awal. Orang pertama Kakak Zakiah hahaha semangat kot dia tu. Semua orang dah ada kecuali abang haih lambat betul abang gua nak sampai masa tu.

Masa dia sampai semua orang suruh aku berkurung dalam bilik. Yang Ira sengaja ajak gua bergambar, yang Pija pula sengaja suruh gua pakaikan dia eye-liner. Bila gua curi-curi keluar tetiba ternampak Kakak Zakiah tengah susuh KFC, whatta? Tadi kata gua dah besar? Omigosss kakak saja nak buat kejutan rupanya hahaha. Ok ini kali kedua kejutan mereka tidak menjadi. Pity them hihi. Dah terkantoi tapi gua tetap kena kurung dalam bilik. Jetjet pengantin pula ye wakaka.

Kakak Farah buka pintu perlahan-lahan pastu bawa kek. Kakak Zakiah bawa dua kotak KFC. Abang dengan kawan dia rakam. Yang lain nyanyi lagu Birthday. Ya Allah.... sumpah nak menangis masa tu tapi tak boleh. Mungkin air mata gua jadi mahal bila ada dekat depan orang ramai.

Start situ memang sambut habis-habisan! Berpeluh-peluh muka gua masa tu. Dan, ini beberapa gambar yang diambil..



Tiga kamera. Pening nak tengok mana satu hahaha



 


 














Gambar terakhir tsk.

Meriah gila rumah gua masa ni. Memang best gila tapi bila semua dah balik hm sunyi like a krik krik. Alhamdulillah tahun ini lebih baik daripada yang sebelumnya. Eh eh, tengok nih! Tadaaaa


Memang logik gua dapat banyak jam kali ini sebab entah kenapa sehari sebelum birthday jam gua tetiba mati. Actually dalam kotak tu ada hadiah daripada abang tapi lupa nak keluarkan hahaha. Now, gua dah ada teddy bear yang senang nak peluk. Tak terlalu besar dan tak terlalu kecil. Cuma gua buka riben dekat leher dia sebab gua takut hilang. Dahlah gua tidur lasak hahaha.

Thank you everyone for today. I'm so happy :') 

Alhamdulillah ya Allah.


Tcha. 


◀ Older Newer ▶